Isnin, 8 Mac 2010

SATELIT SEMULA JADI - BULAN (‘NATURAL SATELLITES - MOONS’)

Bulan, selalunya perkataan bulan membawa maksud objek berbentuk sfera, seperti Bulan Bumi – juga dikenali sabagai satelit – mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan jenis. Ia merupakan jasad pejal, dan hanya sedikit yang mempunyai atmosfera. Kebanyakan bulan planet kemungkinan terbentuk daripada kumpulan gas dan debu yang mengelilingi planet pada peringkat awal pembentukan sistem solar.
(‘Moons, usually the term moon brings to mind a spherical object, like Earth's Moon - also called satellites - come in many shapes, sizes and types. They are generally solid bodies, and few have atmospheres. Most of the planetary moons probably formed from the discs of gas and dust circulating around planets in the early solar system.’)

Ahli astronomi telah menemui sekurang – kurangnya 146 bulan yang mengorbit planet - planet di dalam sistem solar kita. Tidak termasuk enam bulan planet kerdil.
(‘Astronomers have found at least 146 moons orbiting planets in our solar system. This number does not include the six moons of the dwarf planets.’)

Jadual di bawah menunjukkan bilangan bulan bagi planet :
(‘Table below shows the number of moon of the planet’)


*8 buah planet mengikut susunan paling hampir dengan Matahari :
(‘8 planets due to the nearest to the Sun until the furthest from the Sun’)
Utarid (‘Mercury’), Zuhrah (‘Venus’), Bumi (‘Earth’), Marikh (‘Mars’), Musytari (‘Jupiter’), Zuhal (‘Saturn’), Uranus (‘Uranus’), Neptun (‘Neptune’).


Gambar planet dan bulannya
(‘Pictured are Earth's moon; Jupiter's Callisto, Ganymede, Io and Europa; Saturn's Iapetus, Enceladus, Titan, Rhea, Mimas, Dione and Tethys; Neptune's Triton; Uranus' Miranda, Titania and Oberon and Pluto's Charon.’)

*8 buah planet mengikut susunan paling hampir dengan Matahari :
(‘8 planets due to the nearest to the Sun until the furthest from the Sun’)
Utarid (‘Mercury’), Zuhrah (‘Venus’), Bumi (‘Earth’), Marikh (‘Mars’), Musytari (‘Jupiter’), Zuhal (‘Saturn’), Uranus (‘Uranus’), Neptun (‘Neptune’).

Bulan dan Planetnya (‘The Planet and its moon’)

Bulan Bumi berbentuk sfera, kemungkinan terbentuk apabila satu jasad yang sebesar planet Marikh berlanggar dengan Bumi, mengeluarkan banyak serpihan daripada planet Bumi ke orbit. Serpihan kemudian berkumpul untuk membentuk Bulan yang terbentuk 4.5 bilion tahun yang lalu (hayat bagi batu tertua dari Bulan yang diambil).
(‘Earth's Moon, has spherical shape, probably formed when a large body about the size of Mars collided with Earth, ejecting a lot of material from our planet into orbit. Debris from the early Earth and the impacting body accumulated to form the Moon approximately 4.5 billion years ago (the age of the oldest collected lunar rocks).’)

Dua bulan planet Marikh, Phobos dan Deimos mempunyai bentuk yang bukan bulat. Mempunyai orbit yang hampir bulat dan bergerak hampir ke permukaan rata pada garisan lintang planet, kedua – dua bulan tersebut adalah berketul – ketul dan gelap. Phobos secara perlahan ditarik menghampiri planet Marikh dan kemungkinan boleh berlaku perlanggaran dalam masa 40 hingga 50 tahun akan datang. Atau graviti Planet Marikh akan memusnahkan bulan tersebut, menghasilkan gelang nipis mengelilingi Marikh.
(‘The two moons of Mars, Phobos and Deimos, have different shape, not spherical shape. While both have nearly circular orbits and travel close to the plane of the planet's equator, they are lumpy and dark. Phobos is slowly drawing closer to Mars and could crash into the planet in 40 or 50 million years. Or the planet's gravity might break Phobos apart, creating a thin ring around Mars.’)

