Khamis, 24 November 2011

KELAS BIMBINGAN MUSIM CUTI SEKOLAH CIKGU AZMI

‘KELAS, BIMBINGAN, TUISYEN, AMPANG, SELANGOR, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH KEBANGSAAN, SCIENCE, MATHEMATICS, SAINS, MATEMATIK, MATH, ULANGKAJI, INTENSIF, FOKUS, SISTEMATIK, PERCUBAAN, RAMALAN, SKOR, A, CEMERLANG, BERJAYA, CUTI, CUTI SEKOLAH, SEKOLAH, HOLIDAY, SCHOOL, SCHOOL HOLIDAY, MUSIM, MUSIM CUTI SEKOLAH, DARJAH 5, TAHUN 5, 5, DARJAH 6, TAHUN 6, 6, CALON, UPSR, 2015, CALON UPSR 2015, UPSR 2015’


JANGAN LEPASKAN PELUANG.... SELAGI ADA DAYA SELAGI ITU KITA BERUSAHA.
INI MUNGKIN BOLEH MENGUBAH KEPUTUSAN ANDA...

Isnin, 19 September 2011

DUIT PANTAS

(‘Fast Money’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
- Sehelai duit kertas, kalau boleh yang baru
(‘A dollar bill, preferably a crisp one’)
- Seorang sukarela
(‘A volunteer’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Pegang duit kertas seperti mana gambar rajah di atas pada kedudukan menegak. Biar seseorang untuk dalam keadaan sedia untuk menangkap duit kertas tersebut. Bilang satu, dua dan tiga. Apabila ia dijatuhkan ia akan bergerak antara ibu jari dan jari – jari yang lain sebelum tangan sempat menangkapnya.
(‘Hold the dollar bill as in drawing at upper left. Allow someone to hold his hand ready to catch it. Count one, two, three. As it is dropped it will move between the thumb and fingers before the lower hand can grasp it.’)


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Ia mengambil masa untuk mata melihat apabila duit kertas itu dilepaskan, masa untuk otak untuk memberitahu tangan untuk merapatkan jari – jari, dan masa diperlukan untuk otot dalam tangan mengikut arahan otak.
(‘It takes time for the eye to see that the bill has been released, time for the brain to tell the hand to grasp, and still more time for the muscles in the hand to obey.’)

KERTAS CINCIN – berjalan melalui kertas

(‘Paper Ring – Walk Through Paper’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
- Sehelai kertas kitar semula.
(‘A recycle paper’)
- Sebatang pembaris
(‘A ruler’)
- Sebatang pensil
(‘A pencil’)
- Pemotong – seperti pisau, gunting, pisau tajam atau bilah cukur
(‘A cutter – such as cutter, scissor, sharp knife or razor blade’)




2. Potong kertas seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas. Kertas itu boleh dibuka, yang mana lubangnya cukup besar untuk seseorang melaluinya.
(‘Cut the paper as shown above in the drawing. The paper can be opened out, so that the hole in it is large enough for a person to step through’)

Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Helah ini bergantung kepada garisan yang dilukis dan juga cara kita memotong kertas. Pastikan memotong secara berselang seli, pada bahagian kiri dan kanan. Ini akan menghasilkan gelungan kertas yang besar dan boleh memuatkan seseorang.
(‘This trick depends on the lines that we drew and how we cut the paper. Make sure that you cut alternately, side to side, left and right. This will form a big hole that fit enough for a person to walk through.’)

Sumber rujukan : layhands

Khamis, 8 September 2011

Planets Song

Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune

Mercury is the closest planet to the sun
Venus comes next it's the hottest one
Earth comes third the only life that we know
Mars has the largest canyon and volcano

Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune

The gassy planet Jupiter, the largest you will find
Saturn has rings around the outside
Uranus is funny ‘cause it spins on its side
Neptune looks blue, the coldest of its kind

Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune

Okay get ready
We're gonna say all the planets really, really, really fast
Can you keep up?
We're gonna say all the planets from the first to the last

Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune


Audio, please click here

Click here to download the song

Reference : havefunteaching

Rabu, 7 September 2011

The Water Cycle Song


The Water Cycle
Takes the water and moves it
Up and Down and all around the Earth

Evaporation comes
When the heat from the Sun
Warms up all the groundwater
Then it turns to water vapor

Condensation takes over
It goes up to the clouds
Water vapor cools down
And it changes to a liquid, now

