Putaran Bulan pada paksinya dan peredaran Bulan mengelilingi Bumi dan Matahari.
(‘The rotation of the Moon on its axis and the revolution of the Moon around the Earth and the Sun’)
Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi mengorbit Matahari. Pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan beberapa keadaan dan ia memberi pengaruh besar pada Bumi.
(‘The Moon is the Earth's natural satellite. It orbits the Earth on a regular basis, much the same as the Earth orbits the Sun. The orbit of the Moon around the Earth creates several interesting conditions and in fact can greatly influence the Earth.’)
Paksi putaran Bulan sama seperti Bumi, adalah condong sedikit. Para ahli astronomi mengukur kecondongan paksi relatif kepada garisan tegak lurus permukaan rata ekliptik, iaitu permukaan imaginasi melalui orbit Bumi mengelilingi Matahari. Paksi Bumi condong 23.5 darjah dari garisan tegak. Tetapi paksi Bulan hanya 1.5 darjah.
(‘The moon's axis of rotation, like that of Earth, is tilted. Astronomers measure axial tilt relative to a line perpendicular to the ecliptic plane, an imaginary surface through Earth's orbit around the sun. The tilt of Earth's axis is about 23.5 degrees from the perpendicular. But the tilt of the moon's axis is only about 1.5 degrees.’)
Rajah di atas menunjukkan penentuan kecondongan Bumi terhadap permukaan ekliptik Bumi
(‘Diagram above shows how to determine the axial tilt relative to the ecliptic plane’)
Bulan berputar pada paksinya, pada masa yang sama ia melengkapkan peredaran orbitnya mengelilingi Matahari dan ini dikenali sebagai putaran serentak.
(‘As the moon rotates, it also completes its orbit and this is known as synchronous rotation.’)
Putaran Bulan pada paksinya dan tempoh masa orbitnya (peredaran mengelilingi Bumi) adalah sama iaitu 27 hari 7.75 jam atau 27.322 hari.
(‘The rotation of the Moon on its axis and the orbital period (revolution around the Earth) are the same duration, 27 Days, 7.75 Hours or 27.322 days.’)
Ini bermaksud hampir permukaan Bulan yang sama mengarah kepada Bumi setiap masa. Hanya 59% sahaja permukaan Bulan yang dapat diperhatikan dari Bumi.
(‘This means that nearly the same face of the Moon is faced towards the Earth at all times. In fact, only 59% of the face of the Moon can ever be observed from Earth.’)
Bulan akan menunjukkan hemisfera yang sama – bahagian yang paling dekat – kepada Bumi setiap masa. Hemisfera yang satu lagi – bahagian yang paling jauh – akan sentiasa membelakangkan Bumi.
(‘The moon shows the same hemisphere -- the near side -- to Earth at all times. The other hemisphere -- the far side -- is always turned away from Earth.’)
Orbit Bulan, sama seperti orbit Bumi, seperti bentuk bulatan yang leper. Orbit Bulan adalah elips (berbentuk bujur) dan condong sedikit, 5 darjah terhadap permukaan orbit Bumi.
(‘The lunar orbit, like the orbit of Earth, is shaped like a slightly flattened circle. The moon's orbit is elliptical (oval-shaped) which is tilted about 5° to the plane of the Earth's orbit.’)
Apabila kita melihat kutub utara Bulan dari atas, kita akan lihat Bulan mengorbit Bumi secara lawan jam iaitu dari arah barat ke timur.
(‘Looking down from the north pole we would see the Moon orbiting counterclockwise from west to east.’)
Jarak antara tengah Bumi dan tengah Bulan adalah berbeza pada setiap pergerakan Bulan pada orbitnya. Pada perigee, apabila Bulan paling hampir dengan Bumi, jaraknya adalah 225,740 batu (363,300 kilometer). Pada apogee, apabila Bulan paling jauh dengan Bumi, jaraknya adalah 251,970 batu (405,500 kilometer).
(‘The distance between the center of Earth and the moon's center varies throughout each orbit. At perigee (PEHR uh jee), when the moon is closest to Earth, that distance is 225,740 miles (363,300 kilometers). At apogee (AP uh jee), the farthest position, the distance is 251,970 miles (405,500 kilometers).’)
Sila lihat video di bawah mengenai putaran Bulan pada paksinya dan mengapa kita hanya boleh melihat permukaan Bulan yang sama dari Bumi :
(‘Watch the following video about the rotation of the Moon on its axis and why we only can see the same feature of the Moon observed from the Earth.’)
Maklumat tambahan, mengapa Bulan tidak jatuh ke bawah?. Sila lihat video di bawah.
(‘Why Doesn't the Moon Fall Down?. Please watch the following video.’)
Lebih maklumat mengenai Bulan menerusi laman interaktif.
(‘More information about the Moon via this interactive web.’)
Berapa berat anda di Bulan? Klik sini.
(‘How much would you weigh if you were on the Moon?’)
Membandingkan Bulan dengan Planet dan satelit semulajadi yang lain. Klik sini.
(‘Compare the Moon to other Planets/Moons.’)
Maklumat lanjut tentang Bulan Bumi, sila ke :
(‘More information about the Earth’s Moon.’)
Enchantedlearning, solarviews moon
Rujukan : cozypages moon, nasa moonfacts, nasa moon worldbook, windows moon
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan