Ahad, 7 Ogos 2011

BAHAN SEMULAJADI DAN BAHAN BUATAN MANUSIA

(‘NATURAL AND MAN-MADE MATERIALS’)

1. Semua bahan di sekeliling kita boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu bahan – bahan semula jadi dan bahan – bahan buatan manusia.
(‘All materials around us can be classified into two categories which are natural materials and man-made materials.’)

2. Bahan semulajadi adalah bahan – bahan yang datangnya daripada tumbuhan, haiwan dan alam sekitar.
(‘Natural materials are the materials that come from plants, animals and nature.’)

3. Bahan – bahan semulajadi sekeliling kita termasuk kayu, kapas, getah – tumbuhan; kulit, bulu/bulu pelepah, sutera – haiwan; dan tanah liat/tanah, logam, petroleum – alam sekitar.
(‘Natural materials around us include wood, cotton, rubber – plants; leather, fur/wool/feather, silk – animals; clay/soil, metal, petroleum - nature.’)

Video di bawah menunjukkan bagaimana sutera diekstrak daripada kepompong ulat sutera sehingga menjadi kain sutera di negara China.
(‘This video tells the story of silk production in Shanghai, China starting with the eggs of silkworms to worms' production of fibers to make their cocoons.’)



4. Gambar rajah di bawah menunjukkan contoh – contoh bahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi :
(‘The diagram shows examples of things that are made from natural materials.’)


Video di bawah menunjukkan bagaimana kapas dihasilkan.
(‘This video tells about cotton.’)







5. Bahan – bahan buatan manusia atau dikenali sebagai bahan semula jadi yang telah diproses, adalah bahan – bahan yang diperbuat oleh manusia. Sebahagian besarnya datang daripada petroleum. Petroleum ialah bahan semula jadi.
(‘Man-made materials or known as processed natural materials are the materials that made by man. Usually its come from petroleum. Petroleum is a natural material.’)

6. Plastik, kain sintetik (seperti nilon, rayon, poliester, acrilik) dan kaca adalah bahan buatan manusia.
(‘Plastic, synthetic cloth (such as nylon, rayon, polyester, acrylic) and glass are man-made materials.’)


Video di bawah menunjukkan bagaimana plastik dihasilkan.
(‘This video tells about how plastic is produced.’)





Pautan :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan