Khamis, 18 Februari 2010

SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA - JANTUNG (‘CIRCULATION SYSTEM IN HUMAN – THE HEART’).

Sistem kardiovaskular atau dikenali sebagai sistem peredaran darah, terdiri daripada jantung, sistem sistemik (badan) dan sistem pulmonari (paru-paru), dan kemudian bersambung dengan jaringan arteri dan vena. Sistem ini penting kerana ia bertindak memastikan peredaran darah berlaku yang mana penting untuk hidup.
(‘The cardiovascular system or circulatory system, is composed of the heart and the systemic (body) and pulmonary (lung) circulation systems, which in turn consist of a network of arteries and veins. These are necessary in order to maintain the blood circulation essential to life.')

Jantung merupakan enjin utama dalam sistem ini, mengepam darah ke seluruh anggota badan dan tisu-tisu badan. Pada keadaan ini, darah membekalkan badan dengan gas oksigen, nutrien dan sebarang bahan yang penting, dan kemudian menyingkirkan bahan akhir hasil metabolisma dan juga gas karbon dioksida.
(‘The heart, as the motor of the system, pumps the blood into all of the organs and body tissue. In this manner, the blood supplies the body with oxygen, nutrients and other vital substances, while removing metabolic end-products and carbon dioxide.’)

JANTUNG (‘THE HEART’)

Jantung merupakan otot berongga yang saiznya lebih kurang genggaman tangan tuannya dan beratnya lebih kurang 300g.
(‘The heart is a large hollow muscle approximate in size to its owner’s clenched fist and weighing about 300g.’)

Jantung mempunyai bentuk kon pada satu bahagian. Jantung terletak pada kawasan tengah toraks, yang mana ia dikelilingi hampir sepenuhnya oleh paru-paru. Dua pertiga jantung berada pada bahagian kiri dada dan satu pertiga berada pada bahagian kanan dada.
(‘The heart resembles a cone lying on its side. It is located in the central area of the thorax, almost completely surrounded by the lungs. Two thirds of the heart lie in the left half of the chest and one third lies in the right half.’)

Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan; lapisan paling luar dipanggil perikardium, lapisan tengah miokardium dan lapisan paling dalam ialah endokardium.
(‘The wall of the heart consists of three layers; the outer layer is called pericardium, the middle layer is called myocardium and the inner layer is called endocardium.’)

Septum membahagikan jantung kepada bahagian kanan dan kiri jantung. Setiap bahagian dibahagikan kepada atrium (atau aurikel) dan ventrikel (atau ruang) di bahagian bawahnya.
(‘A septum partitions the heart into right and left heart. Each half is further separated into an atrium (or auricle) and a ventricle (or chamber) situated below it.’)

Jantung dibekalkan dengan sistem vaskularnya sendiri, iaitu arteri koronari, yang dibahagikan kepada dua cabang, iaitu kiri dan kanan arteri koronari.
(‘The heart is supplied by its own vascular system, the coronary arteries, which are divided into two branches, the left and right coronary arteries.’)

Jantung mengecut sebanyak 70 kali dalam satu minit. Jantung mengangkut sebanyak 7500 liter darah satu hari, tanpa henti.
(‘The heart contracts up to 70 times per minute. The heart transports about 7500 litres of blood every day, without tiring.’)

Pergerakan otot jantung dikawal oleh satu gentian otot kardiak yang khusus dan nodus sinus, iaitu sekumpulan sel-sel saraf yang berada pada bahagian dalam dinding atrium, yang saiznya sebesar kepala pin, yang mengawal degupan jantung. Ia juga dikenali sebagai perentak. Peningkatan dan pengurangan ritma direncanakan oleh nodus sinus yang dicetuskan oleh saraf kardiak.
(‘The movement of the heart muscles are controlled by a special type of cardiac muscle fibre and the sinus node, a group of nerve cells in the right atria wall, about the size of a pinhead, which regulate the heartbeat. It is also known as pacemaker. An increase or decrease in the rhythm dictated by the sinus node is triggered by the cardiac nerves.’)


Ventrikel (‘The Ventricles’)

Ventikal memainkan peranan yang paling utama dalam mengepam darah ke dalam sistem peredaran. Ventrikel kiri dilengkapi dengan otot yang lebih banyak berbanding ventrikel kanan. Ventrikel kiri perlu beroperasi dalam keadaan tekanan yang lebih tinggi berbanding ventrikel kanan.
(‘The ventricles are the actual pumps of the circulatory system. The left ventricle is equipped with more muscles than the right ventricle. The left ventricle has to operate with a higher pressure than the right ventricle.’)

Ventrikel kiri mengepam darah ke dalam peredaran sistemik (badan) yang mana jarak yang perlu dilalui adalah lebih jauh berbanding jarak yang perlu dilalui oleh darah yang dipam oleh ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah ke dalam peredaran pulmonari.
(‘The left ventricle pumps blood into the systemic (body) circulation which has more distance to be covered if compared with the right ventricle that pumps blood into the pulmonary (lung) circulation.’)


Ventrikel mempunyai dalam 2 fasa keadaan iaitu keadaan di mana ventrikel rehat (diastol); boleh menerima darah daripada atrium dan keadaan ventrikel mengecut (sistol); menolak darah ke dalam arteri yang besar dalam sistem peredaran sistemik dan pulmonari.
(‘Ventricle can be in 2 phases which are; ventricle in relax condition (diastole); the blood from atrium refill into the ventricle, and ventricle contracts (systole); the blood is discharged into the large arteries of the systemic and pulmonary circulatory systems.’)

Atrium (‘The atria’)

Bertindak sebagai tempat pengumpulan bagi darah yang dibawa masuk semula ke dalam jantung oleh vena. Otot dinding atrium lebih nipis berbanding otot ventrikel.
(‘Act as a collecting area for the blood transported back to the heart by the veins. The muscular walls are thinner than those of the ventricles.’)

Darah yang mengalir dari atrium kanan ke dalam ventrikel kanan dikawal oleh injap trikuspid sementara darah yang mengalir dari atrium kiri ke dalam ventrikel kiri dikawal oleh injap mitral. Dari ventrikel kanan, darah mengalir ke dalam arteri pulmonari tanpa berlaku aliran ke belakang kerana kehadiran injap pulmonari. Dari ventrikel kiri, darah mengalir melalui injap aorta ke dalam aorta.
(‘The blood flowing from the right atrium into the right ventricle is controlled by the tricuspid valve while the blood flowing from the left atrium into the left ventricle is controlled by mitral valve. From the right ventricle, the blood flows into the pulmonary artery without flowing back because of the presence of pulmonary valve. From the left ventricle, the blood flows through the aortic valve into the aorta.’)


Bahagian saluran jantung keluar dan masuk.
(‘The circulation of the heart in and out.’)

Lihat video di bawah untuk lebih memahami jantung.
(‘Watch the following video for more understanding’)


akan bersambung...
to be continued...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan