Ahad, 18 Mac 2012

KERTAS SAINS 018 (sk) – UPSR (Siri 1)

Penerangan mengenai Kertas Sains 018 (sk) UPSR secara bersiri menitik beratkan kefahaman mengenai format kertas dan teknik – teknik yang digunakan dalam menjawab kedua – dua bahagian A dan B.

Penerangan yang dibuat seringkas yang mungkin dan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh anak – anak sekolah rendah yang bakal menduduki UPSR. Segala pengalaman mengajar mata pelajaran Sains dan juga campur gaul dengan guru - guru yang amat berpengalaman dalam mata pelajaran ini, dimanfaat dan dikongsi bersama penulis dengan semua pembaca setia blog ini.

Diharap penerangan ini dapat membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains anak – anak dan juga membantu guru – guru Sains untuk lebih memahami cara dan kaedah, seterusnya menyebarkan ilmu, mengajar dan mendidik anak – anak murid dalam memahami mata pelajaran Sains dengan lebih berkesan.


Perkara – perkara yang menjadi topik perbincangan ini ialah :
1. Pengenalan ringkas Kertas Sains 018 (SK) UPSR
2. Bahagian A
3. Bahagian B
4. Senarai Contoh Soalan



Terkini ! Perhatian kepada semua ibu bapa, anak – anak murid dan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapat semua entri mengenai Bahagian B kertas Sains UPSR 018 dalam versi buku format PDF boleh email kepada saya naimoiman@gmail.com untuk sebarang pertanyaan. Ia dijual pada harga RM10 sahaja.

Jangan lepaskan peluang ini. Ini mungkin salah satu cara untuk anda memperolehi keputusan yang cemerlang dalam kertas Sains UPSR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan