Sabtu, 9 Mei 2020

Gerhana, gerhana Bulan, gerhana Matahari

Gerhana versi 2020

Definisi : kejadian semula jadi yang berlaku apabila seluruh atau sebahagian daripada cahaya Matahari terlindung oleh Bulan atau Bumi. Terbentuk bayang – bayang sama ada Bulan berada di dalam bayang - bayang Bumi atau Bumi berada dalam bayang – bayang Bulan.

♦ Terdapat dua fenomena gerhana iaitu gerhana Bulan dan gerhana Matahari

♦ Kejadian gerhana melibatkan 3 jasad iaitu Matahari, Bumi dan Bulan dan peredaran Bulan mengelilingi Bumi dan Matahari menentukan sama ada berlaku fenomena gerhana Bulan atau gerhana Matahari.

♦ Syarat utama kejadian gerhana ialah ketiga – tiga jasad iaitu Matahari, Bumi dan Bulan perlu berada pada kedudukan satu garis lurus.

♦ Gerhana berlaku disebabkan oleh 2 sifat cahaya : a) Cahaya bergerak dalam garisan lurus b) Cahaya tidak dapat menembusi objek legap

GERHANA BULAN



Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Bulan dengan Matahari dan ketiga - tiganya berada dalam satu garis lurus.

♦ Gerhana Bulan hanya berlaku jika : i) ketika fasa Bulan purnama/penuh, ii) Bulan bergerak memasuki bayang – bayang, iii) berlaku pada waktu malam

♦ Gerhana Bulan berlaku 2 hingga 4 kali setahun. Pada bulan takwim Qamari yang lain, Bulan bergerak di bahagian atas atau bawah bayang – bayang Bumi yang mengakibatkan tiada gerhana Bulan berlaku.

♦ Kawasan a (gelap sepenuhnya/umbra) : Bayang – bayang Bumi yang terhasil apabila Bumi menghalang sepenuhnya cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan kawasan di Bumi di dalam kawasan a dapat memerhati fenomena gerhana Bulan penuh. Bulan berada pada kedudukan X.

♦ Kawasan b (gelap separa/penumbra) : Bayang – bayang Bumi yang terhasil apabila Bumi menghalang sebahagian cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan kawasan di Bumi di dalam kawasan b dapat memerhatikan fenomena gerhana Bulan separa. Bulan berada pada kedudukan W dan Y.

Keadaan di Bumi
♦ Kawasan Bumi di dalam kawasan a. Bulan berada pada kedudukan X : Berlaku gerhana Bulan penuh; Bulan kelihatan berwarna perang kemerahan. Akibat kesan serakan dan pembiasan cahaya apabila cahaya Matahari mula memasuki atmosfera Bumi. Sama seperti semasa Matahari terbit dan terbenam.

♦ Keadaan menjadi lebih gelap /lebih lama/berlaku dalam beberapa jam (saiz Bumi yang lebih besar daripada Bulan).

♦ Kawasan Bumi di dalam kawasan b. Bulan berada pada kedudukan W dan Y : Berlaku gerhana Bulan separa; Hanya sebahagian Bulan berwarna perang kemerahan, sebahagian lagi cerah.

♦ Bulan pada kedudukan V dan Z, gerhana tidak berlaku kerana tiada cahaya Matahari yang dihalang.

Peringkat/fasa gerhana Bulan penuh (diperhatikan dari Bumi, Kawasan a, Bulan pada kedudukan X)
Bulatan putih = Bulan, bulatan hitam = Bayang – bayang Bumi; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza


Peringkat/fasa gerhana Bulan separa (diperhatikan dari Bumi, Kawasan b, Bulan pada kedudukan W dan Y)
Bulatan putih = Bulan, bulatan hitam = Bayang – bayang Bumi; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza



Link video untuk lebih kefahaman berkenaan fenomena gerhana Bulan
Tahun 6 - Sains UPSR - Gerhana Bulan
Klik di sini
@ lihat video di bawah ini.




GERHANA MATAHARI



Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dengan Matahari dan ketiga - tiganya berada dalam satu garis lurus.

♦ Gerhana Matahari hanya berlaku jika : i) ketika fasa anak Bulan, ii) Bulan bergerak di antara Bumi dengan Matahari, iii) berlaku pada waktu siang

♦ Gerhana Matahari berlaku sekurang – kurangnya 2 kali setahun.

♦ Kawasan a (gelap sepenuhnya/umbra) : Bayang – bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi apabila Bulan menghalang sepenuhnya cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi kawasan R di Bumi mengalami fenomena gerhana Matahari penuh.

♦ Kawasan b (gelap separa/penumbra) : Bayang – bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi apabila Bulan menghalang sebahagian cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi kawasan Q dan S di Bumi mengalami fenomena gerhana Matahari separa.

Keadaan di Bumi
♦ Kawasan R : Berlaku gerhana Matahari penuh; Matahari kelihatan seperti bulatan hitam yang dikelilingi oleh satu lingkaran cahaya disebut korona (Bahagian Matahari yang tidak ditutupi oleh Bulan). Juga seperti cincin bermata.

♦ Keadaan menjadi gelap seketika/lebih singkat/beberapa minit (lebih 7 minit), suhu persekitaran menurun, burung – burung akan kembali ke sarang.

♦ Kawasan Q dan S : Berlaku gerhana Matahari separa; Matahari kelihatan seperti bulan sabit.

♦ Kawasan P dan T : Gerhana Matahari tidak berlaku. Tiada cahaya Matahari yang dihalang oleh Bulan

Peringatan ! Melihat gerhana Matahari secara terus akan merosakkan mata, kebutaan. Perlu memakai penuras gelap


Peringkat/fasa gerhana Matahari penuh (Kawasan R)
Bulatan putih = Matahari, bulatan hitam = Bulan; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza




Peringkat/fasa gerhana Matahari separa (Kawasan Q dan S)
Bulatan putih = Matahari, bulatan hitam = Bulan; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza


Link video untuk lebih kefahaman berkenaan fenomena gerhana Matahari
Tahun 6 - Sains UPSR - Gerhana Matahari
Klik di sini

@ lihat video di bawah ini







#imzaroncikgusains
#ilmuperludikongsibersama

1 ulasan:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^cc
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami... (k)
    di ajopk.com ^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    BalasPadam