Selasa, 23 Ogos 2011

CAWAN BOLA KERTAS

(‘Paper Ball Cup’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Aktiviti ini melibatkan graviti. Ia juga melibatkan koordinasi tangan-mata dan menggalakkan pembelajaran kira-kira.
(‘This activity is to help pre-school learn about gravity. It also involves hand-eye coordination and encourages to learn to count.’)

2. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
- Renyukkan kertas A4 kitar semula untuk membuat bola kertas.
(‘Crumple a used A4 paper to make a paper ball’)
- Reben 40 cm
(‘40cm ribbon’)
- Sebuah mug
(‘A mug’)


3. Ikat reben pada bola kertas. Biarkan bola luar dari mug
(‘Tie the ribbon to the paper ball. Let the ball out of the mug.’)

4. Hayunkan bola ke belakang dan ke hadapan secara perlahan. Kemudian hayunkan ke atas dan cuba untuk tangkap bola itu dengan mug.
(‘Swing the ball backward and forward slowly. Then swing it up and try to catch it
with the mug.’)

5. Lihat berapa kali anda boleh menangkap bola itu
(‘See how many times you can catch the ball in the mug.’)

6. Tanyakan soalan : “Mengapa bola itu jatuh ke bawah?” dan “Bagaimana bola itu boleh masuk dalam mug?”.
(‘Ask questions: “Why did the ball fall?” and “How did the ball get into the mug?”’)


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)
Ini merupakan kesan daya graviti. Dengan membalingkan bola ke atas, ia akan bergerak melawan graviti tetapi ia akan tetap jatuh disebabkan oleh graviti menariknya.
Untuk memasukkan bola itu ke dalam kertas, anda perlu menggunakan koordinasi tangan-mata dan cuba gerakkan mug menggunakan tangan anda pada lokasi yang betul, sebelum bola itu jatuh.
(‘Gravity affects everything. By throwing the ball up, it goes against the gravity but it will still fall due to gravity pulling it back.
To get the ball into the mug, you will need to use your hand-eye coordination and try to move the mug using your hand to the right location, right before the ball falls.
’)

Sumber : petrosains snackbook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan