Jumaat, 5 Mac 2010

ASTEROID (‘ASTEROIDS’)


Asteroid merupakan batuan dan objek logam yang mengorbit matahari.
(‘Asteroids are rocky and metallic objects that orbit the Sun.’)

Asteroid, juga dikenali sebagai planet kecil atau planetoid, ia lebih kecil daripada planet tetapi lebih besar berbanding meteoroid.
(‘Asteroids, sometimes called minor planets or planetoids, they are smaller than planets but larger than meteoroids.’)


Mereka ditemui terletak di dalam orbit Bumi sehingga orbit Zuhal. Namun ia banyak ditemui dan berada dalam kumpulan lalu membentuk seperti jalur asteroid yang terletak di antara orbit Marikh dan Musytari. Ia mempunyai jumlah jisim satu per dua puluh daripada jisim bulan dan lebih kurang tiga kali ganda jisim asteroid Ceres.
(‘They have been found inside Earth's orbit to beyond Saturn's orbit. Most, however, are contained within a main belt – known as Asteroids Belt that exists between the orbits of Mars and Jupiter. The total mass of all the asteroids, most of which is concentrated in the main belt, is about one-twentieth that of the Moon and about three times that of Ceres.’)




Asteroids mempunyai saiz yang berbeza – beza, seperti contoh Ceres yang mempunyai diameter 1000 km, sehingga asteroid yang mempunyai saiz sekecil batu – batu kecil. Sebanyak enam belas asteroid dikenalpasti mempunyai diameter 240 km atau lebih. Walaupun tidak boleh dilihat melalui mata kasar, banyak yang boleh dilihat menggunakan teropong atau teleskop yang kecil, termasuk empat asteroid yang terbesar iaitu : (1) Ceres, (2) Pallas, (4) Vesta dan (10) Hygiea.
(‘Asteroids range in size from Ceres, which has a diameter of about 1000 km, down to the size of pebbles. Sixteen asteroids have a diameter of 240 km or greater. Although none is visible to the naked eye, many can be seen at times with binoculars or small telescopes, including the four largest: (1) Ceres, (2) Pallas, (4) Vesta, and (10) Hygiea.’)

Beberapa asteroid seperti Ceres, Pallas, dan Vesta, mempunyai bentuk hampir kepada bulat; yang lain, seperti (15) Eunomia, (107) Camilla dan (511) Davida, lebih memanjang; yang lain pula, seperti (4769) Castalia, (216), Kleopatra, dan (4179) Tautotis, mempunyai bentuk yang pelik.
(‘Some asteroids, such as Ceres, Pallas, and Vesta, are nearly spherical; others, like (15) Eunomia, (107) Camilla, and (511) Davida, are quite elongated; still others, such as (4769) Castalia, (216) Kleopatra, and (4179) Toutatis, have bizarre shapes.’)

Terdapat juga kumpulan asteroid yang berkongsi orbit dengan planet yang lebih besar. Antaranya ialah Asteroid Trojan, merupakan kumpulan asteroid yang besar yang berkongsi orbit dengan Jupiter. Setiap nama Trojan dinamakan sempena nama hero daripada Perang Trojan.
(‘There are groups of asteroid that share orbit with larger planet. For example, Trojan asteroids, are a very large group of asteroids that share an orbit with Jupiter. Each of the Trojans are named for a hero from the Trojan War.’)

Lebih maklumat mengenai asteroid, sila klik di sini.
(‘More information about asteroids, click here’)
pautan 1, pautan 2

Tonton video di bawah mengenai asteroid :
(‘Watch the following video about asteroids’)



Sumber rujukan : Wikipedia, solarviews, universetoday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan