Isnin, 24 April 2017

Bengkel dan Seminar bagi Matapelajaran Sains Sekolah Rendah

Bengkel, Talk, Teknik, Menjawab, Soalan, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Format, Baharu, UPSR, 2016, KBAT, KPS, MKS, Formula, Ceramah, seminar, tips, cemerlang, kecemerlangan, skor, A, calon, calon UPSR 2017, 2017, Science, tahun 5, tahun 4, 5, 4, lima, empat, tahun 6, year 6, 6, six

√ Cikgu Azmi berpengalaman mengajar selama 11 tahun di sekolah rendah.

√ Cikgu Azmi terus diberi kepercayaan untuk mengajar tahun 6, calon – calon UPSR dan berpengalaman mengajar matapelajaran Sains tahun 6 selama 9 tahun.
 
√ Cikgu Azmi sentiasa menimba ilmu dengan beberapa guru – guru berpengalaman dalam mengajar matapelajaran Sains Sekolah Rendah dan bergaul dengan guru – guru yang sedang dan pernah menjadi penanda Kertas Sains UPSR.

√ Sangat berminat dalam perkongsian ilmu dan pengendalian bengkel – bengkel dan seminar terutamanya dalam teknik – teknik menjawab Kertas Soalan Sains UPSR.

√ Berpengalaman dan berkebolehan dalam mengendalikan bengkel dan seminar di peringkat sekolah.

√ Berpengalaman mengendalikan tuisyen persendirian selama 10 tahun dan Kelas Bimbingan Cikgu Azmi (KBCA) berjaya membantu murid – murid mengubah gred daripada tidak cemerlang kepada cemerlang. Berjaya membantu murid – murid tuisyen Cikgu Azmi mencapai apa yang diimpikan.

√ Cikgu Azmi mulai aktif dan bersedia untuk berkongsi ilmu yang ada dengan mana – mana pihak yang berhasrat ingin mengadakan bengkel dan seminar bagi matapelajaran Sains untuk murid – murid tahap dua dan calon – calon UPSR.

√ Cikgu Azmi diberi kepercayaan dan sudah mula beberapa kali mengendalikan bengkel dan seminar bagi calon – calon UPSR bagi matapelajaran Sains.

√ Cikgu Azmi boleh dihubungi di talian 013 – 2795903 atau email : naimoiman@gmail.com jika ada pihak yang ingin mendapatkan khidmat Cikgu Azmi sebagai fasilitator atau tutor dalam bengkel atau seminar Sains UPSR.

√ Cikgu Azmi sedia membantu murid mencapai apa yang diimpikan.


Pada tahun 2016, Cikgu Azmi menjadi pengajar di SK Seremban Jaya 2 setiap hari Sabtu 2 minggu sekali. Mencurah segala ilmu dan kemahiran yang ada.


TAHUN 2017

Berbengkel Teknik Menjawab Kertas Sains UPSR di Pusat Pengajian Al Quran Elkhozandaroh, Kajang pada 7 Mei 2017 (Ahad)


BENGKEL UPSR Mastery (Sains UPSR tip dan teknik), berkongsi ilmu bersama para tutor di Ad'deen Educentre, Putra Heights, 6 Mei 2017 (Sabtu)

Berkongsi ilmu, berbengkel SAINS UPSR di SK Ulu Beranang kepada calon - calon UPSR pada 15 April 2017 (Sabtu)

Berkongsi ilmu dan memberi ceramah SAINS UPSR kepada murid tahap 2 di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bahru, pada 19 Mac 2017 (Ahad) anjuran Transform Training and Consultancy.

Berkongsi ilmu, memberi ceramah dan berbengkel SAINS UPSR kepada murid tahun 6, di SRI ILMI Ampang pada 4 Mac 2017 (Sabtu).


Selasa, 14 Mac 2017

BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik – Mac 2017

Bengkel, Talk, Teknik, Menjawab, Soalan, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Matematik, Format, Baharu, UPSR, 2016, KBAT, KPS, MKS, Formula, Ceramah, seminar, modul, ujian, latihan, buku, didik, berita, Harian, kontruks, topik, tips, markah, pecutan, cemerlang, kecemerlangan, mudah, skima, skema, skor, A, calon, calon UPSR 2017, 2017, KSSR, Science, Mathematics, tahun 5, tahun 4, 5, 4, lima, empat, 2016, Sedia sebelum bermula, mula, sedia, tahun 6, year 6, 6, six, Mac, March, 12, 03, 3, tiga, 25 March 2017, 25 Mac 2017, 25.03.17, Sabtu, Saturday


Jangan lepas peluang ini untuk mengetahui tip – tip terkini dan kaedah menjawab Kertas Sains dan Matematik UPSR

Sabtu, 11 Februari 2017

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup...Faktor Persaingan Tumbuhan 2

(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among plants’)

PERSAINGAN UNTUK AIR (‘Competition for water’)

# Tumbuhan memerlukan air yang mencukupi untuk membolehkan ia melakukan proses pembuatan makanannya sendiri. Proses pembuatan makanan ini dikenali sebagai proses fotosintesis.
(‘Plants need enough/sufficient water for it to undergoing a manufacturing own food process. This kind of process we call it photosynthesis process.’) 

# Jika tumbuhan mendapat air berlebihan, tumbuhan boleh mengalami kelemasan dan akhirnya layu dan mati.
(‘If the plant receives excessive water, the plant may suffocate, wilt and finally die.’)

Video menunjukkan kepentingan air kepada tumbesaran tumbuhan.




PERSAINGAN UNTUK RUANG (‘Competition for space’)

# Jika lebih banyak tumbuhan di dalam suatu kawasan, persaingan di dalam kawasan tersebut menjadi sangat tinggi. Atau lain perkataan, semakin banyak bilangan tumbuhan dalam suatu kawasan, semakin tinggi persaingan berlaku untuk mendapatkan sumber – sumber yang terhad.
(‘If more plants grow in an area, this competition in that area gets more intense. Or in other words, the more the number of plants in an area, the more the competition is in order to obtain enough resouces.’)

# Atau persaingan juga menjadi lebih hebat di dalam hutan kerana tumbuhan – tumbuhan tumbuh berdekatan antara satu sama lain. Tumbuhan tidak boleh tumbuh dengan sihat pada kawasan yang terhad.
(‘Or competition also is greater in a jungle because many different plants grow closer together. Plants cannot grow well in limited space.’)

# Sebagai contoh, persaingan antara tumbuhan adalah lebih tinggi di dalam hutan berbanding di padang atau kawasan lapang.
(‘For example, competition among plants is more intense in a forest than in a field.’)

Video menunjukkan kepentingan ruang kepada tumbesaran tumbuhan.




PERSAINGAN UNTUK NUTRIEN (‘Competition for nutrient’)

# Tumbuhan memerlukan nutrien yang mencukupi untuk membesar dengan sihat. Nutrien diperolehi selalunya dari tanah. Nutrien melarut ke dalam air tanah dan diserap oleh tumbuhan melalui akar.
(‘Plants need enough nutrients for healthy growth.The plants get nutrients mainly from the soil. The nutrients dissolve in soil water and are absorbed by the plants through the roots.’)

# Nutrien juga boleh diperolehi daripada baja sama ada baja asli (organik) atau baja buatan (tidak organik).
(‘Nutrients can also be obtained from the fertilizers wheather organic or in-organic fertilizers.’)   

Video menunjukkan kepentingan nutrien kepada tumbuhan.




Pautan ke :
Interaksiantara hidupan – intro

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 2

(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’)

PERSAINGAN UNTUK PASANGAN (‘Competition for a mate’)

# Berlaku pada musim mengawan, haiwan jantan dewasa akan bersaing untuk mendapatkan haiwan betina sebagai pasangan.
(‘Occur in the mating season, adult male animals will compete for female animals as mating partners.’)

# Persaingan untuk pasangan berlaku antara haiwan – haiwan daripada spesis yang sama.
(‘Competition for mate occurs among the same species of animals.’)

Haiwan perlu mencari pasangan untuk memastikan kemandirian spesisnya.
(‘Animals need to mate to ensure the survival of their species’)

Haiwan yang kuat akan menang dan mendapat pasangan dan haiwan yang kalah perlu mencari pasangan yang lain.
(‘The strong and winning animal will get a mate and the losing animal need to look for other female for a mate.’)

Dua ekor kucing jantan bersaing bagi merebut kucing betina sebagai pasangan.
(‘Two male cats will fight each other for a female cat to mate with.’)

Dua ekor rusa jantan bergaduh bagi merebut rusa betina.
(‘Male deer fighting over a female’)

Video menunjukkan persaingan antara dua rusa jantan bagi mendapatkan rusa betina.
(‘Video shows two male deers fighting for a mate.’)



Video menunjukkan persaingan antara dua zirafah jantan bagi mendapatkan zirafah betina.
(‘Video shows two male giraffes fighting for a mate.’)




PERSAINGAN UNTUK WILAYAH ATAU RUANG (‘Competition for territory or space’)

# Haiwan juga perlu menguasai ruang kawasan yang boleh membekalkan mereka dengan makanan, air, tempat perlindungan dan juga tempat untuk membiak.
(‘Animals also need to be in control of certain territory that provides them with food, water, shelter and place for reproduce.’)

# Wilayah ialah ruang hidup yang dipertahan oleh haiwan atau sekumpulan haiwan.
(‘Territory is a living space that defend by an animals or a group of animals.’)

Persaingan untuk wilayah atau ruang menjadi lebih hebat jika ruang menjadi terhad.
(‘Competition for territory or space will be greater if there is limited space.’)

# Persaingan berlaku apabila haiwan atau sekumpulan haiwan sedang mencari kawasan baru sebagai wilayahnya atau mempertahankan wilayahnya sendiri.
(‘Competition occurs when an animals or a group of animals are looking for a new territory or defending their own territory.’)

# Haiwan – haiwan yang mempunyai wilayah selalunya menandakan wilayahnya dengan cara – cara tertentu agar haiwan lain tidak menceroboh wilayah mereka.
(‘These animals usually mark their territory in a certain way to keep other animals out of their territory.’)

# Sebagai contoh, kucing dan anjing menandakan wilayah mereka dengan membuat tanda berbau.
(‘For example, cats and dogs claim their territory by making scent marks.’)

Seekor anjing akan menyerang anjing lain yang memasuki wilayah mereka – SPESIS SAMA.
(‘A dog will attack another which enters its territory - SAME SPECIES.’)

Dua ekor burung bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS SAMA.
(‘Two birds are fighting over territory or space. – SAME SPECIES’)

Seekor burung dan seekor tupai bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS BERLAINAN.
(‘A bird and a squirrel are fighting over territory or space – DIFFERENT SPECIES’)

Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau dan bagaimana ia menandakan kawasannya.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, a tiger and how she marks her territory.’)



Video di bawah menunjukkan semut – semut dari koloni yang berbeza bergaduh mempertahankan wilayah mereka – SPESIS SAMA.
(‘A video shows about ants come from different colony fighting defending their territory - SAME SPECIES.’)




Video di bawah menunjukkan seekor harimau menyerang harimau kumbang yang memasuki wilayahnya – SPESIS BERLAINAN.
(‘A video shows about a tiger attacked a cheetah because the cheetah entered her territory – DIFFERENT SPECIES.’)




PERSAINGAN UNTUK TEMPAT BERTEDUH (‘Competition for shelter’)

Tempat perlindungan sangat penting bagi haiwan untuk melindungi diri mereka daripada hujan, terik Matahari (cuaca) dan kedaaan yang berbahaya lebih lagi daripada pemangsa mereka.
(‘Shelter is very important for animals to protect themselves from rain, the Sun (weather) and danger especially from their predator.’)

# Persaingan berlaku apabila haiwan sedang mencari tempat perlindungan atau mempertahankan tempat perlindungan mereka sendiri.
(‘Competition occurs when animals are looking for shelter or defending their own shelter.’)

Dalam persaingan untuk tempat perlindungan, haiwan yang kuat menang dan kemudian menguasai tempat perlindungan tersebut, manakala haiwan yang kalah (selalunya haiwan yang lebih lemah) perlu pergi ke tempat lain mencari tempat perlindungan lain.
(‘In competiiton for shelter, the strong animals win and then conquer the shelter, whereas the losing animals (usually the weaker animals) need to find other shelter.’)

Beruang akan bersaing sesama sendiri untuk menguasai gua sebagai tempat perlindungan – SPESIS SAMA.
(‘Bear compete with each other to conquer a cave for shelter – SAME SPECIES’)

Serigala bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat perlindungan – SPESIS SAMA.
(‘Wolves compete with each other for a shelter – SAME SPECIES’)

Pautan ke :
Interaksi antara hidupan – intro
(‘Interaction among living things’)

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian.. bah 2

(‘Some Animals Live In Groups and Others Live In Solitude/Solitary Animals’)

Kelebihan Bagi Haiwan Yang Hidup Berkumpulan
(‘Advantages For Animals That Live In Group.’)




Kita boleh lihat KERJASAMA YANG KUAT dalam koloni semut di mana terdapat pembahagian tugas yang jelas di kalangan semut – semut.
(‘We can see a strong cooperation in an ant colony whereby the division of labour among the ants is very apparent.’)




Terdapat tiga jenis semut dalam satu koloni semut. Setiap jenis semut mempunyai tugas yang spesifik.
(‘There are three kinds of ants in a colony. Each kind of ants has a specific job’)
1. Permaisuri – menghabiskan masa hidupnya bertelur.
(‘The Queen – spends her life laying eggs’)




2. Pekerja – mengumpulkan makanan untuk ahli – ahli dalam koloni, mempertahan koloni dan membesarkan sarang.
(‘Workers – collect food and feed members in the colony, defend the colony and enlarge the nest.’)




3. Tentera – mempertahan koloni daripada serangan musuh, daripada koloni yang lain.
(‘Soldiers – defend the colony and raid other colony’)

Antara contoh lain KERJASAMA antara haiwan ialah :
(‘Other examples of COOPERATION among animals are’)


# Sekoloni lebah bekerjasama membina sarang lebah (BEKERJASAMA MEMBINA TEMPAT BERTEDUH).
(‘A colony of bees building their beehive together (COOPERATION FOR BUILDING SHELTER)’)



# Sesetengah spesis ikan membentuk bentuk ikan yang lebih besar – contoh sekumpulan ikan tuna (BEKERJASAMA UNTUK KESELAMATAN - MELINDUNGI ANTARA SATU SAMA LAIN DARIPADA MUSUH)
(‘Some species of fish that make a pattern of a big fish – example, a school of tuna fish (COOPERATION FOR SAFETY – PROTECT THEMSELVES FROM ENEMIES)’)
Klik disini untuk melihat gambar – gambar kumpulan ikan
(‘click here to see some picture of school of fish’)


# Sekumpulan kuda belang membentuk corak kuda belang yang lebih besar atau menggunakan belangnya untuk menyorok di dalam belukar (BEKERJASAMA UNTUK KESELAMATAN - MELINDUNGI ANTARA SATU SAMA LAIN DARIPADA MUSUH)
(‘A herd of zebras forming the pattern of a bigger zebra or use their stripes hiding in the bushes (COOPERATION FOR SAFETY – PROTECT THEMSELVES FROM ENEMIES)’)



# Sekumpulan gajah berjalan bersama (BEKERJASAMA UNTUK KESELAMATAN - MELINDUNGI ANTARA SATU SAMA LAIN DARIPADA MUSUH)
(‘Walking in groups (COOPERATION FOR SAFETY – PROTECT THEMSELVES FROM ENEMIES)’)

Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu  sekoloni semut yang bekerjasama mencari makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in group, a colony of ants and how they cooperated together to look for food.’)


Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu  sekoloni semut yang bekerjasama membina tempat tinggal mereka iaitu busut semut.
(‘The following video shows an example of animal that live in group, a colony of ants and how they built their anthill.’)


Video di bawah menunjukkan busut semut yang ditinggalkan dan para saintis mengkaji betapa hebatnya semut membina busut mereka.
(‘The following video shows an abandoned anthill and the scientist studied the amazing inside of the anthill.’)


Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu  sekumpulan singa dan cara mereka memburu makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in group, a group of lion and how they hunt for food together.’)


Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu  sekumpulan kerbau dan cara mereka melindungi diri mereka daripada pemangsa.
(‘The following video shows an example of animal that live in group, a group herd of buffaloes and how they protect themselves from predator.’)


Video di bawah menunjukkan seekor harimau kumbang (cheetah) cuba untuk menangkap seekor ‘wildebeest’ – sejenis haiwan yang terdapat di Afrika, tetapi haiwan itu menggunakan kaedah larian yang mengelirukan untuk melepaskan diri.
(‘The following video shows a cheetah try to catch a wilderbeest, but the wildebeest managed to escape by running in different direction to confuse the cheetah.’)



CONTOH – CONTOH DI ATAS MERUPAKAN INTERAKSI SECARA KERJASAMA ANTARA HIDUPAN - HIDUPAN YANG SAMA SPESIS. INTERAKSI SECARA KERJASAMA JUGA BOLEH BERLAKU ANTARA HIDUPAN – HIDUPAN YANG BERLAINAN SPESIS.
(‘Examples above are some interaction involving cooperation among living things in the same species. Interaction involving cooperation may happened among the living things in different species’)

Contoh (‘example’)


Ikan badut dan ‘anemone’ (‘Clownfish and anemone’)

Ikan badut memakan hidupan kecil yang boleh mengancam ‘anemone’, dan ‘anemone’ mempunyai tentakel bersengat melindungi ikan badut daripada pemangsanya dan mereka berkongsi makanan ikan kecil yang dicerna oleh ‘anemone’.
(‘The clownfish feeds on small invertebrates which otherwise potentially could harm the sea anemone, and in turn the stinging tentacles of the anemone protect the clownfish from its predators, and anemone digests dead fish and clownfish gets a share.’)


Kerbau dan burung gembala kerbau (‘Buffalo and oxpecker’)

Burung gembala kerbau makan pijat dan lintah pada bahagian kulit kerbau dan kerbau bersih
(‘Oxpecker eats ticks and leeches in cracks of buffalo’s skin and buffalo gets cleaned’)


Mengapa Ada Haiwan Yang Hidup Secara Menyendiri.
(‘Why there are animals that live in solitary.’)


Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu panda gergasi.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, giant panda.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau bintang dan bagaimana ia memburu makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, a leopard and how she hunt for her food.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu burung helang dan bagaimana dia memburu makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, an eagle and how she hunt for her food.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu burung hantu dan bagaimana ia memburu makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, an owl and how she hunt for her food.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau  dan bagaimana ia menandakan kawasannya.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, a tiger and how she marks her territory.’)


Pautan ke :

INTERAKSI ANTARA HIDUPAN - INTRO

Hidupan yang ada di muka Bumi saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Haiwan dan tumbuhan yang hidup dalam suatu habitat yang sama berhubung antara satu sama lain.

Sebagai contoh, hubungan makanan antara hidupan seperti pemangsa dan mangsa merupakan interaksi yang berlaku antara hidupan.

Antara topik – topik yang dibincangkan dalam tajuk INTERAKSI ANTARA HIDUPAN adalah seperti yang tersenarai di bawah.

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan SesetengahnyaHidup Bersendirian.. bah 1

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan SesetengahnyaHidup Bersendirian.. bah 2

PersainganIalah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Jenis Interaksi

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara BendaHidup... Faktor Persaingan Haiwan 1

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 2

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara BendaHidup...Faktor Persaingan Tumbuhan 1

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara BendaHidup...Faktor Persaingan Tumbuhan 2

Selamat membaca!

MIKROORGANISMA – INTRO

Jika kita lihat di sekeliling kita, alam dunia ini bukan sahaja dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan sahaja. Terdapat pelbagai makhluk ciptaan tuhan yang berkongsi Bumi kita ini. Bumi merupakan satu – satunya planet yang boleh dihuni oleh hidupan kerana ia mempunyai air dan udara.

Dari yang sebesar – besar ikan paus yang hidup di lautan dan sekecil – kecil virus yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Mikroorganisma merupakan hidupan yang seni dan halus. Memerlukan kanta pembesar dan mikroskop elektron untuk mengkaji mikroorganisma ini.

Dalam tajuk mikroorganisma ini, kita akan melihat jenis sehinggalah fungsi mikroorganisam itu dalam kehidupan kita. Bagaimana hidupan sekecil – kecil ini boleh mempengaruhi hidupan lain. Berikut merupakan tajuk yang dibincangkan dalam topik MIKROORGANISMA.

MIKROORGANISMA – Jenis

MIKROORGANISMA – Proses Hidup

MIKROORGANISMA – Faktor Pertumbuhan

Selamat membaca!

Selasa, 7 Februari 2017

MIKROORGANISMA – FAKTOR PERTUMBUHAN

Mikroorganisma memerlukan keadaan – keadaan tertentu untuk bertumbuh. Keadaan – keadaan tersebut ialah suhu yang sesuai, kehadiran udara, keadaan keasidan yang sesuai, kehadiran air dan nutrien (sumber makanan).

Faktor – faktor yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma boleh diringkaskan kepada suhu, udara, keasidan, air dan nutrien.





SUHU YANG SESUAI
Setiap spesies mikroorganisma memerlukan suhu yang sesuai untuk bertumbuh. Suhu yang sesuai atau dipanggil sebagai suhu optimum pertumbuhan adalah berbeza – beza mengikut spesies mikroorganisma.

Kebanyakan suhu optimum pertumbuhan bagi mikoorganisma (kadar pertumbuhan mikroorganisma paling cepat) adalah antara julat 20°C hingga 50°C
Rujukan di sini, midlandstech, dan di sini, textbookofbacteriology.



KEHADIRAN UDARA

Mikroorganisma memerlukan udara sama ada untuk menjalankan proses respirasi (pernafasan) bagi menjana tenaga, untuk menyebarkan spora atau medium untuk berpindah dari satu perumah ke perumah yang lain.
Rujukan : scienceclarified, generalbacteriology



KEADAAN KEASIDAN YANG SESUAI

Keadaan keasidan makanan penting untuk pertumbuhan mikroorganisma (bakteria). Keasidan diukur atau dikenali sebagai skala pH yang julatnya antara 0 hingga 14, di mana pH 7.0 adalah neutral, pH kurang dari 7.0 adalah berasid dan pH lebih dari 7.0 adalah beralkali. 
(‘The acidity of a food is also important for bacterial growth. Acidity is measured using what is known as the pH scale which goes from 0 to14, where pH 7.0 is neutral, a pH less than 7 is acidic and a pH greater than 7.0 is basic or alkaline.’)

Makanan yang mempunyai pH hampir dengan 7.0 adalah sangat ideal bagi pertumbuhan mikroorganisma (bakteria). Setiap mikroorganisma mempunyai pH pertumbuhan minimum, optimum dan maksimum. Julat pertumbuhan optimum adalah 6.0 hingga 7.5, tetapi pertumbuhan boleh berlaku perlahan pada paras pH yang lebih rendah atau lebih tinggi. pH pada 4.6 dan di bawah atau pada pH melebihi 11 akan mencegah pertumbuhan patogen (mikroorganisma membawa kerosakan).
(‘Foods with a pH close to 7.0 are ideal for most bacterial growth. Every microorganism has a minimum, optimum and maximum pH for growth. The optimum growth range is about 6.0 to 7.5, but growth can occur slowly at lower or higher pH levels. A pH of 4.6 and below or a pH above 11 will prevent pathogen growth.’)
Rujukan : seafoodhaccp



KEHADIRAN AIR

Bakteria mengandungi 80 hingga 90 peratus air. Jadi ia merlukan air untuk terus hidup.
(‘Bacteria are about 80 to 90 percent water.’)
Rujukan : scienceclarified

Semua mikroorganisma (bakteria) memerlukan kelembapan atau air untuk bertumbuh dan membiak. Mikroorganisma (bakteria) memerlukan air untuk mendapatkan makanan dan untuk menyingkirkan bahan kumuh.
(‘All bacteria need moisture, or water, in a "useable" or "available" form to grow and reproduce. Bacteria use the water to take in food and to remove unwanted waste products.’)
Rujukan : seafoodhaccp



NUTRIEN

Makanan merupakan keperluan penting bagi SEMUA organisma termasuk mikroorganisma. Mikroorganisma (bakteria) memerlukan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk bertumbuh.
(‘Food is essential for ALL living organisms. Bacteria need protein, carbohydrates, vitamins and minerals - just like we do.’)
Rujukan : seafoodhaccp


Sila lihat video di bawah untuk melihat pertumbuhan dari beberapa spesies mukor.




Sila lihat video di bawah bagaimana untuk membiak bakteria (mikroorganisma). Bakteria ada di mana – mana.





KEMBALI KE :
MIKROORGANISMA– Jenis
MIKROORGANISMA – Proses Hidup
MIKROORGANISMA– Intro