Isnin, 1 Mac 2010

SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA (‘CIRCULATORY SYSTEM IN HUMAN’) - Bahagian 5

Kadar Degupan Jantung (‘Heart rate’)

Kadar degupan jantung ialah bilangan degupan per satu unit masa – atau disebut sebagai degupan per minit – yang mana berbeza bergantung kepada keperluan oksigen oleh badan, seperti ketika bersenam atau tidur. Pengukuran kadar degupan jantung digunakan untuk tujuan perubatan dan individu, seperti atlit.
(‘Heart rate is the number of heartbeats per unit of time - typically expressed as beats per minute (BPM) - which can vary as the body's need for oxygen changes, such as during exercise or sleep. The measurement of heart rate is used by medical purposes and individuals, such as athletes.’)

Kadar degupan jantung diukur dengan mengira nadi jantung pada badan. Nadi jantung adalah bilangan degupan jantung per minit.
(‘Heart rate is measured by finding the pulse of the body. The pulse is the number of heartbeats per minute.’)

Kadar nadi ini boleh diukur di mana sahaja pada bahagian badan yang mana denyutan arteri dihantar kepada permukaan kulit.
(‘This pulse rate can be measured at any point on the body where an artery's pulsation is transmitted to the surface.’)

Ibu jari tidak boleh digunakan untuk mengukur kadar degupan jantung orang lain, kerana ia mempunyai denyutan nadi sendiri yang kuat yang boleh mengganggu pengukuran denyutan nadi di kawasan tersebut.
(‘The thumb should not be used for measuring another person's heart rate, as its strong pulse may interfere with discriminating the site of pulsation.’)

Denyutan nadi boleh diukur di :
(‘The pulse is measured at the’)

*Belakang lutut (‘Back of the knees’)
*Pangkal peha (‘Groin’)
*Leher (‘Neck’)
*Pelipis – bahagian muka yang terletak antara dahi dan telinga (‘Temple’)
*Bahagian atas atau bahagian dalam kaki (‘Top or inner side of the foot’)
*Pergelangan tangan (‘Wrist’)


Denyutan nadi pada bahagian pergelangan tangan (‘Pulse at the wrist’)

Untuk mengukur nadi di bahagian pergelangan tangan, letakkan jari telunjuk dan jari hantu di atas bahagian sebelah bawah pergelangan tangan, bawah sedikit pada dasar ibu jari. Tekan secara berhati-hati sehingga denyutan nadi dapat dirasai.
(‘To measure the pulse at the wrist, place the index and middle finger over the underside of the opposite wrist, below the base of the thumb. Press firmly with flat fingers until you feel the pulse.’)


Denyutan nadi pada bahagian leher (‘Pulse at the neck’)

Untuk mengukur nadi di leher, letakkan jari telunjuk dan jari tengah pada bahagian bawah leher yang lembut dan berongga. Tekan berhati – hati sehingga denyutan nadi boleh dirasai.
(‘To measure the pulse on the neck, place the index and middle finger just under the neck, in the soft, hollow area. Press firmly until you locate the pulse.’)

Apabila nadi telah ditemui, kira degupan selama 1 minit, atau selama 30 saat dan kemudian didarab 2. Ini akan memberikan degupan per minit.
(‘Once you find the pulse, count the beats for 1 full minute, or for 30 seconds and multiply by 2. This will give the beats per minute.’)

Kadar Rehat Degupan Jantung (‘Resting heart rate’)

Kadar rehat degupan jantung adalah kadar degupan jantung seseorang pada keadaan rehat : berjaga tetapi dalam keadaan baring, dan tidak menjalankan sebarang aktiviti.
(‘Resting heart rate (HRrest) is a person's heart rate when they are at rest: awake but lying down, and not having immediately exerted themselves.’)

Untuk menentukan kadar rehat degupan jantung, perlu berehat selama sekurang – kurangnya 10 minit. Ambil kadar degupan senaman ketika anda sedang bersenam.
(‘To determine the resting heart rate, you must have been resting for at least 10 minutes. Take the exercise heart rate while you are exercising.’)


Mengira nadi boleh membekalkan maklumat penting tentang kesihatan seseorang. Sebarang perubahan yang berbeza daripada kadar degupan jantung yang normal boleh menjadi penanda aras kepada keadaan kesihatan. Nadi yang laju memberi tanda jangkitan atau dihidrasi. Dalam situasi kecemasan, kadar denyutan nadi boleh membantu menentukan sama ada jantung pesakit sedang mengepam atau tidak.
(‘Measuring the pulse can give very important information about your health. Any change from normal heart rate can indicate a medical condition. Fast pulse may signal an infection or dehydration. In emergency situations, the pulse rate can help determine if the patient's heart is pumping.’)

Pengukuran denyutan nadi mempunyai kegunaan lain juga. Ketika senaman atau sejurus selepas senaman, kadar denyutan nadi boleh memberi maklumat mengenai tahap kecergasan dan kesihatan.
(‘The pulse measurement has other uses as well. During exercise or immediately after exercise, the pulse rate can give information about your fitness level and health.’)

Kadar rehat degupan jantung tipikal bagi dewasa ialah 60 - 80 bpm, dengan kadar di bawah 60 bpm dirujuk sebagai keadaan bradikardiak dan kadar di atas 100 bpm dirujuk sebagai keadaan takikardiak.
(‘Typical healthy resting heart rate in adults is 60–80 bpm, with rates below 60 bpm referred to as bradycardia and rates above 100 bpm referred to as tachycardia.’)

Nadi yang susah untuk dirasai kemungkinan menandakan pengecilan di dalam arteri. Ini berlaku kepada mereka yang mengidap kencing manis atau aterosklerosis akibat kandungan kolesterol yang tinggi.
(‘A pulse that is hard to feel may indicate blockages in the artery. These blockages are common in people with diabetes or atherosclerosis from high cholesterol.’)

Kaedah untuk menentukan nadi (‘Method to determine pulse’)


Contoh bacaan Elektrokardiagraf
(‘Example of Electrocardiograph reading’)

Kaedah yang lebih tepat untuk mengukur denyutan nadi ialah dengan menggunakan elektokardiagraf, atau EKG. Elektrokardiagraf dilakukan secara klinikal, terutama dalam keadaan kritikal yang memerlukan pemerhatian perubatan.
[‘A more precise method of determining pulse involves the use of an electrocardiograph, or ECG (also abbreviated EKG). The electrocardiograph monitoring is done in many clinical settings, especially in critical care medicine.’]


Alat pemantau kadar degupan jantung
(‘Commercial heart rate monitors’)

Alat pemantau kadar degupan jantung secara komersial juga boleh didapati, terdiri daripada perekat dada berelektrod. Isyarat dihantar dan dipaparkan ke penerima di pergelangan tangan.
(‘Commercial heart rate monitors are also available, consisting of a chest strap with electrodes. The signal is transmitted to a wrist receiver for display.’)

Video di bawah menerangkan dengan lebih jelas tentang Elektrokardiagraf
[‘The following video explains more about the Electrocardiograph (EKG)’]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan