Sabtu, 9 Mei 2020

Gerhana, gerhana Bulan, gerhana Matahari

Gerhana versi 2020

Definisi : kejadian semula jadi yang berlaku apabila seluruh atau sebahagian daripada cahaya Matahari terlindung oleh Bulan atau Bumi. Terbentuk bayang – bayang sama ada Bulan berada di dalam bayang - bayang Bumi atau Bumi berada dalam bayang – bayang Bulan.

♦ Terdapat dua fenomena gerhana iaitu gerhana Bulan dan gerhana Matahari

♦ Kejadian gerhana melibatkan 3 jasad iaitu Matahari, Bumi dan Bulan dan peredaran Bulan mengelilingi Bumi dan Matahari menentukan sama ada berlaku fenomena gerhana Bulan atau gerhana Matahari.

♦ Syarat utama kejadian gerhana ialah ketiga – tiga jasad iaitu Matahari, Bumi dan Bulan perlu berada pada kedudukan satu garis lurus.

♦ Gerhana berlaku disebabkan oleh 2 sifat cahaya : a) Cahaya bergerak dalam garisan lurus b) Cahaya tidak dapat menembusi objek legap

GERHANA BULAN



Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Bulan dengan Matahari dan ketiga - tiganya berada dalam satu garis lurus.

♦ Gerhana Bulan hanya berlaku jika : i) ketika fasa Bulan purnama/penuh, ii) Bulan bergerak memasuki bayang – bayang, iii) berlaku pada waktu malam

♦ Gerhana Bulan berlaku 2 hingga 4 kali setahun. Pada bulan takwim Qamari yang lain, Bulan bergerak di bahagian atas atau bawah bayang – bayang Bumi yang mengakibatkan tiada gerhana Bulan berlaku.

♦ Kawasan a (gelap sepenuhnya/umbra) : Bayang – bayang Bumi yang terhasil apabila Bumi menghalang sepenuhnya cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan kawasan di Bumi di dalam kawasan a dapat memerhati fenomena gerhana Bulan penuh. Bulan berada pada kedudukan X.

♦ Kawasan b (gelap separa/penumbra) : Bayang – bayang Bumi yang terhasil apabila Bumi menghalang sebahagian cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan kawasan di Bumi di dalam kawasan b dapat memerhatikan fenomena gerhana Bulan separa. Bulan berada pada kedudukan W dan Y.

Keadaan di Bumi
♦ Kawasan Bumi di dalam kawasan a. Bulan berada pada kedudukan X : Berlaku gerhana Bulan penuh; Bulan kelihatan berwarna perang kemerahan. Akibat kesan serakan dan pembiasan cahaya apabila cahaya Matahari mula memasuki atmosfera Bumi. Sama seperti semasa Matahari terbit dan terbenam.

♦ Keadaan menjadi lebih gelap /lebih lama/berlaku dalam beberapa jam (saiz Bumi yang lebih besar daripada Bulan).

♦ Kawasan Bumi di dalam kawasan b. Bulan berada pada kedudukan W dan Y : Berlaku gerhana Bulan separa; Hanya sebahagian Bulan berwarna perang kemerahan, sebahagian lagi cerah.

♦ Bulan pada kedudukan V dan Z, gerhana tidak berlaku kerana tiada cahaya Matahari yang dihalang.

Peringkat/fasa gerhana Bulan penuh (diperhatikan dari Bumi, Kawasan a, Bulan pada kedudukan X)
Bulatan putih = Bulan, bulatan hitam = Bayang – bayang Bumi; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza


Peringkat/fasa gerhana Bulan separa (diperhatikan dari Bumi, Kawasan b, Bulan pada kedudukan W dan Y)
Bulatan putih = Bulan, bulatan hitam = Bayang – bayang Bumi; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza



Link video untuk lebih kefahaman berkenaan fenomena gerhana Bulan
Tahun 6 - Sains UPSR - Gerhana Bulan
Klik di sini
@ lihat video di bawah ini.




GERHANA MATAHARI



Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dengan Matahari dan ketiga - tiganya berada dalam satu garis lurus.

♦ Gerhana Matahari hanya berlaku jika : i) ketika fasa anak Bulan, ii) Bulan bergerak di antara Bumi dengan Matahari, iii) berlaku pada waktu siang

♦ Gerhana Matahari berlaku sekurang – kurangnya 2 kali setahun.

♦ Kawasan a (gelap sepenuhnya/umbra) : Bayang – bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi apabila Bulan menghalang sepenuhnya cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi kawasan R di Bumi mengalami fenomena gerhana Matahari penuh.

