Sabtu, 11 Februari 2017

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 2

(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’)

PERSAINGAN UNTUK PASANGAN (‘Competition for a mate’)

# Berlaku pada musim mengawan, haiwan jantan dewasa akan bersaing untuk mendapatkan haiwan betina sebagai pasangan.
(‘Occur in the mating season, adult male animals will compete for female animals as mating partners.’)

# Persaingan untuk pasangan berlaku antara haiwan – haiwan daripada spesis yang sama.
(‘Competition for mate occurs among the same species of animals.’)

Haiwan perlu mencari pasangan untuk memastikan kemandirian spesisnya.
(‘Animals need to mate to ensure the survival of their species’)

Haiwan yang kuat akan menang dan mendapat pasangan dan haiwan yang kalah perlu mencari pasangan yang lain.
(‘The strong and winning animal will get a mate and the losing animal need to look for other female for a mate.’)

Dua ekor kucing jantan bersaing bagi merebut kucing betina sebagai pasangan.
(‘Two male cats will fight each other for a female cat to mate with.’)

Dua ekor rusa jantan bergaduh bagi merebut rusa betina.
(‘Male deer fighting over a female’)

Video menunjukkan persaingan antara dua rusa jantan bagi mendapatkan rusa betina.
(‘Video shows two male deers fighting for a mate.’)



Video menunjukkan persaingan antara dua zirafah jantan bagi mendapatkan zirafah betina.
(‘Video shows two male giraffes fighting for a mate.’)




PERSAINGAN UNTUK WILAYAH ATAU RUANG (‘Competition for territory or space’)

# Haiwan juga perlu menguasai ruang kawasan yang boleh membekalkan mereka dengan makanan, air, tempat perlindungan dan juga tempat untuk membiak.
(‘Animals also need to be in control of certain territory that provides them with food, water, shelter and place for reproduce.’)

# Wilayah ialah ruang hidup yang dipertahan oleh haiwan atau sekumpulan haiwan.
(‘Territory is a living space that defend by an animals or a group of animals.’)

Persaingan untuk wilayah atau ruang menjadi lebih hebat jika ruang menjadi terhad.
(‘Competition for territory or space will be greater if there is limited space.’)

# Persaingan berlaku apabila haiwan atau sekumpulan haiwan sedang mencari kawasan baru sebagai wilayahnya atau mempertahankan wilayahnya sendiri.
(‘Competition occurs when an animals or a group of animals are looking for a new territory or defending their own territory.’)

# Haiwan – haiwan yang mempunyai wilayah selalunya menandakan wilayahnya dengan cara – cara tertentu agar haiwan lain tidak menceroboh wilayah mereka.
(‘These animals usually mark their territory in a certain way to keep other animals out of their territory.’)

# Sebagai contoh, kucing dan anjing menandakan wilayah mereka dengan membuat tanda berbau.
(‘For example, cats and dogs claim their territory by making scent marks.’)

Seekor anjing akan menyerang anjing lain yang memasuki wilayah mereka – SPESIS SAMA.
(‘A dog will attack another which enters its territory - SAME SPECIES.’)

Dua ekor burung bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS SAMA.
(‘Two birds are fighting over territory or space. – SAME SPECIES’)

Seekor burung dan seekor tupai bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS BERLAINAN.
(‘A bird and a squirrel are fighting over territory or space – DIFFERENT SPECIES’)

Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau dan bagaimana ia menandakan kawasannya.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, a tiger and how she marks her territory.’)



Video di bawah menunjukkan semut – semut dari koloni yang berbeza bergaduh mempertahankan wilayah mereka – SPESIS SAMA.
(‘A video shows about ants come from different colony fighting defending their territory - SAME SPECIES.’)




Video di bawah menunjukkan seekor harimau menyerang harimau kumbang yang memasuki wilayahnya – SPESIS BERLAINAN.
(‘A video shows about a tiger attacked a cheetah because the cheetah entered her territory – DIFFERENT SPECIES.’)




PERSAINGAN UNTUK TEMPAT BERTEDUH (‘Competition for shelter’)

Tempat perlindungan sangat penting bagi haiwan untuk melindungi diri mereka daripada hujan, terik Matahari (cuaca) dan kedaaan yang berbahaya lebih lagi daripada pemangsa mereka.
(‘Shelter is very important for animals to protect themselves from rain, the Sun (weather) and danger especially from their predator.’)

# Persaingan berlaku apabila haiwan sedang mencari tempat perlindungan atau mempertahankan tempat perlindungan mereka sendiri.
(‘Competition occurs when animals are looking for shelter or defending their own shelter.’)

Dalam persaingan untuk tempat perlindungan, haiwan yang kuat menang dan kemudian menguasai tempat perlindungan tersebut, manakala haiwan yang kalah (selalunya haiwan yang lebih lemah) perlu pergi ke tempat lain mencari tempat perlindungan lain.
(‘In competiiton for shelter, the strong animals win and then conquer the shelter, whereas the losing animals (usually the weaker animals) need to find other shelter.’)

Beruang akan bersaing sesama sendiri untuk menguasai gua sebagai tempat perlindungan – SPESIS SAMA.
(‘Bear compete with each other to conquer a cave for shelter – SAME SPECIES’)

Serigala bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat perlindungan – SPESIS SAMA.
(‘Wolves compete with each other for a shelter – SAME SPECIES’)

Pautan ke :
Interaksi antara hidupan – intro
(‘Interaction among living things’)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan