Jumaat, 26 Februari 2010

4 MUSIM DI BUMI... bahagian 2


Pada peta di atas, garisan-garisan dilakar bagi memudahkan penerangan dan pemahaman. Garisan yang ada di dalam peta di atas ialah garisan khatulistiwa, garisan Meridian Utama, garisan Tropika Cancer dan garisan Tropika Capricorn.
(‘On the map shown above, and for that matter on all other maps, the Equator, Prime Meridian, Tropic of Cancer and Tropic of Capricorn are imaginary lines.’)

Garisan Khatulistiwa : Terletak pada latitud sifar darjah (Utara atau Selatan), panjangnya ialah 24,901.55 batu dan membahagikan Bumi kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.
(‘Equator: Located at zero degrees latitude (North or South,) is 24,901.55 miles long and divides the Planet Earth into the Northern and Southern Hemispheres.’)

Garisan Tropika Cancer dan Capricorn : Terletak pada 23.5 darjah Utara dan 23.5 darjah Selatan garisan Khatulistiwa, kawasan Bumi ini (antara dua garisan tersebut) dikenali sebagai ‘Tropika’, dan ditanda dengan warna biru terang pada glob. Kawasan ini tidak mengalami perubahan musim atau cuaca yang ketara kerana Matahari sentiasa kelihatan sepanjang tahun.
(‘Tropics of Cancer and Capricorn: Located at 23.5 degrees North and 23.5 degrees South of the Equator, this area of Planet Earth (between those two lines) is known as the "Tropics," and is indicated with a lighter blue color on the above globe. This area experiences no dramatic change in season because the sun is consistently high in the sky throughout the year.’)

Penduduk yang tinggal pada kawasan Utara garisan Tropika Cancer dan kawasan Selatan garisan Tropika Capricorn mengalami perubahan musim yang ketara, berdasarkan kepada paksi Bumi dan sudut mengarah Matahari. Apabila berlaku musim panas pada kawasan Utara garisan Tropika Cancer, berlaku musim sejuk pada kawasan Selatan garisan Tropika Capricorn dan sebaliknya.
(‘People living North of the Tropic of Cancer and South of the Tropic of Capricorn experience dramatic seasonal climate changes, based on the earth's tilt, and the subsequent angle of the sun. When it's summer North of the Tropic of Cancer, it's winter South of the Tropic of Capricorn and vise versa.’)

Garisan Meridian Utama : Terletak pada longitud sifar darjah (Timur atau Barat), membahagikan planet Bumi kepada Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan, dan ia adalah rujukan ukuran garisan longitud seterusnya.
(‘Prime Meridian: Located at zero degrees longitude (East or West), it divides the Planet Earth into the Eastern and Western Hemispheres, and is the line from which all other lines of longitude are measured.’)

Rujukan : worldatlas

Pautan berkait :
4 MUSIM DI BUMI...

Rabu, 24 Februari 2010

SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA (‘CIRCULATORY SYSTEM IN HUMAN’). Bahagian 4

ARTERI, VENA DAN KAPILARI (‘ARTERIES, VEINS AND CAPILLARIES’)


Histologi Arteri dan Vena
(‘Histology – Artery and Vein’)


Struktur Arteri dan Vena
(‘Structures Common to Arteries and Veins’)

Perbandingan Arteri, Vena dan Kapilari
(‘Comparison between Arteries, Veins and Capillaries’)




SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA (‘CIRCULATORY SYSTEM IN HUMAN’). Bahagian 3


Rajah menunjukkan laluan arteri dan vena dalam sistem peredaran darah manusia.
(‘Diagram shows the arteries and veins in the circulatory system.’)

Darah merupakan sistem pengangkutan paling penting dalam badan untuk membekalkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan kepada semua bahagian sel badan.
(‘Blood is the body’s most important means of transport in order to supply substances needed to all parts or cells of the body.’)

Sistem peredaran ini berfungsi baik dengan adanya jantung yang sebagai pam bertindak menyedut dan mempunyai tekanan, memaksa darah bergerak ke dalam arteri yang lebih besar iaitu ke dalam sistem peredaran sistemik, pada masa yang sama darah mengalir dari vena besar ke dalam atrium.
(‘The circulatory system achieves the task with the help of a pressure/suction pump, the heart, forcing the blood into the large arteries of the systemic circulation, while drawing the blood from the large veins into the atria.’)

Arteri ialah salur darah yang mengangkut darah keluar dari jantung. Arteri akan bercabang menjadi arteriol dan membahagi kepada kapilari. Salur darah yang kecil ini ditemui di semua tisu.
(‘Arteries are the blood vessels transporting blood away from the heart. The arteries split up into arterioles and continue to divide and branch out into capillaries. These smallest blood vessels are found everywhere in the tissue.’)

Berlaku pertukaran bahan – bahan dengan sel-sel. Bahan-bahan nutrien dibekalkan kepada sel-sel dan hasil-hasil akhir metabolik akan disingkirkan ke dalam kapilari.
(‘Substance exchange with the cells takes place within them. Nutrient substances are supplied while metabolic end-products are removed.’)

Salur darah ini akan meningkat dari segi saiz menjadi venul, yang akan bercantum dan menjadi vena yang lebih besar. Vena yang besar akan mengangkut darah kembali ke dalam jantung.
(‘The blood vessels increase in size turn into venules, which first unite to become small and then larger veins. The larger veins transport the blood back to the heart.’)

Dalam peredaran ini, darah yang mengandungi banyak oksigen berwarna merah cerah, manakala darah yang mengandungi sedikit oksigen (mengandungi bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tisu dan karbon dioksida) berwarna merah kebiruan yang gelap.
[‘In the circulation, the colour of the blood containing oxygen-rich is bright red, and the colour of the blood containing oxygen-poor (oxygen deficient), with additional unwanted tissue products and carbon dioxide is dark bluish red.’]

Rajah menunjukkan hubungan di antara arteriol, kapilari dan venul.
(‘Diagram shows the connection between arteriole, capillary and Venule’)

Sistem peredaran darah dibahagikan kepada dua sistem peredaran, memandangkan jantung mempunyai bahagian ‘kanan’ dan ‘kiri’; peredaran minor atau peredaran pulmonari dan peredaran major atau peredaran sistemik.
(‘The circulatory system is divided into two circulatory systems, due to the separation of the heart into a ‘right’ and a ‘left’ heart; the minor or the pulmonary circulation and the major systemic circulation.’)

Peredaran sistemik bermula di dalam atrium kiri. Kemudian darah akan dipamkan oleh ventrikel kiri ke dalam aorta untuk diagihkan darah yang mengandungi banyak oksigen kepada semua bahagian badan.
('The systemic circulation starts in the left atrium. Then the blood is pumped by the left ventricle into the aorta and then distributes the oxygen-rich blood throughout the body.’)

Peredaran Pulmonary (‘Pulmonary Circulation’)

Paru – paru merupakan satu-satunya organ yang terlibat dalam peredaran pulmonari. Darah yang mengandungi kurang oksigen tetapi banyak gas karbon dioksida mengalir ke dalam arteri pulmonari ke dalam paru – paru, kemudian darah yang mengandungi banyak oksigen mengalir semula ke dalam jantung melalui vena pulmonari.
('The lung is the only organ involved in pulmonary circulation. Oxygen deficient blood flows through the pulmonary arteries into the lungs, while oxygen-rich blood flows through the pulmonary veins to the heart.’)

Peredaran pulmonari bermula dari dalam artrium kanan. Kemudian mengalir ke dalam ventrikel. Darah kemudian dipam ke dalam arteri pulmonari dan kemudian ke dalam kapilari pulmonari (di dalam paru – paru). Ini merupakan bahagian di mana berlaku pertukaran gas respirasi. Darah akan menyingkirkan karbon dioksida dan dibekalkan dengan oksigen. Darah ini kemudian kembali semula ke dalam atrium kiri melalui vena pulmonari. Di sini, peredaran sistemik bermula.
('Pulmonary circulation commences in the right atrium. The blood reaches the right ventricle. The blood then is pumped by the right ventricle into the pulmonary arteries and on into the pulmonary capillaries (in the lungs). This is the site of respiratory exchange. Blood releases the carbon dioxide and then it is supplied with oxygen. The arterial blood returns to the left atrium via the pulmonary veins. The systemic circulation commences from this point.’)

Tonton video di bawah mengenai sistem peredaran darah manusia.
(‘Watch the following video about the circulatory system in human.’)

Selasa, 23 Februari 2010

SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA - JANTUNG (‘CIRCULATION SYSTEM IN HUMAN – THE HEART’). Bahagian 2

Semasa pemeriksaan kesihatan, bunyi kuat jantung yang kedengaran adalah bunyi di mana injap jantung tertutup. Injap – injap mengelak daripada aliran balik darah.
(‘During physical examination, the loudest of the heart sound heard is the sound of the valves closing. The valves prevent the backflow of the blood.’)

Terdapat dua jenis injap, injap atrium-ventrikel (AI) dan injap semilunar (SI). Injap atrium-ventrikel terletak di antara atrium dan ventrikel dan mengelak aliran semula darah dari ventrikel ke dalam atrium. Terdapat dua injap atrium-ventrikel, injap trikuspid yang terletak pada sebelah kanan jatung dan injap mitral terletak pada sebelah kiri jantung.
(‘There are two type of valves, atrioventricular (AV) valves and semilunar valves (SV). Atrioventricular valves are located between the atrium and the ventricle and prevent backflow of the blood from the ventricle into the atrium. There are two atrioventricular valves, tricuspid valve is located in the right side of the heart and mitral valve in the left side of the heart.’)

Injap semilunar terletak di lokasi di mana darah akan meninggalkan ventrikel, mengelak aliran semula darah ke dalam jantung. Injap di antara ventrikel dan arteri pulmonari pada sebelah kanan jantung dipanggil injap pulmonari dan injap di antara ventrikel dan aorta pada sebelah kiri jantung dipanggil injap aorta.
(‘Semilunar valves (SV) are located at the point where the blood leaves the ventricle, prevent backflow of the blood into the chamber. The valve between the ventricle and the pulmonary artery at the right side of the heart is called pulmonary valve and the valve between the ventricle and the aorta at the left side of the heart is called aortic valve.’)

Tonton video di bawah mengenai injap jantung.
(‘Watch the following video about the valves of the heart.’)


Video di bawah menunjukkan kitaran kardiak (jantung). Secara ringkasnya, kitaran kardiak adalah seperti berikut :
(‘The following video shows the Cardiac Cycle. Cardiac cycle is explained briefly as follows.’)





bersambung...
To be continued...

Sabtu, 20 Februari 2010

KADAR PERNAFASAN MANUSIA (‘HUMAN BREATHING RATE’)


Kadar pernafasan manusia atau kadar respirasi manusia adalah jumlah tarikan nafas manusia, dalam sesuatu masa (dikenali sebagai tarikan nafas per minit).
[‘Human Breathing Rate or Respiratory rate (RR) is the number of breaths a human being, takes within a certain amount of time (frequently given in breaths per minute).']

Kadar respirasi dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti menangis, tidur, penuaan dan umur.
(‘It has also been reported that factors such as crying, sleeping, agitation and age have a significant influence on the respiratory rate.’)

Pengukuran (‘Measurement’)
Kadar respirasi manusia diukur pada ketika seseorang dalam keadaan rehat dan melibatkan pengiraan bilangan tarikan nafas dalam seminit, mengira berapa kali dada bergerak ke atas.
(‘The human respiration rate is usually measured when a person is at rest and simply involves counting the number of breathes for one minute by counting how many times the chest rises.’)

Purata kadar respirasi, mengikut umur :
(‘Average respiratory rates, by age’)

Contoh (‘Examples’)
Kanak-kanak umur 5 tahun sedang duduk (Frekuensi Pernafasan : 23/60 Hz)
[‘5-year-old child sitting (Breathing frequency : 23⁄60 Hz’)]
Dewasa lelaki sedang duduk (Frekuensi Pernafasan : 12/60 Hz)
[‘Adult male sitting (Breathing frequency : 12⁄60 Hz)’]

RESPIROMETER


Contoh Respirometer
(‘Example of Repirometer’)

Respirometer merupakan alat yang digunakan untuk mengukur kadar pernafasan benda hidup dengan mengurku kadar pertukaran gas oksigen dan/atau karbon dioksida. Melihat dan menyiasat bagaimana faktor-faktor seperti umur, bahan kimia atau kesan cahaya mempengaruhi kadar respirasi.
(‘A respirometer is a device used to measure the rate of respiration of a living organism by measuring its rate of exchange of oxygen and/or carbon dioxide. They allow investigation into how factors such as age, chemicals or the effect of light affect the rate of respiration.’)

Jumaat, 19 Februari 2010

ADA APA DALAM BADAN MANUSIA (‘IN HUMAN BODY’).

Ada apa dalam badan manusia? Kita sebagai seorang manusia, kita perlu tahu apa yang ada dalam badan kita. Manusia ini merupakan satu unit yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai sistem untuk menggerakkannya. Satu sistem yang tergendala akan menyebabkan terjejasnya fungsi badan. Sistem terbina daripada organ-organ yang terkandung dalam badan kita pada lokasi-lokasi tertentu.
(‘What are inside of the human body?. We as a human, we need to really know our self. A human being is made up with combination of many systems to operate it. If one of the system collapsed, it will interrupt the whole body function. Organs build up the system, organs are located in a such order in the body.’)

Rajah berikut menunjukkan lokasi organ-organ dan bahagian-baagian penting dalam tubuh badan seorang manusia.
(‘Diagram below shows the location of the vital organs and parts in a human being.’)

Khamis, 18 Februari 2010

SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA - JANTUNG (‘CIRCULATION SYSTEM IN HUMAN – THE HEART’).

Sistem kardiovaskular atau dikenali sebagai sistem peredaran darah, terdiri daripada jantung, sistem sistemik (badan) dan sistem pulmonari (paru-paru), dan kemudian bersambung dengan jaringan arteri dan vena. Sistem ini penting kerana ia bertindak memastikan peredaran darah berlaku yang mana penting untuk hidup.
(‘The cardiovascular system or circulatory system, is composed of the heart and the systemic (body) and pulmonary (lung) circulation systems, which in turn consist of a network of arteries and veins. These are necessary in order to maintain the blood circulation essential to life.')

Jantung merupakan enjin utama dalam sistem ini, mengepam darah ke seluruh anggota badan dan tisu-tisu badan. Pada keadaan ini, darah membekalkan badan dengan gas oksigen, nutrien dan sebarang bahan yang penting, dan kemudian menyingkirkan bahan akhir hasil metabolisma dan juga gas karbon dioksida.
(‘The heart, as the motor of the system, pumps the blood into all of the organs and body tissue. In this manner, the blood supplies the body with oxygen, nutrients and other vital substances, while removing metabolic end-products and carbon dioxide.’)

JANTUNG (‘THE HEART’)

Jantung merupakan otot berongga yang saiznya lebih kurang genggaman tangan tuannya dan beratnya lebih kurang 300g.
(‘The heart is a large hollow muscle approximate in size to its owner’s clenched fist and weighing about 300g.’)

Jantung mempunyai bentuk kon pada satu bahagian. Jantung terletak pada kawasan tengah toraks, yang mana ia dikelilingi hampir sepenuhnya oleh paru-paru. Dua pertiga jantung berada pada bahagian kiri dada dan satu pertiga berada pada bahagian kanan dada.
(‘The heart resembles a cone lying on its side. It is located in the central area of the thorax, almost completely surrounded by the lungs. Two thirds of the heart lie in the left half of the chest and one third lies in the right half.’)

Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan; lapisan paling luar dipanggil perikardium, lapisan tengah miokardium dan lapisan paling dalam ialah endokardium.
(‘The wall of the heart consists of three layers; the outer layer is called pericardium, the middle layer is called myocardium and the inner layer is called endocardium.’)

Septum membahagikan jantung kepada bahagian kanan dan kiri jantung. Setiap bahagian dibahagikan kepada atrium (atau aurikel) dan ventrikel (atau ruang) di bahagian bawahnya.
(‘A septum partitions the heart into right and left heart. Each half is further separated into an atrium (or auricle) and a ventricle (or chamber) situated below it.’)

Jantung dibekalkan dengan sistem vaskularnya sendiri, iaitu arteri koronari, yang dibahagikan kepada dua cabang, iaitu kiri dan kanan arteri koronari.
(‘The heart is supplied by its own vascular system, the coronary arteries, which are divided into two branches, the left and right coronary arteries.’)

Jantung mengecut sebanyak 70 kali dalam satu minit. Jantung mengangkut sebanyak 7500 liter darah satu hari, tanpa henti.
(‘The heart contracts up to 70 times per minute. The heart transports about 7500 litres of blood every day, without tiring.’)

Pergerakan otot jantung dikawal oleh satu gentian otot kardiak yang khusus dan nodus sinus, iaitu sekumpulan sel-sel saraf yang berada pada bahagian dalam dinding atrium, yang saiznya sebesar kepala pin, yang mengawal degupan jantung. Ia juga dikenali sebagai perentak. Peningkatan dan pengurangan ritma direncanakan oleh nodus sinus yang dicetuskan oleh saraf kardiak.
(‘The movement of the heart muscles are controlled by a special type of cardiac muscle fibre and the sinus node, a group of nerve cells in the right atria wall, about the size of a pinhead, which regulate the heartbeat. It is also known as pacemaker. An increase or decrease in the rhythm dictated by the sinus node is triggered by the cardiac nerves.’)


Ventrikel (‘The Ventricles’)

Ventikal memainkan peranan yang paling utama dalam mengepam darah ke dalam sistem peredaran. Ventrikel kiri dilengkapi dengan otot yang lebih banyak berbanding ventrikel kanan. Ventrikel kiri perlu beroperasi dalam keadaan tekanan yang lebih tinggi berbanding ventrikel kanan.
(‘The ventricles are the actual pumps of the circulatory system. The left ventricle is equipped with more muscles than the right ventricle. The left ventricle has to operate with a higher pressure than the right ventricle.’)

Ventrikel kiri mengepam darah ke dalam peredaran sistemik (badan) yang mana jarak yang perlu dilalui adalah lebih jauh berbanding jarak yang perlu dilalui oleh darah yang dipam oleh ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah ke dalam peredaran pulmonari.
(‘The left ventricle pumps blood into the systemic (body) circulation which has more distance to be covered if compared with the right ventricle that pumps blood into the pulmonary (lung) circulation.’)


Ventrikel mempunyai dalam 2 fasa keadaan iaitu keadaan di mana ventrikel rehat (diastol); boleh menerima darah daripada atrium dan keadaan ventrikel mengecut (sistol); menolak darah ke dalam arteri yang besar dalam sistem peredaran sistemik dan pulmonari.
(‘Ventricle can be in 2 phases which are; ventricle in relax condition (diastole); the blood from atrium refill into the ventricle, and ventricle contracts (systole); the blood is discharged into the large arteries of the systemic and pulmonary circulatory systems.’)

Atrium (‘The atria’)

Bertindak sebagai tempat pengumpulan bagi darah yang dibawa masuk semula ke dalam jantung oleh vena. Otot dinding atrium lebih nipis berbanding otot ventrikel.
(‘Act as a collecting area for the blood transported back to the heart by the veins. The muscular walls are thinner than those of the ventricles.’)

Darah yang mengalir dari atrium kanan ke dalam ventrikel kanan dikawal oleh injap trikuspid sementara darah yang mengalir dari atrium kiri ke dalam ventrikel kiri dikawal oleh injap mitral. Dari ventrikel kanan, darah mengalir ke dalam arteri pulmonari tanpa berlaku aliran ke belakang kerana kehadiran injap pulmonari. Dari ventrikel kiri, darah mengalir melalui injap aorta ke dalam aorta.
(‘The blood flowing from the right atrium into the right ventricle is controlled by the tricuspid valve while the blood flowing from the left atrium into the left ventricle is controlled by mitral valve. From the right ventricle, the blood flows into the pulmonary artery without flowing back because of the presence of pulmonary valve. From the left ventricle, the blood flows through the aortic valve into the aorta.’)


Bahagian saluran jantung keluar dan masuk.
(‘The circulation of the heart in and out.’)

Lihat video di bawah untuk lebih memahami jantung.
(‘Watch the following video for more understanding’)


akan bersambung...
to be continued...

Rabu, 10 Februari 2010

PROSES PERNAFASAN MANUSIA (‘BREATHING PROCESS IN HUMANS’).

Proses pernafasan juga dikenali sebagai proses respirasi. Semua benda hidup bernafas dengan tujuan untuk keterusan hidup.
(‘Breathing process also known as respiration. All living things breathe all the time to stay alive.’)

Apabila kita bernafas, kita akan menyedut gas oksigen dan menyingkirkan gas karbon dioksida dan wap air.
(‘When we breathe, we taking in oxygen and giving out carbon dioxide and water vapour.’)

*Eksperimen tangkas (‘quick experiment’):
Untuk membuktikan kita menghasilkan wap air semasa bernafas, kita perlu menghembuskan nafas keluar ke arah cermin yang sejuk. Wap air akan terhasil pada permukaan cermin tersebut.
(‘To proof that water vapour is formed when we breathe, breathe out onto the surface of a cold mirror, water vapour will be formed on the mirror.’)

Gas oksigen diperlukan oleh badan untuk memecahkan makanan untuk memperolehi tenaga. Tenaga diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti proses tubuh seperti tumbesaran, penyingkiran bahan buangan dan pembinaan sel-sel badan baru.
(‘Oxygen is required for breaking up food to produce energy. The energy needed for all the activities of the body such as growth, excretion and building of new cells.’)

Persamaan mewakili proses respirasi :
(‘Respiration equation’)


Organ pernafasan manusia.
(‘The Human Breathing Organs’)

Organ pernafasan manusia ialah paru-paru.
(‘The Human Breathing Organs is lungs’)


Paru-paru bahagian kanan dan kiri.
(‘Right and left lungs’)

Paru-paru merupakan organ yang besar berwarna merah jambu terletak di dalam bahagian dada manusia dan mereka terdiri daripada tisu-tisu lembut.
(‘They are large pink organs located in the chest of a human and they consist of soft tissue.’)

Saluran sistem pernafasan manusia.
(‘The tract of human breathing system’)


Hidung, mulut, trakea (saluran pernafasan).

Rerambut halus di dalam hidung bertindak sebagai penapis habuk dan zarah kecil dari udara.
(‘Fine hairs in our nose act as a filter to remove dust and any fine particles from the air.’)

Proses Pernafasan.
('The Breathing Process’)


Melibatkan proses tarik nafas dan lepas nafas.
(‘Involving inhalation and exhalation.’)

*Aktiviti pantas (‘quick activity’) : letakkan tangan di atas dada dan rasa pergerakannya. (‘put your hand on your chest, and you can feel the movement.’)

Semasa menarik nafas, dada naik ke atas, tulang rusuk terbuka, paru-paru mengembang, diafragma mengecut, dan udara masuk melalui hidung atau mulut.
(‘During inhalation, the chest moving upward, ribs opening, lungs expanding, diaphragm contracting, and air flows in to the body through the nose or mouth.’)

Udara tarik nafas mengandungi lebih banyak oksigen berbanding udara semasa menghembus nafas.
(‘Inhaled air has more oxygen than exhaled air.’)

Semasa menghembus nafas, dada turun ke bawah, tulang rusuk tertutup, paru-paru mengecut, diafragma mengendur, dan udara keluar melalui mulut atau hidung.
(‘During exhalation, the chest moving downward, ribs closing, lungs contracting, diaphragm relaxing, and air flows out from the lungs, then to the surrounding through the mouth or nose.’)

Udara menghembus nafas mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding udara tarik nafas.
(‘Exhaled air has more carbon dioxide than inhaled air.’)

Sila lihat video di bawah semasa berlaku aktiviti tarik dan hembus nafas :
(‘Watch the following about the inhalation and the exhalation.’)


Sila lihat video ini untuk lebih memahami sistem pernafasan :
(‘Watch the following video to understand more about breathing system.’)


Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada dalam satu-satu masa.
(‘The rate of breathing is the number of chest movements in a period of time.’)

Orang yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina mereka dan keperluan tenaga seperti seseorang memerlukan lebih tenaga jika badan mereka aktif, dan ini menyebabkan kadar pernafasan meningkat.
(‘Different people have different rates of breathing. This depends on their gender or energy requirement such as a person needs more energy if the body is active, so that their rates of breathing increasing.’)

Selasa, 9 Februari 2010

PLANET DAN ORBITNYA DALAM SISTEM SURIA (‘PLANETS AND ITS ORBIT IN THE SOLAR SYSTEM’)

Sistem Suria terdiri daripada Matahari sebagai pusat sistem, 8 buah planet yang beredar mengelilingi Matahari pada orbit masing-masing, satelit-satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet.
(‘Solar system consists of the Sun as the centre, 8 planets which orbiting around the Sun, natural satellites, asteroids, meteors and comets’.)

*Orbit ; Laluan objek atau juzuk berbentuk elips untuk mengelilingi matahari.
(‘An orbit is the path that a planet moves through; all the planets orbit the Sun in elliptical paths - An ellipse is just a stretched out circle.')

8 buah planet mengikut susunan paling hampir dengan Matahari :
(‘8 planets due to the nearest to the Sun until the furthest from the Sun’)
Utarid (‘Mercury’), Zuhrah (‘Venus’), Bumi (‘Earth’), Marikh (‘Mars’), Musytari (‘Jupiter’), Zuhal (‘Saturn’), Uranus (‘Uranus’), Neptun (‘Neptune’).

Ulang (BM) : Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun
Akronim : Unta Zahrah Balik Makan Muntah2 Zass!! Ubat Nak?

Ulang (BI) : Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptun
Acronim : My Very Eager Mother Just Swallowed Unique Nan

*Tiga kriteria yang jelas dalam definasi planet :
(‘Three distinct criteria to define a planet’)
1. Objek tersebut mesti beredar mengelilingi Matahari,
(‘The object must orbit the Sun’)
2. Objek mempunyai daya graviti yang mencukupi untuk mengekalkan bentuk sferanya,
(‘Must have sufficient gravity to maintain the planet spherical shape’)
3. Objek tersebut mampu untuk memusnahkan objek lain sekelilingnya.
(‘After a million collision, the body must cleared away other object from it own orbital neighbourhood’).

Planet yang paling hampir dengan Matahari mempunyai jarak orbit paling dekat dan ia juga mengambil masa yang paling singkat untuk beredar mengelilingi Matahari.
(‘The closest planet to the Sun has the shortest distance of orbit and it also takes the shortest time to complete it orbit to move around the Sun'.)

Mari kita lihat kedudukan planet dalam Sistem Suria :
(‘Let us look at the position of all the planets in the Solar Sistem’)



*nota : ini merupakan video lama yang mana Pluto masih diambil kira sebagai planet yang ke sembilan dalam sistem suria.

Jarak dan kedudukan planet dengan Matahari.
(‘The distance and the position of the planets from the Sun’)





Masa yang diambil oleh planet-planet untuk melengkap satu pusingan orbit mengelilingi Matahari.
(‘The time taken for the all the planets to complete their orbit around the Sun – revolution’.)


Saiz relatif planet-planet dalam Sistem Suria.
(‘The relative sizes of the planets in our Solar System.’)



Mengikut susunan diameter paling kecil ke paling besar
(‘According to diameter, the smallest to the biggest’)


*Utarid (‘Mercury’), Zuhrah (‘Venus’), Bumi (‘Earth’), Marikh (‘Mars’), Musytari (‘Jupiter’), Zuhal (‘Saturn’), Uranus (‘Uranus’), Neptun (‘Neptune’).

Sumber rujukan : exploratorium, nasa

Isnin, 8 Februari 2010

BERAPA BESAR BUMI, PLANET-PLANET LAIN DALAM SISTEM SURIA.

Berapa 'besar' diri kita? Berapa besar planet Bumi kita ini yang selama ini kita diami. Adakah planet Bumi ini memang sudah cukup besar? Atau ada lagi objek-objek yang lebih besar daripada Bumi ini.

