Ahad, 20 Ogos 2017

BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan Matematik kali keempat

Produk Baru : BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan Matematik Ogos 2017, Anjuran NKW Bengkel yang keempat

Alhamdulillah, NKW terus diberikan kekuatan untuk terus mengadakan Bengkel Teknik Menjawab mata pelajaran Sains dan Matematik.

Tidak dinafikan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik menjadi mata pelajaran ibarat 'gunting dalam lipatan' atau 'killer paper' yang menjadi penghalang kepada murid untuk mendapat keputusan 'straight A' dalam UPSR.

Atas dorongan motivasi untuk terus membantu anak - anak murid, calon - calon UPSR 2017, maka NKW menganjurkan BENGKEL PECUTAN TERAKHIR Sains dan Matematik Ogos 2017. Mengapa nama pecutan terakhir... kerana bengkel ini diadakan 3 minggu sebelum UPSR bermula pada 11 September 2017

Bengkel teknik menjawab ini berjaya diadakan pada 19 Ogos 2017 (Sabtu) dengan mengekalkan Cikgu Sharifah Aziah, sebagai penceramah mata pelajaran Sains dan penceramah yang pertama kali dijemput iaitu Tuan Syed Nizam, sebagai penceramah mata pelajaran Matematik.




Bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.

Seperti biasa, promosi diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut diadakan. Menggunakan aplikasi wassap, blogspot, dan facebook, untuk tujuan promosi.



Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah




Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Tuan Syed Nizam

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani, Yussalina, Rodiah dan Catering Matun (terbaik masakannya).

*Dalam satu hari, ada dua program yang berjalan serentak, namun terima kasih Yus, Ani dan Rod kerana membantu dan merealisasikan bengkel ini. Kebaikan kalian hanya Allah yang membalasnya.

***NKW juga bersedia untuk bekerjasama dengan mana - mana pihak dalam penganjuran bengkel, seminar dan ceramah UPSR. Sila hubungi En. Azmi di talian 013-2795903; wassap/telegram pun boleh.

BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik kali ketiga

Penjenamaan Semula : BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik Mac 2017, Anjuran NKW Bengkel yang ketiga

Projek ini dirancang untuk diadakan pada Bulan Disember 2016 iaitu pada 3 Disember 2016. Namun atas sebab - sebab kurang promosi dan banner yang kurang viral, bengkel itu ditangguhkan pada bulan Mac 2017.

Dengan penjenamaan semula nama, maka produk/bengkel awal tahun anjuran NKW ini dikenali sebagai BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik. Berjaya diadakan pada 25 Mac 2017 (Sabtu) dengan mengekalkan Cikgu Sharifah Aziah, sebagai penceramah mata pelajaran Sains dan  Cikgu Wan, sebagai penceramah mata pelajaran Matematik.


Bengkel ini mengambil tempat yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.

Promosi yang diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut diadakan. Menggunakan aplikasi wassap, blogspot, dan facebook, untuk tujuan promosi.


Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah


Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Cikgu Wan

NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima kasih Ani dan Yussalina.