Ahad, 18 Mac 2012

KERTAS SAINS 018 (sk) – UPSR (Siri 2)

Pengenalan ringkas Kertas Sains 018 (SK) UPSR

The important points that pupils must be aware of about the Science Paper 018 UPSR examination are as follows :
(‘Perkara – perkara penting yang murid perlu ambil perhatian tentang peperiksaan UPSR Kertas Sains 018 adalah seperti berikut’)

Evaluation (‘Penilaian’):
Central level
(‘Peringkat Pusat’)

Scope (‘Skop’) :
The Years 4.5 and 6 syllabi
(‘Sukatan Tahun 4,5 dan 6’)

Themes (‘Tema’):
1. Investigating Living Things
(‘Menyiasat Benda Hidup’)
2. Investigating Force and Energy
(‘Menyiasat Daya dan Tenaga’)
3. Investigating Materials
(‘Menyiasat Bahan’)
4. Investigating The Earth and The Universe
(‘Menyiasat Bumi dan Alam Semesta’)
5. Investigating Technology
(‘Menyiasat Teknologi’)

Paper Code (‘Kod Kertas’):
018

Day of Examination (‘Hari Peperiksaan’):
Day three in UPSR Timetable (8.15am – 9.30am)
(‘Hari ketiga UPSR – 8.15 pg – 9.30 pg’)

Language (‘Bahasa’):
Bilingual (In English and translation in Bahasa Malaysia)
(‘Dwibahasa’)(‘Dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia’)

Time allocated (‘Tempoh masa’):
1 hour 15 minutes
(‘1 jam 15 minit’)

Question type (‘Jenis soalan’):
Section A : 30 objective questions
- Multiple choice questions
(‘Bahagian A : 30 soalan objektif
– soalan pelbagai pilihan’)

Section B : 4 or 5 questions (with sub-questions)
- Structured questions
(‘Bahagian B : 4 atau 5 soalan (dengan pecahan soalan)
– soalan struktur’)

Marks (‘Markah’):
Section A : 60 marks (1 correct 2 marks
(‘Bahagian A : 60 markah (1 betul 2 markah)’)

Section B : 40 marks (1 correct 2 marks)
(‘Bahagian B : 40 markah (1 betul 2 markah)’)

*no ½ marks in marking
(‘*tiada markah separuh yang diberi’)

Proposed time allocation (‘Tempoh masa diperuntukkan’):
Section A : 45 minutes (1 question 1 ½ minutes)
(‘Bahagian A : 45 minit (1 soalan 1 ½ minit)’)

Section B : 30 minutes
(‘Bahagian B : 30 minit’)

Siri 1 – Mukadimah Pengenalan

KERTAS SAINS 018 (sk) – UPSR (Siri 1)

Penerangan mengenai Kertas Sains 018 (sk) UPSR secara bersiri menitik beratkan kefahaman mengenai format kertas dan teknik – teknik yang digunakan dalam menjawab kedua – dua bahagian A dan B.

Penerangan yang dibuat seringkas yang mungkin dan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh anak – anak sekolah rendah yang bakal menduduki UPSR. Segala pengalaman mengajar mata pelajaran Sains dan juga campur gaul dengan guru - guru yang amat berpengalaman dalam mata pelajaran ini, dimanfaat dan dikongsi bersama penulis dengan semua pembaca setia blog ini.

Diharap penerangan ini dapat membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains anak – anak dan juga membantu guru – guru Sains untuk lebih memahami cara dan kaedah, seterusnya menyebarkan ilmu, mengajar dan mendidik anak – anak murid dalam memahami mata pelajaran Sains dengan lebih berkesan.


Perkara – perkara yang menjadi topik perbincangan ini ialah :
1. Pengenalan ringkas Kertas Sains 018 (SK) UPSR
2. Bahagian A
3. Bahagian B
4. Senarai Contoh Soalan



Terkini ! Perhatian kepada semua ibu bapa, anak – anak murid dan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat semua entri mengenai Bahagian B kertas Sains UPSR 018 dalam versi buku format PDF boleh email kepada saya naimoiman@gmail.com untuk sebarang pertanyaan. Ia dijual pada harga RM10 sahaja.

Jangan lepaskan peluang ini. Ini mungkin salah satu cara untuk anda memperolehi keputusan yang cemerlang dalam kertas Sains UPSR.

TELUR KUAT

('STRONG EGG')

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Bahan – bahan yang diperlukan (‘What Do I Need?’)
* Telur (‘An egg’)

2. Pegang telur, pegang dengan keadaan tangan mengelilingi telur itu.
(‘Hold an egg, completely surrounding it with your hand.’)


3. Picit ia, pastikan semua tekanan sekeliling adalah sama rata.
(‘Squeeze it, making sure that the pressure is even all around.’)

4. Anda sepatutnya boleh memicit dengan kuat tanpa memecahkannya (lakukan di sinki atau mangkuk.
(‘You should be able to squeeze it very hard without breaking it (do this over a sink or bowl just in case.’)

5. Telur itu akan pecah jika terdapat rekahan padanya, ataupun anda sedang memakai cincin.
(‘The egg may break if it is already slightly cracked, or if you are wearing a ring.’)

Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Telur adalah kuat (terutamanya pada bahagian lengkung) dan boleh tahan dengan daya yang dikenakan secara serata ke atasnya. Ia tidak boleh tahan dengan daya yang tidak serata, yang mana telur mudah pecah apabila diketuk pada bahagian tepi mangkuk atau pecah apabila jatuh ke tanah.
(‘Eggs are surprisingly strong (especially the curve side) and will stand up to forces applied evenly to them. They don't stand up so well to uneven forces, which is why they crack easily on the side of a bowl or break when they hit the ground.’)

RUJUKAN (‘REFERENCE’)
bizarrelabs