Video yang akan anda saksikan, pasti membuka mata anda berapa besar sebenarnya Bumi kita. Video ini akan menunjukkan perbandingan Bumi dengan planet-planet lain dalam Sistem Suria dan juga lain-lain objek dalam alam semesta ini.

Anda sudah bersedia, saksikanlah keajaibannya :

Ahad, 7 Februari 2010

Proses Pembakaran perlukan Oksigen.

Proses pembakaran memerlukan gas oksigen. Selain itu ia memerlukan haba untuk memulakan pembakaran.
'Burning process requires oxigen gas. Beside that, it needs heat to ignite the burning.'

Video di bawah menunjukkan eksperimen mudah menunjukkan pembakaran memerlukan gas oksigen.
'The following video shows that burning requires oxigen.'

Video 1 :
video

*Hak cipta terpelihara naimoiman 2010. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kejadian yang tidak diingini kesan daripada eksperimen ini.

Sabtu, 6 Februari 2010

KEPERLUAN ASAS BAGI TUMBUHAN (Basic needs of plant).

Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan ‘makanan’ untuk membesar dan hidup subur. ‘Makanan’ tersebut dikenali sebagai keperluan asas.
‘Plant is a living thing. Plant needs ‘food’ to grow and stay healthy. This ‘food’ is call basic need.'

Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida) dan cahaya matahari.
‘Basic needs of plant are water, air (carbon dioxide gas) and sunlight.’

Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya.
'The plant gets the water via the roots, the plants get the air and the sunlight via it leaves.'

Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur.
'When the plant gets the basic needs in the sufficient amount, so that the plant can grow and stay healthy.'

Video di bawah menunjukkan proses percambahan biji benih. Proses percambahan biji benih hanya memerlukan air dan udara (oksigen) sahaja. Dalam proses ini, bahagian akar akan tumbuh terlebih dahulu menuju ke sumber air (ransangan positf air) dan kemudian bahagian pucuk tumbuh menuju ke arah cahaya matahari (ransangan positif cahaya matahari).
'The following video shows about germination process of the seed. This process requires only water and air (oxigen gas). The roots appear initially and then followed by the shoots. The roots grow towards water source (stimulus - water positive) and the shoots grow towards sunlight source (stimulus - light positive).'

Lihat video di bawah :
‘Watch the following video’ :

Jumaat, 5 Februari 2010

4 MUSIM DI BUMI...

Terdapat tempat di Planet Bumi mengalami 4 musim, terutama kawasan yang berada hampir dengan Kutub Utara dan Kutub Selatan, menjauhi bahagian Khatustiwa Bumi.

4 musim yang berikut adalah :
1. Musim Bunga (‘Spring’)
2. Musim Panas (‘Summer’)
3. Musim Luruh (‘Autumn’)
4. Musim Sejuk (‘Winter’)

Setiap musim berlaku selama 3 bulan dalam setahun. Musim bunga bermula apabila tumbuhan sudah mula mengeluarkan putik atau pucuk. Musim bunga tempoh masa siang dan malam hampir sama. Manakala musim panas, tak kala ketika ini matahari memancar agak terik dan suhu tinggi dapat dicatat. Pada ketika ini, siang akan berlaku lebih lama berbanding malam. Ramai yang akan menghabiskan masa di pantai melakukan ‘sun bathing’.

Tumbuhan akan mula menggugurkan daun-daunnya bagi menandakan musim luruh telah bermula. Tempoh masa siang dan malam hampir sama. Apabila pokok-pokok telah ‘botak’, dan ketika cuaca agak dingin dan sejuk, ini menandakan musim sejuk bermula. Suhu boleh dicatat di bawah 0 darjah Celsius. Kemungkinan juga salji akan turun dan ramai akan ke kawasan tinggi untuk bercuti bermain ski dan sebagainya.

Video di bawah menerangkan dengan lebih jelas bagaimana boleh berlakunya 4 musim di Bumi ini.

Video 1 :


Video 2 :


coretan : Pokcik Sains

Pautan berkait :
4 MUSIM DI BUMI... bahagian 2