♦ Kawasan b (gelap separa/penumbra) : Bayang – bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi apabila Bulan menghalang sebahagian cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi kawasan Q dan S di Bumi mengalami fenomena gerhana Matahari separa.

Keadaan di Bumi
♦ Kawasan R : Berlaku gerhana Matahari penuh; Matahari kelihatan seperti bulatan hitam yang dikelilingi oleh satu lingkaran cahaya disebut korona (Bahagian Matahari yang tidak ditutupi oleh Bulan). Juga seperti cincin bermata.

♦ Keadaan menjadi gelap seketika/lebih singkat/beberapa minit (lebih 7 minit), suhu persekitaran menurun, burung – burung akan kembali ke sarang.

♦ Kawasan Q dan S : Berlaku gerhana Matahari separa; Matahari kelihatan seperti bulan sabit.

♦ Kawasan P dan T : Gerhana Matahari tidak berlaku. Tiada cahaya Matahari yang dihalang oleh Bulan

Peringatan ! Melihat gerhana Matahari secara terus akan merosakkan mata, kebutaan. Perlu memakai penuras gelap


Peringkat/fasa gerhana Matahari penuh (Kawasan R)
Bulatan putih = Matahari, bulatan hitam = Bulan; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza




Peringkat/fasa gerhana Matahari separa (Kawasan Q dan S)
Bulatan putih = Matahari, bulatan hitam = Bulan; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza


Link video untuk lebih kefahaman berkenaan fenomena gerhana Matahari
Tahun 6 - Sains UPSR - Gerhana Matahari
Klik di sini

@ lihat video di bawah ini







#imzaroncikgusains
#ilmuperludikongsibersama

Isnin, 4 Mei 2020

PUSAT STEM NEGARA : Syoknya Teroka Ilmu di Rumah

MARI KE FACEBOOK : PUSAT STEM NEGARA

Pusat STEM Negara, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM akan mengadakan Bengkel dalam Talian : Syoknya Teroka Ilmu di Rumah yang melibatkan beberapa guru sebagai pengendali sesi bengkel. Bengkel dalam talian ini bertujuan untuk memberi pendedahan, kesedaran serta peluang kepada guru dan murid untuk meneroka idea dan alternatif baharu bagi memupuk minat dan meningkatkan pemahaman dalam mata pelajaran bidang STEM yang berkaitan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Ibu bapa juga digalakkan mencuba bersama anak-anak mereka di rumah.

KOLEKSI BENGKEL

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 6 Robotic Arm oleh Cikgu Aman (SMK Jenjarom, Selangor; 15 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 5 Wayang Kulit oleh Cikgu Hailmi (SMK Jerlun, Kedah; 15 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 4 Ubur – ubur Ajaib oleh Cikgu Hanafiah (SMK Ulu Sapi, Telupid, Sabah; 13 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 3 Let’s Shake It oleh  Cikgu Mohd Fazley (SK Sentosa Maran Pahang; 13 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 2 Why? oleh Cikgu Maisarah Manas (Kolej Tunku Kursiah, NS; 11 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 1 Air Sirap Bandung oleh Cikgu Kamariah Awang (SK Gong Balai, Terengganu; 11 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 6 Roket Kertas dan Pelancar Roket Mudah oleh Cikgu Nadia Richard (SMK Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah; 8 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 5 Si Pembunuh Kuman oleh Cikgu Sabina Benjamin (SISC+, PPD Batang Padang, Perak; 8 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 4 Let’s Build Up oleh Cikgu Dr Norazla Mustafa (SMS Tuanku Syed Putra, Perlis; 6 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel 3 Menara Impian oleh Cikgu Suzana Ali (SK Sri Serdang, Selangor; 6 Mei 2020) : Klik disini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel Baja Organik Hebat oleh Cikgu Norhayati Yahya (SK Binjai, Jitra, Kedah) (4 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel Catapult Dart Challenge oleh Cikgu Anuthra (4 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel Ketuhar Solar oleh Cikgu Shahril (01 Mei 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel bertajuk : Got Milk? Let's Make Plastics oleh Cikgu Yasmin (30 April 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel Cef Pau oleh Cikgu Zazol (28 April 2020) : Klik di sini

PUSAT STEM NEGARA
Bengkel Eksplorasi 3D oleh Cikgu Saffuan (26 April 2020) : Klik di sini

#stayhome
#sainssenangsainssayacemerlang
#seronoknyabelajarsainshandson