Bulan Musytari iaitu Europa dan Ganymede memberi tanda bahawa terdapat permukaan berlaut. Musytari mempunyai 50 bulan yang telah dikenalpasti, termasuk bulan paling besar di dalam Sistem Suria iaitu Ganymede. Kebanyakan bulan Musytari mempunyai orbit berbentuk elips dan orbit ke belakang (bertentangan dengan putaran planet).
(‘Jupiter's Europa and Ganymede harbor signs of possible subsurface oceans. Jupiter has 50 known moons, including the largest moon in the solar system, Ganymede. Many of Jupiter's outer moons have highly elliptical orbits and orbit backwards (opposite to the spin of the planet).’)

Zuhal, bulannya yang paling besar dipanggil Titan, satu – satunya bulan dalam Sistem Solar yang mempunyai awan, mempunyai atmosfera seperti planet yang misteri dan tebal serta mempunyai tasik pada permukaannya. Ada bulan Zuhal yang mengorbit jauh darinya. Zuhal mempunyai 53 bulan yang dikenalpasti. Bulan Zuhal iaitu Titan, juga merupakan bulan kedua terbesar dalam Sistem Suria selepas bulan Musytari iaitu Ganymede.
(‘Saturn's large moon Titan is the only moon in the solar system known to have clouds, a mysterious, thick, planet-like atmosphere and surface lakes. Saturn has some irregular moons, which orbit far from it. Saturn has 53 known moons. Saturn's moon Titan, also known as the second largest in the solar system.’)

Uranus, planet besar berais, mempunyai 27 bulan yang dikenalpasti. Ada juga bulannya yang mengorbit jauh darinya. Bulannya terbentuk daripada separuh ais dan separuh batu. Miranda merupakan yang paling tidak dikenali; ada gambaran menunjukkan terdapat parutan akibat hentaman jasad yang besar.
(‘In the realm of the ice giants, Uranus has 27 known moons. Saturn has some irregular moons, which orbit far from it. The inner moons appear to be about half water ice and half rock. Miranda is the most unusual; its chopped-up appearance shows the scars of impacts of large rocky bodies.’)

Neptun mempunyai bulan yang ada juga mengorbit jauh darinya. Bulan Neptun yang dipanggil Triton adalah sebesar planet kerdil Pluto dan mengorbit ke belakang jika dibandingkan dengan arah putaran Neptune. Neptune mempunyai 13 bulan yang dikenalpasti.
(‘Neptune has some irregular moons, which orbit far from it. Neptune's moon Triton is as big as the dwarf planet Pluto and orbits backwards compared with Neptune's direction of rotation. Neptune has 13 known moons.’)


Bulan Pluto iaitu Charon mempunyai saiz separuh daripada Pluto. Seperti Bulan Bumi, ia mungkin terbentuk daripada serpihan akibat hentaman pada dahulu kala. Dalam tahun 2005, para saintis melalui Teleskop Angkasa Lepas Hubble menemui dua lagi bulan, tetapi lebih kecil. Bulan kecil tersebut yang dipanggil Nix dan Hydra adalah dua atau tiga kali lebih daripada Pluto dan Charon dan dianggarkan 5,000 kali lebih lemah berbanding Pluto.
(‘Pluto's large moon Charon is about half the size of Pluto. Like Earth's Moon, Charon may have formed from debris resulting from an early collision of an impactor with Pluto. In 2005, scientists using the Hubble Space Telescope to study Pluto found two additional, but very small, moons. The little moons Nix and Hydra are about two to three times as far from Pluto as Charon and roughly 5,000 times fainter than Pluto.’)

Eris, planet kerdil yang lain yang lebih jauh dari Pluto, mempunyai bulannya sendiri, dinamakan Dysnomia. Haumea, juga merupakan planet kerdil mempunyai dua satelit, iaitu Hi’iaka dan Namaka.
(‘Eris, another dwarf planet even more distant than Pluto, has a small moon of its own, named Dysnomia. Haumea, another dwarf planet, has two satellites, Hi'iaka and Namaka.’)

Tonton video di bawah mengenai planet dan bulannya :
(‘Watch the following video about the planet and its moon’)


Lebih maklumat mengenai planet dan bulannya, sila klik di sini.
(‘More information about the planet and its moon, click here’)
Windows moons, astronomy

Sumber rujukan : solarsystem nasa, windows planet table

Tiada ulasan:

Catat Ulasan