Selasa, 7 Februari 2017

MIKROORGANISMA – FAKTOR PERTUMBUHAN

Mikroorganisma memerlukan keadaan – keadaan tertentu untuk bertumbuh. Keadaan – keadaan tersebut ialah suhu yang sesuai, kehadiran udara, keadaan keasidan yang sesuai, kehadiran air dan nutrien (sumber makanan).

Faktor – faktor yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma boleh diringkaskan kepada suhu, udara, keasidan, air dan nutrien.





SUHU YANG SESUAI
Setiap spesies mikroorganisma memerlukan suhu yang sesuai untuk bertumbuh. Suhu yang sesuai atau dipanggil sebagai suhu optimum pertumbuhan adalah berbeza – beza mengikut spesies mikroorganisma.

Kebanyakan suhu optimum pertumbuhan bagi mikoorganisma (kadar pertumbuhan mikroorganisma paling cepat) adalah antara julat 20°C hingga 50°C
Rujukan di sini, midlandstech, dan di sini, textbookofbacteriology.



KEHADIRAN UDARA

Mikroorganisma memerlukan udara sama ada untuk menjalankan proses respirasi (pernafasan) bagi menjana tenaga, untuk menyebarkan spora atau medium untuk berpindah dari satu perumah ke perumah yang lain.
Rujukan : scienceclarified, generalbacteriology



KEADAAN KEASIDAN YANG SESUAI

Keadaan keasidan makanan penting untuk pertumbuhan mikroorganisma (bakteria). Keasidan diukur atau dikenali sebagai skala pH yang julatnya antara 0 hingga 14, di mana pH 7.0 adalah neutral, pH kurang dari 7.0 adalah berasid dan pH lebih dari 7.0 adalah beralkali. 
(‘The acidity of a food is also important for bacterial growth. Acidity is measured using what is known as the pH scale which goes from 0 to14, where pH 7.0 is neutral, a pH less than 7 is acidic and a pH greater than 7.0 is basic or alkaline.’)

Makanan yang mempunyai pH hampir dengan 7.0 adalah sangat ideal bagi pertumbuhan mikroorganisma (bakteria). Setiap mikroorganisma mempunyai pH pertumbuhan minimum, optimum dan maksimum. Julat pertumbuhan optimum adalah 6.0 hingga 7.5, tetapi pertumbuhan boleh berlaku perlahan pada paras pH yang lebih rendah atau lebih tinggi. pH pada 4.6 dan di bawah atau pada pH melebihi 11 akan mencegah pertumbuhan patogen (mikroorganisma membawa kerosakan).
(‘Foods with a pH close to 7.0 are ideal for most bacterial growth. Every microorganism has a minimum, optimum and maximum pH for growth. The optimum growth range is about 6.0 to 7.5, but growth can occur slowly at lower or higher pH levels. A pH of 4.6 and below or a pH above 11 will prevent pathogen growth.’)
Rujukan : seafoodhaccp



KEHADIRAN AIR

Bakteria mengandungi 80 hingga 90 peratus air. Jadi ia merlukan air untuk terus hidup.
(‘Bacteria are about 80 to 90 percent water.’)
Rujukan : scienceclarified

Semua mikroorganisma (bakteria) memerlukan kelembapan atau air untuk bertumbuh dan membiak. Mikroorganisma (bakteria) memerlukan air untuk mendapatkan makanan dan untuk menyingkirkan bahan kumuh.
(‘All bacteria need moisture, or water, in a "useable" or "available" form to grow and reproduce. Bacteria use the water to take in food and to remove unwanted waste products.’)
Rujukan : seafoodhaccp



NUTRIEN

Makanan merupakan keperluan penting bagi SEMUA organisma termasuk mikroorganisma. Mikroorganisma (bakteria) memerlukan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk bertumbuh.
(‘Food is essential for ALL living organisms. Bacteria need protein, carbohydrates, vitamins and minerals - just like we do.’)
Rujukan : seafoodhaccp


Sila lihat video di bawah untuk melihat pertumbuhan dari beberapa spesies mukor.




Sila lihat video di bawah bagaimana untuk membiak bakteria (mikroorganisma). Bakteria ada di mana – mana.





KEMBALI KE :
MIKROORGANISMA– Jenis
MIKROORGANISMA – Proses Hidup
MIKROORGANISMA– Intro

4 ulasan:

  1. Bagus Dan sensual dibuat nota...madam difahami wallah pun ringmaster Dan Lebar

    BalasPadam
  2. Senang nak hafal seleoas ni...

    BalasPadam