Bulan adalah satu – satunya satelit semula jadi Bumi. Ia juga berbentuk sfera.
(‘The Moon is our only natural satellite. It is also in the shape of a sphere.’)
Bulan Bumi adalah bulan kelima terbesar dalam Sistem Solar.
(’The Earth's Moon is the fifth largest in the whole solar system.’)
Saiz Bulan adalah lebih kecil berbanding Bumi. Diameter Bulan adalah ¼ diameter Bumi, 1/50 isipadu Bumi, 1/80 jisim Bumi. Diameter Bulan dianggarkan 3476 km dan diameter Bumi pula ialah 12756 km.
(‘The moon size is smaller than the Earth. The Moon has approximately ¼ Earth's diameter, 1/50 Earth's volume, and 1/80 Earth's mass. The diameter of the Moon approximately is 3476 km and the diameter of the Earth is 12756 km.‘)
Sebutir sago dan sebiji guli boleh mewakili Bulan dan juga Bumi sebagai perbandingan.
(‘A grain of sago and a marble can be used to represent the Moon and the Earth.’)
Jarak purata antara Bumi dan Bulan ialah dianggarkan 30 kali diameter Bumi. Jarak puratanya ialah 384 400 km bersamaan 250 000 batu.
(‘The average distance between Earth and Moon is approximately 30 times Earth's diameter. The average distance from the Earth is 384 400 km, is equal to 250,000 miles.’)
Jarak purata antara Matahari dan Bulan dianggarkan 150 juta kilometer (93 juta batu) bergantung kepada peredarannya mengelilingi Bumi dan peredaran Bumi mengelilingi Matahari.
(‘The average distance between the Sun and the Moon is approximately 150 million kilometres (93 million miles) depending on its revolution around the Earth and the Earth revolution around the Sun.’)
Jarak antara Bulan dan Bumi adalah jauh lebih dekat berbanding jarak Bulan dengan Matahari. Ini menyebabkan Bulan dan Matahari seolah – olah dilihat mempunyai saiz yang sama.
(‘The distance between the Moon and the Earth is far to near compared to the distance between the Moon and the Sun. This the reason why the Moon and the Sun appear to be the same size when viewed from Earth.’)
Matahari adalah 400 kali lebih besar daripada diameter Bulan, dan jarak antara Matahari dan Bulan adalah 400 kali lebih jauh. Ini juga menerangkan mengapa Matahari dan Bulan seakan seperti sama saiz dilihat dari Bumi.
(‘The Sun happens to be 400 times the Moon's diameter, and 400 times as far away. That coincidence means the Sun and Moon appear to be the same size when viewed from Earth.’)
Permukaan Bulan (‘Surface of the Moon’)
Bulan tidak mempunyai atmosfera dan air. Oleh itu, tidak ada benda hidup yang boleh hidup di permukaan Bulan. Oleh kerana tiada atmosfera di Bulan, suhu Bulan boleh mencecah sehingga 100° C pada siang hari dan -173 ° C pada malam hari. Bunyi juga tidak kedengaran di Bulan kerana bunyi tidak boleh bergerak dalam keadaan vakum (keadaan tanpa udara).
(‘The Moon has no atmosphere and no water too. Therefore, no living things can be found on the Moon. Because there is no atmosphere on the Moon, the temperatures there are very hot during the day (100 ° C) and very cold at night (-173 ° C). It is also extremely quiet on the Moon, because no sound can travel through a vacuum (space without air).’)
Permukaan Bulan terdiri daripada kawah – kawah, kawasan lava yang lapang dan luas, gunung – ganang, dan lembah – lembah. Para saintis percaya bahawa kawah – kawah ini terbentuk sekitar 3.5 hingga 4.5 bilion tahun yang lalu akibat hentaman meteor ke atas permukaan Bulan.
(‘The surface of the moon has many things on it such as craters, lava plains, mountains, and valleys. Scientists believe the craters were formed around 3.5 to 4.5 billion years ago by meteors hitting the moon's surface.’)
Bulan terdiri daripada lapisan – lapisan seperti lapisan batu – batuan, pepejal dan cecair lava.
(‘The interior of the Moon is made up of different layers of rock, some solid and some molten like lava.’)
Graviti (‘Gravity’)
Saiz Bulan adalah lebih kecil daripada Bumi, jadi objek yang berada di Bulan mempunyai berat yang berkurangan berbanding apabila berada di Bumi. Tarikan graviti Bulan hanya 1/6 daripada Bumi. Ini yang menyebabkan mengapa angkasawan boleh terapung di atas permukaan Bulan.
(‘The Moon is smaller than the Earth, so objects weigh less on the Moon than they do here. The Moon's surface gravity is 1/6 of Earth's. That's why the astronauts could enjoy bouncing or floating around on the lunar surface.’)
Jika anda mempunyai berat di Bumi katakan 60 kg, jadi berat anda di Bulan adalah 1/6 sahaja. Iaitu 10 kg.
(‘For example, if your weight on the Earth is 60 kg, so your weight on the Moon is the 1/6 only. It is equal to 10 kg.’)
Tiada angin pada permukaan Bulan. Tapak kaki yang ditinggalkan oleh angkasawan Apollo akan kekal beberapa juta tahun akan datang.
(‘There is no wind or weather on the moon. The footprints left there by the Apollo astronauts will remain there for millions of years because of this.’)
Bulan tidak menghasilkan cahayanya sendiri atau ia bukan sumber cahaya, tapi ia nampak terang kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari. Ia seperti cermin (Bulan) yang memantulkan cahaya dari mentol (Matahari).
(‘The Moon doesn't produce its own light or a light source, but looks bright because it reflects (bounces back) light from the Sun. Think of the Sun as a light bulb, and the Moon as a mirror, reflecting light from the light bulb.’)
Lihat video di bawah mengenai Bulan Bumi :
(‘Watch the following video about the Earth’s Moon.’)
Sebagai maklumat tambahan, lihat video di bawah mengenai pembentukan Bulan Bumi melaui satu teori dikenali sebagai ‘Giant Impact Theory’ :
(‘For additional information, watch the following video about the Earth’s Moon formation through a theory called the Giant Impact Theory’)
Lebih maklumat mengenai Bulan, sila klik di sini.
(‘More information about the Moon, click here’)
Wikipedia moon, solarviews moon, heliaos
Sumber rujukan :
Woodlands moon, kidscosmos moon, freemans Luna, windows moon, national geographic moon, wiki moon distance
Akan bersambung... ('to be continued...')
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
can we build a toilet at the moon?
BalasPadam