Rabu, 10 Februari 2010

PROSES PERNAFASAN MANUSIA (‘BREATHING PROCESS IN HUMANS’).

Proses pernafasan juga dikenali sebagai proses respirasi. Semua benda hidup bernafas dengan tujuan untuk keterusan hidup.
(‘Breathing process also known as respiration. All living things breathe all the time to stay alive.’)

Apabila kita bernafas, kita akan menyedut gas oksigen dan menyingkirkan gas karbon dioksida dan wap air.
(‘When we breathe, we taking in oxygen and giving out carbon dioxide and water vapour.’)

*Eksperimen tangkas (‘quick experiment’):
Untuk membuktikan kita menghasilkan wap air semasa bernafas, kita perlu menghembuskan nafas keluar ke arah cermin yang sejuk. Wap air akan terhasil pada permukaan cermin tersebut.
(‘To proof that water vapour is formed when we breathe, breathe out onto the surface of a cold mirror, water vapour will be formed on the mirror.’)

Gas oksigen diperlukan oleh badan untuk memecahkan makanan untuk memperolehi tenaga. Tenaga diperlukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti proses tubuh seperti tumbesaran, penyingkiran bahan buangan dan pembinaan sel-sel badan baru.
(‘Oxygen is required for breaking up food to produce energy. The energy needed for all the activities of the body such as growth, excretion and building of new cells.’)

Persamaan mewakili proses respirasi :
(‘Respiration equation’)


Organ pernafasan manusia.
(‘The Human Breathing Organs’)

Organ pernafasan manusia ialah paru-paru.
(‘The Human Breathing Organs is lungs’)


Paru-paru bahagian kanan dan kiri.
(‘Right and left lungs’)

Paru-paru merupakan organ yang besar berwarna merah jambu terletak di dalam bahagian dada manusia dan mereka terdiri daripada tisu-tisu lembut.
(‘They are large pink organs located in the chest of a human and they consist of soft tissue.’)

Saluran sistem pernafasan manusia.
(‘The tract of human breathing system’)


Hidung, mulut, trakea (saluran pernafasan).

Rerambut halus di dalam hidung bertindak sebagai penapis habuk dan zarah kecil dari udara.
(‘Fine hairs in our nose act as a filter to remove dust and any fine particles from the air.’)

Proses Pernafasan.
('The Breathing Process’)


Melibatkan proses tarik nafas dan lepas nafas.
(‘Involving inhalation and exhalation.’)

*Aktiviti pantas (‘quick activity’) : letakkan tangan di atas dada dan rasa pergerakannya. (‘put your hand on your chest, and you can feel the movement.’)

Semasa menarik nafas, dada naik ke atas, tulang rusuk terbuka, paru-paru mengembang, diafragma mengecut, dan udara masuk melalui hidung atau mulut.
(‘During inhalation, the chest moving upward, ribs opening, lungs expanding, diaphragm contracting, and air flows in to the body through the nose or mouth.’)

Udara tarik nafas mengandungi lebih banyak oksigen berbanding udara semasa menghembus nafas.
(‘Inhaled air has more oxygen than exhaled air.’)

Semasa menghembus nafas, dada turun ke bawah, tulang rusuk tertutup, paru-paru mengecut, diafragma mengendur, dan udara keluar melalui mulut atau hidung.
(‘During exhalation, the chest moving downward, ribs closing, lungs contracting, diaphragm relaxing, and air flows out from the lungs, then to the surrounding through the mouth or nose.’)

Udara menghembus nafas mengandungi lebih banyak karbon dioksida berbanding udara tarik nafas.
(‘Exhaled air has more carbon dioxide than inhaled air.’)

Sila lihat video di bawah semasa berlaku aktiviti tarik dan hembus nafas :
(‘Watch the following about the inhalation and the exhalation.’)


Sila lihat video ini untuk lebih memahami sistem pernafasan :
(‘Watch the following video to understand more about breathing system.’)


Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada dalam satu-satu masa.
(‘The rate of breathing is the number of chest movements in a period of time.’)

Orang yang berbeza mempunyai kadar pernafasan yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina mereka dan keperluan tenaga seperti seseorang memerlukan lebih tenaga jika badan mereka aktif, dan ini menyebabkan kadar pernafasan meningkat.
(‘Different people have different rates of breathing. This depends on their gender or energy requirement such as a person needs more energy if the body is active, so that their rates of breathing increasing.’)

4 ulasan:

  1. nota ni amat membantu saya...saya lebih faham n mudah nak wat mota kecil.thanx cikgu!!!

    BalasPadam
  2. Memang best lah .. Nota menjadi mudah :)

    BalasPadam
  3. bagus dengan cikgu ni thanks to you

    BalasPadam
  4. Mengapakah udara memasuki peparu semasa menyedut nafas

    BalasPadam