Precipitation happens
When the drops get big
It falls like Rain, Snow, Sleet, and Hail upon my head
I know it's the water cycle happening again
Evaporation, Condensation, Precipitation

Audio, please click hear

Click here to download the song

Reference : havefunteaching

Ahad, 28 Ogos 2011

KELAS BIMBINGAN TUISYEN CIKGU AZMI SAINS DAN MATEMATIK UPSR

‘KELAS, BIMBINGAN, TUISYEN, AMPANG, SEKOLAH, RENDAH, KEBANGSAAN, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH KEBANGSAAN, SCIENCE, MATHEMATICS, SAINS, MATEMATIK, SKOR, A, A, CEMERLANG, BERJAYA, MARKAH, PERATUS, 100%, 4, 5, 6, TAHUN 4, DARJAH 4, TAHUN 5, DARJAH 5, TAHUN 6, TAHUN 2016, TAHUN 2016, 2016, TAHUN 2017, 2017, DARJAH 6, UPSR, CALON UPSR 2017, UPSR 2017, KSSR, DSKP, KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH, DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN




JANGAN LEPASKAN PELUANG... BERTINDAK SEKARANG.

Selasa, 23 Ogos 2011

CAWAN BOLA KERTAS

(‘Paper Ball Cup’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Aktiviti ini melibatkan graviti. Ia juga melibatkan koordinasi tangan-mata dan menggalakkan pembelajaran kira-kira.
(‘This activity is to help pre-school learn about gravity. It also involves hand-eye coordination and encourages to learn to count.’)

2. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
- Renyukkan kertas A4 kitar semula untuk membuat bola kertas.
(‘Crumple a used A4 paper to make a paper ball’)
- Reben 40 cm
(‘40cm ribbon’)
- Sebuah mug
(‘A mug’)


3. Ikat reben pada bola kertas. Biarkan bola luar dari mug
(‘Tie the ribbon to the paper ball. Let the ball out of the mug.’)

4. Hayunkan bola ke belakang dan ke hadapan secara perlahan. Kemudian hayunkan ke atas dan cuba untuk tangkap bola itu dengan mug.
(‘Swing the ball backward and forward slowly. Then swing it up and try to catch it
with the mug.’)

5. Lihat berapa kali anda boleh menangkap bola itu
(‘See how many times you can catch the ball in the mug.’)

6. Tanyakan soalan : “Mengapa bola itu jatuh ke bawah?” dan “Bagaimana bola itu boleh masuk dalam mug?”.
(‘Ask questions: “Why did the ball fall?” and “How did the ball get into the mug?”’)


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)
Ini merupakan kesan daya graviti. Dengan membalingkan bola ke atas, ia akan bergerak melawan graviti tetapi ia akan tetap jatuh disebabkan oleh graviti menariknya.
Untuk memasukkan bola itu ke dalam kertas, anda perlu menggunakan koordinasi tangan-mata dan cuba gerakkan mug menggunakan tangan anda pada lokasi yang betul, sebelum bola itu jatuh.
(‘Gravity affects everything. By throwing the ball up, it goes against the gravity but it will still fall due to gravity pulling it back.
To get the ball into the mug, you will need to use your hand-eye coordination and try to move the mug using your hand to the right location, right before the ball falls.
’)

Sumber : petrosains snackbook

RINGGIT LOMPATAN ARNAB

(‘Ringgit Bunny Hop’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Aktiviti ini adalah mengenai kestabilan dan pusat graviti
(‘This activity is about stability and centre of gravity.’)

2. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)

*Sukarelawan, duit ringgit.
(‘A volunteer, any amount of money.’)

3. Letak duit ringgit secara leper di atas lantai. Minta sukarelawan untuk berdiri di hadapan ringgit itu. Beritahu dia supaya tunduk dan pegang jari – jari kakinya.
(‘Place the ringgit flat on the floor. Ask a volunteer to stand with the ringgit in front of him. Tell him to bend over and grab his toes.’)

4. Cabar dia untuk lompat melepasi ringgit tersebut sambil memegang jari – jari kakinya (tanpa jatuh). Beritahu dia bahawa dia boleh duit itu jika dia berjaya melakukannya.
(‘Challenge him to jump over the ringgit bill while holding onto his toes (without falling over). Tell him that if he can do it, he can keep the ringgit.’)


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Aktiviti jalanan ini melibatkan pusat jisim, iaitu pusat graviti. Ini merupakan titik di mana jisim badan tertumpu. Helah ini sebenarnya mustahil untuk dilakukan tanpa hilang keseimbangan kerana pusat jisim berpindah apabila cuba untuk melompat melepasi duit. Pada permulaannya jisim badan adalah pada kaki. Apabila melompat, pusat jisim cuba untuk berpindah ke hadapan. Kebanyakan orang perlukan tangan untuk menyeimbangkan pindahan ini.
(‘This busking involves to center of mass, center of gravity. This is a point where the body mass is concentrated. This trick is virtually impossible to do without losing balance because the centre of mass shifts when trying to jump over the ringgit. Initially the center of mass is over the feet. When jumping, the centre of mass tend to shift forward. Most people need their arm to counterbalance this shift.’)

Sumber : petrosains snackbook

DUA CECAIR BERTUKAR TEMPAT – SAINS CECAIR

(‘Trading Places - Liquid Science Magic Trick’)


Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Helahan Sains ini ataupun tunjukcara ini boleh menggunakan beberapa jenis cecair, antaranya ialah air dan minyak. Apa yang diperlukan hanya dua jenis cecair yang berlainan ketumpatan. Jika kedua – dua cecair tidak bercampur (seperti air dan minyak), ia boleh menampakkan kesan pengasinan dengan lebih jelas.
(‘This science magic trick or demonstration can be performed using many different liquids, such as water and oil. All you need are two liquids that have different densities. If the liquids don't mix (such as water and oil), you will get a clearly-defined separation.’)

2. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)

*dua gelas yang sama, air, minyak dan satu kad yang kalis air.
(‘two identical glasses, water, oil, a thin waterproof card’)

3. Isikan satu gelas dengan air dengan penuh.
(‘Fill one glass completely full with water.’)

4. Isikan gelas yang kedua dengan cecair yang dipilih (minyak) sampai penuh.
(‘Fill the other glass completely full with the other liquid you selected.’)

5. Tempatkan kad di atas gelas yang mengandungi air. Pegang kad dan kemudian terbalikkan gelas berisi air di atas gelas yang kedua.
(‘Place the card over the water glass. While holding the card onto the glass, flip the water glass over and set it and the card on top of the second glass.’)

6. Sebariskan kedua – dua gelas dan gerakkan kad secara perlahan sehingga terdapat bukaan pada hujung gelas.
(‘Line the glasses up so that they are even and move the card so that there is just a tiny bit of open space at the edge of the glasses.’)

7. Dalam lebih kurang beberapa minit, kedua – dua cecair akan bertukar tempat. Minyak akan naik ke atas sementara air akan bergerak tenggelam ke dasar gelas.
(‘Over the next few minutes, the liquids will exchange places. The oil will rise to the top while the water sinks and fills the bottom glass.’)

Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Kedua – dua cecair mempunyai ketumpatan yang berbeza – beza. Asasnya, cecair yang lebih ringan akan terapung sementara cecair yang lebih berat akan tenggelam. Anda akan mendapat keputusan yang sama jika anda mengalihkan kad sepenuhnya, tapi cara yang ini akan nampak lebih magika.
(‘The two liquids have different densities from each other. Basically, the lighter liquid will float while the heavier liquid will sink. You would see the same result if you had removed the card entirely, except this way is prettier and looks more magical.’)

Sumber : chemistry.about.com

Ahad, 7 Ogos 2011

BAHAN SEMULAJADI DAN BAHAN BUATAN MANUSIA

(‘NATURAL AND MAN-MADE MATERIALS’)

1. Semua bahan di sekeliling kita boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu bahan – bahan semula jadi dan bahan – bahan buatan manusia.
(‘All materials around us can be classified into two categories which are natural materials and man-made materials.’)

2. Bahan semulajadi adalah bahan – bahan yang datangnya daripada tumbuhan, haiwan dan alam sekitar.
(‘Natural materials are the materials that come from plants, animals and nature.’)

3. Bahan – bahan semulajadi sekeliling kita termasuk kayu, kapas, getah – tumbuhan; kulit, bulu/bulu pelepah, sutera – haiwan; dan tanah liat/tanah, logam, petroleum – alam sekitar.
(‘Natural materials around us include wood, cotton, rubber – plants; leather, fur/wool/feather, silk – animals; clay/soil, metal, petroleum - nature.’)

Video di bawah menunjukkan bagaimana sutera diekstrak daripada kepompong ulat sutera sehingga menjadi kain sutera di negara China.
(‘This video tells the story of silk production in Shanghai, China starting with the eggs of silkworms to worms' production of fibers to make their cocoons.’)



4. Gambar rajah di bawah menunjukkan contoh – contoh bahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi :
(‘The diagram shows examples of things that are made from natural materials.’)


Video di bawah menunjukkan bagaimana kapas dihasilkan.
(‘This video tells about cotton.’)







5. Bahan – bahan buatan manusia atau dikenali sebagai bahan semula jadi yang telah diproses, adalah bahan – bahan yang diperbuat oleh manusia. Sebahagian besarnya datang daripada petroleum. Petroleum ialah bahan semula jadi.
(‘Man-made materials or known as processed natural materials are the materials that made by man. Usually its come from petroleum. Petroleum is a natural material.’)

6. Plastik, kain sintetik (seperti nilon, rayon, poliester, acrilik) dan kaca adalah bahan buatan manusia.
(‘Plastic, synthetic cloth (such as nylon, rayon, polyester, acrylic) and glass are man-made materials.’)


Video di bawah menunjukkan bagaimana plastik dihasilkan.
(‘This video tells about how plastic is produced.’)





Pautan :

Isnin, 20 Jun 2011

BELON SATAY

(‘SATAY BALLOON’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
* Beberapa pencucuk satay yang nipis
(‘Several thin bamboo satay skewers’)
* Belon getah yang besar – sederhana pun boleh
(‘Large latex balloon’)

2. Tiup belon getah sehingga besar sedikit – boleh kelihatan bahagian gelap di kedua – dua hujung atas dan bawah. Ikat belon itu.
(‘Blow up your latex balloon to a point just short of being full--so that it’s still a little squishy—and so there is a dark area at each end. Knot it off.’)

3. Dengan menggunakan gerakan ‘twist’, cucuk bahagian tajam pencucuk satay ke bahagian getah yang gelap dan tebal berdekatan dengan kawasan ikatan belon. Bawa tembus terus ke atas belon sehingga junpa kawasan getah yang gelap. Dengan gerakan ‘twist’ juga, tolak pencucuk satay tembusi bahagian belon yang atas itu.
(‘Using a twisting motion as you go, poke the sharp into the dark, thicker latex near where you tied the balloon off. Drive the skewer all the way through to the dark latex on the far side. Still twisting, push the skewer through the far side of the balloon.’)


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Menjangkakan akan meletup? Belon akan menyimpan udaranya di dalamnya, ini kerana polimer dalam getah belum lagi diregangkan pada titik atau regangan yang maksimum. Ia masih boleh diregangkan dan mengelilingi pencucuk satay. Lagipun, kamu boleh terusnya mencucuk. Cuba lihat berapa banyak pencucuk satay yang boleh dicucuk menembusi belon. Selagi anda biarkan ia, belon akan terus menyimpan udara di dalamnya. Beberapa ketika, udara terbocor keluar.
(‘Expect a pop? The balloon will hold its air, because the polymers in the latex haven’t been stretched to their fullest point. They can still stretch and surround the satay skewer. In fact, you can keep going. See how many skewers you can drive through the balloon. As long as you leave them inside, the balloon will hold most of its air. After a while, of course, air will leak out.’)

Sumber : education activity

Sabtu, 18 Jun 2011

BELON TIDAK MELETUP APABILA DIBAKAR DENGAN API

(‘BALLOON DOESN’T BURST WHEN WE LIGHT UP WITH FIRE’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
2 belon, pemetik api/,mancis, lilin, air.
(‘2 balloons, a lighter/matches, a candle, water.’)

2. Tiup belon yang pertama dan ikat. Masukkan 1/3 cawan air ke dalam belon yang satu lagi, dan kemudian tiup belon tersebut dan ikat.
(‘Inflate one of the balloons and tie it closed. Place 1/3 cup of water in the other balloon, and then inflate it and tie it shut.’)

3. Nyalakan lilin menggunakan pemetik api ataupun mancis dan letakkan ia di bawah belon yang pertama. Pastikan api mengenai belon. Perhatikan apa yang berlaku? Belon itu akan meletup.
(‘Light a match and hold it under the first balloon. Allow the flame to touch the balloon. What happens? The balloon breaks, perhaps even before the flame touches it.’)


4. Nyalakan mancis dan nyalakan lilin semula. Letakkan ia secara langsung dengan di bawah belon kedua yang mengandungi air. Pastikan nyalaan menyentuh belon. Apakah yang akan terjadi? Belon itu tidak akan meletup. Anda mungkin melihat kawasan hitam pada bahagian luar belon yang dipanaskan oleh lilin.
(‘Light another match. Hold it directly under the water in the second balloon. Allow the flame to touch the balloon. What happens with this balloon? The balloon doesn't break. You may even see a black patch of soot form on the outside of the balloon above the flame.’)

Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Mengapa belon yang tidak mengandungi air meletup apabila dipanaskan? Nyalaan akan memanaskan sesuatu dengan membekalkan haba. Dalam eksperimen tadi, kedua – dua belon dipanaskan. Getah belon yang tidak mengandungi air menjadi panas apabila dipanaskan, dan ia menjadi terlalu lemah untuk menghalang tekanan di dalam belon yang juga semakin tinggi. Gas di dalam belon mengembang dan ini menyebabkan belon meletup.
(‘Why does the balloon with no water break in the flame? The flame heats whatever is placed in it. It heats the rubber of both balloons. The rubber of the balloon without water becomes so hot, that it becomes too weak to resist the pressure of the air inside the balloon – air expands when heated.’)

Bagaimana pula belon yang mengandungi air boleh bertahan daripada meletup apabila dipanaskan? Apabila air dipanaskan, air akan menyerap haba dari nyalaan. Kemudian getah belon tidak menjadi terlalu panas. Getah belon tidak menjadi lemah, dan juga gas dalam belon tidak mengembang dan belon tidak akan meletup.
(‘How does the balloon with water in it resist breaking in the flame? When water inside the balloon is placed in the flame, the water absorbs most of the heat from the flame. Then, the rubber of the balloon does not become very hot. Because the rubber does not become hot, it does not weaken, and the balloon does not break.’)

Air merupakan penyerap haba yang baik. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mengubah suhu air. Ia mengambil masa sepuluh minit untuk haba menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1°C yang mana sama banyakkan haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram besi. Ini adalah sebab kenapa mengambil masa yang lama untuk cerek memanaskan air. Sebaliknya, apabila air menyejuk, ia akan membebaskan haba dengan banyak.
(‘Water is a particularly good absorber of heat. It takes a lot of heat to change the temperature of water. It takes ten times as much heat to raise the temperature of 1 gram of water by 1°C than it does to raise the temperature of 1 gram of iron by the same amount. This is why it takes so long to bring a teakettle of water to the boil. On the other hand, when water cools, it releases a great deal of heat.’)

Sumber : scifun

Jumaat, 17 Jun 2011

GERHANA (‘Eclipse’) – Bahagian 1 (‘Part 1’)

Definisi ‘Gerhana’?
(‘Definition of 'eclipse'’)

Gerhana adalah penyekatan atau halangan cahaya Matahari, Bulan, atau lain – lain jasad yang terang, oleh jasad - jasad yang lain, sama ada antara ia dan juga mata, atau antara jasad yang terang dan yang diterangi olehnya.
(‘Eclipse an interception or obscuration of the light of the sun, moon, or other luminous body, by the intervention of some other body, either between it and the eye, or between the luminous body and that illuminated by it.’)

Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan bergerak melalui bayang – bayang Bumi; Gerhana Matahari pula berlaku, apabila Bulan berada di antara Matahari dan pemerhati.
(‘A lunar eclipse is caused by the moon passing through the earth's shadow; a solar eclipse, by the moon coming between the sun and the observer.’)
ruj : definition

Dalam perkataan yang lebih mudah, gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain.
(‘Eclipse is an astronomy phenomenon happens when an astronomy body pass through the shadow of other astronomy body.’)
ruj : ms wikipedia

Bumi dan bulan mempunyai dua jenis pergerakan, iaitu berputar dan beredar. Bumi berputar pada paksinya, berputar dari arah Barat ke Timur (mengambil masa 24 jam = 1 hari) dan juga beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya sendiri (mengambil masa 365 ¼ hari = 1 tahun), juga dari arah Barat ke Timur.
(‘The Earth and the Moon have two type of motion, which are revolving and rotating. The Earth rotates on its axis, from west to East (it takes 24 hours = 1 day) and also revolves around the Sun along its own orbit (it takes 365 ¼ days = 1 year), from West to East.’)

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pergerakan Bumi.
(‘Click here to know more about the motion of the Earth’)

Video di bawah menunjukkan bagaimana Bumi berputar dan beredar :
(‘The following video shows about the rotation and the revolution of the Earth’)



Bulan juga berputar pada paksinya sendiri, juga berputar dari arah Barat ke Timur (satu putaran mengambil masa 29.5 hari sama dengan tempoh yang diambil untuk mengelilingi Bumi). Bulan yang sentiasa beredar mengelilingi Bumi dari arah Barat ke Timur, pada orbitnya sendiri dan dalam pada masa yang sama beredar mengikuti Bumi mengelilingi matahari.
(‘The Moon also rotates on its axis, from West to East (one complete rotation takes 29.5 days same as the time taken for the Moon to complete one revolution around the Earth). The Moon revolves around the Earth from West to East, on its axis and at the same time follows the Earth to revolve around the Sun.’)

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pergerakan Bulan.
(‘Click here to know more about the motion of the Moon’)

Lihat video di bawah ini untuk memahami mengenai putaran Bulan :
(‘Watch this following video about the rotation of the Moon’)



Gerhana – Bahagian 2
(‘Eclipse – Part 2’)

Rabu, 8 Jun 2011

BELON TIDAK MELETUP APABILA DICUCUK

(‘BALLOON DOESN’T BURST AFTER IT’S BEING STICK’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
Belon getah, pita selofan, beberapa jarum peniti.
(‘A balloon, sticky tape, several pins’)

2. Tiup belon dan kemudian ikat.
(‘Blow up a balloon so that it's full but not so full that the balloon is tight. Make a knot in the balloon or tie it off with string.’)

3. Buatkan tanda pangkah di atas permukaan belon dengan menggunakan pita selofan. Panjang kira – kira 1 inci setiap satu.
(‘Make a cross on the balloon with sticky tape. Just stick one piece of sticky tape about 1 inch long on the balloon then put another one inch piece of tape over the first but in a cross shape.’)

4. Cucuk satu jarum dan ia tidak akan meletup. Cucuk di bahagian tengah pota selofan itu tadi dan belon itu tidak akan meletup.
(‘Stick a pin in the balloon and it will not pop. Stick the pin in the middle of the tape and there you have it... a balloon with a pin sticking out of it!’)


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Tekanan udara adalah tinggi di dalam belon. Sebahagian besar dinding dalam belon adalah tertolak keluar oleh udara. Ini membuatkan getah dinding belon meregang pada kadar yang maksimum. Jika kita mencucuk belon pada keadaan ini, ia akan meletup.
(‘Air pressure is very high inside the balloon. Most parts of the inner walls of the balloon are being pushed out by the air. So that the rubber is stretched to their maximum limit. If we stick the balloon with a pin, it going to break.’)

Fungsi pita selofan adalah memegang dinding getah belon bersama, dan menghalang belon daripada meletup. Pita selofan memberi daya tambahan bagi dinding getah belon untuk mengatasi tekanan udara yang ada di dalam belon.
(‘The function of the sticky tape is to hold the rubber wall together, and prevent the balloon from breaking. The sticky tape give an additonal force to the rubber walls to hold the pressure of air inside the balloon.’)

Sumber : ehow

Jumaat, 27 Mei 2011

DAYA GESERAN BUKU

(‘The phone book friction’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
• 2 unit of phone book/book (‘2 buah buku telefon/buku’)

2. Rombak dua buah buku telefon dengan cara tindihkan setiap muka surat selang – seli.
(‘Shuffle two phone books together like a deck of cards.’)



Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

1. Dua orang tersebut tidak mampu untuk menarik keluar kedua – dua buku tersebut.
(‘He/she can't. Even TWO people can't pull them apart.’)

2. Setiap muka surat yang bersentuhan mempunyai daya geseran yang disebabkan oleh berat muka surat di bahagian atas yang menolak ke bawah. Ini menghasilkan jumlah daya geseran yang amat besar.
(‘Each page in contact has the friction caused by the weight of the pages above it pushing down. This allows for a tremendous amount of friction.’)

Sumber : darylscience

Isnin, 23 Mei 2011

RAMBUT SAYA TEGAK KE ATAS

(‘My hair is straight up’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
• Belon getah kecil (‘Small Rubber Balloon’)
• Sukarela yang berambut panjang dan kering (‘Volunteer with dry long hair’)

2. Tiup belon dan kemudian ikatkan (‘Blow up and tie off the balloon’)

3. Gosokkan belon dengan cepat pada belakang rambut anda beberapa kali.
(‘Rub the balloon quickly on your hair back and forth a number of times.’)

4. Perhatikan apa yang berlaku apabila anda mengangkat belon dari rambut anda. (Tapi pastikan rambut anda kering dan bersih).
(‘Notice what happens as you lift the balloon away from your head (make sure your hair is very dry and clean)’).


