Sains UPSR Tahun 5 Kekuatan Struktur (Bil 1) JAWAPAN CADANGAN
(‘Science UPSR Year 5 Strength of a
structure (No. 1) SUGGESTED ANSWERS’)
Fikir! (‘think!’) :
Fakta Sains (‘Science facts’)
1. Suatu stuktur dikatakan kuat jika ia
mampu menampung beban berat tanpa runtuh atau patah dengan mudah.
(‘A
structure is said to be strong if it is able to hold a heavy weight without
breaking easily.’)
2. Kekuatan struktur dipengaruhi oleh
jenis bahan yang digunakan, bentuk struktur dan bagaimana struktur itu
ditempatkan atau disusun.
(‘The
strength of a structure is affected by the type of material used, the shape of
the structure and how the structure is placed.’)
Rajah di bawah
menunjukkan satu model jambatan yang dibuat oleh Azmi. Dia melipatkan sekeping
kertas yang sama besar 3 kali. Kemudian dia meletakkan beban 10 g di atas model
tersebut.
(‘Diagram below shows a bridge model made by Azmi. He folded a piece of
paper with the same size 3 times. And then he placed a 10 g of load on the
model.’)
Kemudian dia
mengulanginya dengan bilangan lipatan yang berbeza - beza. Bilangan beban 10 g
yang boleh ditampung oleh model dicatatkan di dalam jadual di bawah.
(‘Then he repeated with different number of folds. The number of 10 g
load that can be put on the model is recorded in the table below.’)
Fikir! (‘think!’) :
Kenalpasti dulu pemboleh ubah – pemboleh
ubah.
(‘Firstly,
identify the variables.’)
PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS
(PB)/APA YANG DIPERHATI :
(‘Responding variable/What is observed (wto)’)
Bilangan beban yang boleh ditampung
(’Number of load that can be put on’)
PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN
(PM)/APA YANG DIUBAH :
(‘Manipulated variable/What is changed (wtc)’)
Bilangan lipatan (‘Number of folds’)
a) Nyatakan (‘State’)
(i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan) dalam
penyiasatan ini
(‘what is changed (manipulated variable) in
this investigation’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan lipatan kertas
(‘Number of folds’)
(ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerak balas)
dalam penyiasatan ini
(‘what is observed (responding variable) in
this investigation’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan beban yang boleh ditampung
(‘Number of load that can be put on’)
(iii) apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam
penyiasatan ini
(‘what is kept the same (constant variable) in
this investigation’)
Jawapan (‘Answer’) :
Berat beban
(‘Weight of load’)
b) Nyatakan corak perubahan bagi
bilangan beban yang boleh ditampung jika bilangan lipatan berkurangan.
(‘State the trend of change in the number of
load that can be put on if the number of folds decreased.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin berkurang
(‘Decreased.’)
Fikir! (‘think!’) :
Tolong baca soalan dengan berhati - hati.
(‘Please
read the question carefully.’)
c) Jika kertas tidak dilipat, ramalkan bilangan beban
yang boleh ditampung oleh model jambatan itu.
(‘If the paper was not folded, predict the
number of load that can be put on the bridge model.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Tidak ada beban yang boleh
ditampung
(‘There is no load can be put on.’)
atau (‘or’)
Bilangan beban yang boleh ditampung
adalah tiada
(‘The number of load that can be put on is non.’)
d) Tulis satu pemerhatian untuk
penyiasatan di atas.
(‘Write one observation for the
investigation above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan beban yang boleh ditampung
jika bilangan lipatan 12 kali adalah yang paling banyak
(‘The number of load that can be put on if the
number of folds 12 times is the most.’)
Fikir! (‘think!’) :
Jawapan dalam bentuk ‘superlatif’ dan
pilih sama ada nak menyatakan yang paling sedikit atau yang paling banyak.
(‘Answer
in ‘superlative’ form and choose either the least or the most.’)
e) Nyatakan sebab (inferens)
untuk jawapan kamu bagi soalan di atas.
(‘State the reason (inference) for your
anwer in the question above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Struktur model jambatan dengan bilangan
lipatan 12 kali adalah yang paling kuat.
(‘The model with the number of folds 12 times
is the strongest.’)
Fikir! (‘think!’) :
Jawapan dalam bentuk ‘superlatif’ sama
seperti pemerhatian.
(‘Answer
in ‘superlative’ form same as observation.’)
Tidak perlu ada ‘kerana’ pada permulaan
ayat.
(‘The
word ‘because’ is not required.’)
f) Nyatakan hubungan di
antara apa yang diubah (pemboleh dimanipulasikan) dan apa yang diperhatikan
(pembolehubah bergerak balas).
(‘State the relationship between what is
changed (manipulated variable) and what is observed (responding variable).’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah bilangan
lipatan, semakin bertambah bilangan beban yang boleh ditampung.
(‘When the number of folds increases, the number
of loads that can be put on also increases.’)
g) Apakah tujuan
penyiasatan ini?
(‘State the purpose (aim) of this
investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Untuk mengkaji hubungan di antara
bilangan lipatan dan bilangan beban yang boleh ditampung.
(‘To investigate the relationship between the
number of folds and the number of loads that can be out on.’)
h) Apakah kesimpulan yang
boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
(‘What conclusion can be made from this
investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah bilangan lipatan,
semakin kuat sesuatu struktur.
(‘When the number of folds increases, the stronger
a structure can be.’)
Fikir! (‘think!’) :
Jawapan dalam bentuk ayat hipotesis.
(‘Answer
in form of hypothesis sentence.’)
Artikel ini adalah HAK CIPTA
TERPELIHARA©imzaroncikgusains