Sabtu, 12 November 2016

Bengkel Teknik Menjawab Sains dan Matematik 2016 : Yang Kedua Anjuran NKW

Bengkel, Teknik, Menjawab, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Format, Baharu, UPSR, 2017, KBAT, KPS, Ceramah, modul, ujian, latihan, cerita, laporan, Sains, Matematik, Science, Mathematics

BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik – Mac 2017


Didorong dengan kejayaan penganjuran Bengkel Teknik Menjawab Sains yang diadakan pada 10.04.16,  NKW (Naimo Kidz Worshop), kali ini menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab yang melibatkan subjek Sains dan Matematik. Sesi ceramah bagi subjek Sains disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah, manakala sesi ceramah Matematik disampaikan oleh Cikgu Wan, dijemput khas dari Perak, hasil ‘recommendation’ Cikgu Shahril.

Diadakan pada 23.07.16 bersamaan hari Sabtu, bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.

Dengan promosi yang diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut diadakan. Dengan sokongan penceramah sendiri yang menghasilkan ‘banner’ sendiri, benar – benar membantu dalam mendapatkan peserta untuk program kali ini. Menggunakan aplikasi wassap, blogspot, dan facebook, bengkel ini berjaya mendaftarkan peserta ‘hampir penuh dewan’.... Alhamdulillah.

Bermula dengan pembikinan kertas kerja, pengiraan budget program dan aturcara, perancangan dan sehinggalah promosi. Kebanyakan peserta terdiri daripada murid dan guru. Kebanyakan daripada mereka datang dari sekitar Kuala Lumpur.


Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah


Para peserta bergambar dengan Cikgu Sharifah Aziah


Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Cikgu Wan

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani, Yussalina, Wazli dan Intan.

Bengkel anjuran NKW seterusnya akan berlangsung pada bulan Disember nanti yang dikenali sebagai Bengkel Sedia Sebelum Bermula. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.