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

1. Apabila anda menggosokkan belon pada rambut, ia akan dicaskan dengan elektrostatik.
(‘When you rub the balloon on your hair, it becomes charged with static electricity.’)

2. Apabila getah menggelongsor di atas rambut, molekul - molekul getah membentuk ikatan sementara dengan molekul – molekul pada rambut dengan berkongsi elektron - elektron.
(‘As the rubber slides over the hair, molecules of rubber form temporary bonds with molecules in your hair by sharing some of their electrons.’)

3. Apabila belon terus digerakkan, ikatan terlerai, yang mana kadangkala meninggalkan satu atau dua elektron tertinggal pada bahagian yang salah ikatan. Elektron lebih menghabiskan masa pada sebelah getah dalam ikatan, belon akan mendapat lebih banyak elektron dan menjadi cas negatif! Sebaliknya, rambut anda yang kehilangan elektron dan ia menjadi cas positif (yang mana proton cas positif tidak diimbangi dengan bilangan elektron).
(‘When the balloon moves on, the bonds break, sometimes leaving an electron or two stranded on the wrong side of the bond. As the electrons spend slightly more time on the rubber side of the bond, the balloon ends up with many more electrons than it began with and leaving it with an overall negative charge! Conversely, you hair has lost some of its complement of electrons so it is now some of its positively charged protons are not cancelled out anymore and leaving the hair with an overall positive charge.’)

4. Objek yang bercas berlawanan akan tertarik antara satu sama lain, yang mana menyebabkan rambut tertarik pada belon.
(‘As oppositely charged objects attract each other, your hair sticks to the balloon as you lift it off.’)

Sumber : outreach phys

Ahad, 15 Mei 2011

CUCUK SAYA – AIR TIDAK AKAN KELUAR

(‘Stab me – the water doesn’t come out’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
• Beberapa pensil yang ditajamkan (‘Sharpened pencils’)
• Beg plastik bersaiz sederhana (‘Plastic bag (medium size’)
• Air (‘Water’)

2. Isikan plastik beg dengan air dan ikatkan atasnya.
(‘Fill a plastic bag with water and seal the top tightly.’)

3. Cucuk satu pensil ke beg plastik.
(‘Stab one pencil into the plastic bag.’)

4. Kemudian, cucuk lagi beg plastik dengan beberapa pensil yang ditajamkan, air tidak akan keluar dari beg plastik walaupun setitik.
(‘Puncture the bag with several newly sharpened pencils, the water won’t leak out, never a drop.’)


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

1. Plastik adalah sejenis polimer sintetik. Ia diperbuat melalui proses polimerasi dan bahan asalnya ialah (etilena – sejenis gas) yang terhasil daripada petroleum. Ia sangat murah dan digunakan dalam aplikasi kehidupan seharian.
(‘Plastic is a form of synthetic polymer. It is made through the polymerisation process, and its raw material (ethylene-a type of gas) comes from petroleum. It is tough yet cheap and widely used in everyday applications.’)

2. Kebanyakan beg plastik diperbuat daripada polietilena. Apabila polietilena ini dipanaskan, molekul – molekulnya yang mengecut, jadi apabila anda mencucuk pensil menembusi beg polietilena, geseran antara pensil dan plastik memanaskan molekul polietilena dan menyebabkan molekul – molekulnya mengecut mengelilingi pensil. Itu merupakan satu sebab mengapa air tidak bocor keluar.
(‘Most plastic bags are made of polyethylene. When polyethylene is heated, its molecules shrink, so when you stab a pencil through the polyethylene bag, the friction of the pencil against the plastic heats the polyethylene molecules and causes them to shrink around the pencil. That’s one reason why no water will leak out.’)

Sumber : petrosains

Isnin, 3 Januari 2011

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup...Faktor Persaingan Tumbuhan 1

(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among plants’)

PERSAINGAN ANTARA TUMBUHAN (‘Competition Among Plants’)

# Tumbuhan bersaing untuk (faktor – faktor persaingan antara tumbuhan) :
(‘Plants compete for (factors that plants compete for’)’)


# Tumbuhan memerlukan faktor – faktor di atas (keperluan) untuk hidup dan membesar dengan sihat.
(‘Plants need the above factors (needs) to live and grow healthily.’)

# Jika sumber – sumber ini terhad, tumbuhan perlu bersaing sesama mereka untuk mendapatkannya.
(‘If these resources become limited, plants compete among themselves to obtain them.’)

# Di dalam persaingan, tumbuhan yang kuat akan menang. Jika tumbuhan (selalunya yang lemah) tidak mendapat cukup cahaya Matahari, air, nutrien dan ruang, pertumbuhan mereka akan terjejas / terbantut, tumbuhan akan menjadi rendah dan kecil.
(‘In a competition, plants which are strong will win. If plants (especially the weak one) cannot get enough sunlight, water, nutrients and space, their growth will be retarded/stunted, the plants will be short and small.’)

# Sesetengahnya akan mati kerana mereka gagal untuk bersaing dengan tumbuhan lain.
(‘Some of them may die because they fail to compete with other plants.’)

# Perbandingan antara tumbuhan yang sihat dan tidak sihat (layu) boleh dilihat melalui pemerhatian dari segi :
(‘Comparison between the healthy plant and the non-healhty plant (wilted) can be observed through different characteristic’)



PERSAINGAN UNTUK CAHAYA MATAHARI (‘Competition for sunlight’)

# Tumbuhan di dalam hutan hujan tropika kita tidak tumbuh pada kadar yang sama. Ini kerana mereka menerima jumlah cahaya Matahari, air, nutrien dan ruang yang berbeza – beza.
(‘Plants in the rainforest of our country do not grow equally fast. This is because they receive different amount of sunlight, water, nutrients and space.’)

Persaingan antara tumbuhan di dalam hutan (‘Competition among plants in the forest’)

# Setiap tumbuhan di dalam hutan akan cuba untuk tumbuh lebih tinggi untuk mendapat lebih cahaya Matahari. Tumbuhan mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan lebih cahaya Matahari walaupun sedikit.
(‘Each plant in the forest will try to grow taller to get more sunlight. Plants have many ways to get sunlight when only a little reaches them.’)

# Tumbuhan berbatang kayu akan lebih berjaya dalam persaingan untuk mendapatkan cahaya Matahari.
(‘Plants with woody stem will be more successful in the competition for light.’)

Tumbuhan berbatang kayu meninggi lurus dan tegak untuk mendapatkan cahaya Matahari
(‘Plants with woody stem shoot up tall and straight to get sunlight’)

# Tumbuhan – tumbuhan kecil atau renek selalunya terbantut pertumbesarannya kerana mereka tidak mendapat cahaya Matahari yang cukup. Tumbuhan in bergantung kepada tumbuhan yang lain untuk mendapatkan cahaya Matahari.
(‘Low – growing shrubs are often stunted because they do not get enough sunlight to grow The plants depend on other plants to get enough sunlight.’)

# Tumbuhan yang batang yang tidak kuat akan menggunakan penyesuaian khusus / kebolehan untuk mendapatkan cahaya Matahari seperti menggunakan cangkuk, akar mencengkam dan tumbuh pada pokok yang lebih tinggi.
(‘Plants with weak stems will use special adaptations / abilities to reach for sunlight such as hooks, clasping roots and live on top of other plants to get sunlight.’)

Tumbuhan kacang panjang melingkari sekeliling sesuatu objek untuk memanjat mendapatkan lebih cahaya Matahari.
(‘The long bean plant coils around an object to climb up for more sunlight.’)

Pokok duit – duit akan menggunakan akar cengkaman untuk memanjat, melekatkan dirinya kepada batang sesuatu pokok.
(‘The money plant uses its clasping roots to climb up, attach itself to the trunk of a tree.’)

Pakis Tanduk Rusa (‘Staghorn ferns’)


Paku Pakis Langsuir (‘Bird’s nest fern’)

Pokok paku pakis tanduk rusa dan paku pakis langsuir (juga dikenali sebagai tumbuhan epifit – tumbuhan yang menumpang tumbuhan lain) tumbuh atas pokok lain untuk mendapatkan cahaya Matahari.
(‘The staghorn fern and bird’s nest fern lives on top (epiphytes plants – plants that grow on the branches on tall trees) another tree to get sunlight.’)

Tumbuhan peria memanjat pada struktur yang tinggi menggunakan sulur pautnya.
(‘The bitter gourd plant climbs up a tall structure with its tendrils.’)

Tumpuhan liana (kayu berjuntai) memanjat pada batang pokok untuk mendapatkan cahaya Matahari.
(‘Lianas (woody vines) climb up the tree trunks to obtain light.’)

Pautan ke :
Interaksi antara hidupan – intro
(‘Interaction among living things’)