Produk Baru : BENGKEL PECUTAN
TERAKHIR Sains dan Matematik Ogos 2017, Anjuran NKW Bengkel yang keempat
Alhamdulillah, NKW terus diberikan kekuatan untuk terus mengadakan Bengkel
Teknik Menjawab mata pelajaran Sains dan Matematik.
Tidak dinafikan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik menjadi mata
pelajaran ibarat 'gunting dalam lipatan' atau 'killer paper' yang menjadi
penghalang kepada murid untuk mendapat keputusan 'straight A' dalam UPSR.
Atas dorongan motivasi untuk terus membantu anak - anak murid, calon -
calon UPSR 2017, maka NKW menganjurkan BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan
Matematik Ogos 2017. Mengapa nama pecutan terakhir... kerana bengkel ini
diadakan 3 minggu sebelum UPSR bermula pada 11 September 2017
Bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds,
Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama,
Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga
6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada
sesi petangnya.
Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah
Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Tuan Syed Nizam
NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima
kasih Ani, Yussalina, Rodiah dan Catering Matun (terbaik masakannya).
*Dalam satu hari, ada dua program yang berjalan serentak, namun terima
kasih Yus, Ani dan Rod kerana membantu dan merealisasikan bengkel ini. Kebaikan
kalian hanya Allah yang membalasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan