Selasa, 24 Disember 2013

Sains UPSR Tahun 4 Keperluan Asas Haiwan (Bil 1) JAWAPAN CADANGAN

Sains UPSR Tahun 4 Keperluan Asas Haiwan (Bil 1) JAWAPAN CADANGAN
(‘Science UPSR Year 4 Basic Needs of Animal (No. 1) SUGGESTED ANSWERS’)

Fikir! (‘think!’) :
Konsep Sains : Keperluan asas haiwan ialah makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
(‘Science Concept : The basic needs of animal are food, water, air and shelter.’)

TETAPI dalam soalan hanya merangkumi eksperimen mengenai salah satu keperluan asas haiwan iaitu udara.
(‘BUT in the question only asking about one the basic need of animals, which is air.’)
Rajah di bawah menunjukkan 15 ekor berudu dalam sebuah bekas dengan lapisan minyak menutupi permukaan air.
(‘Diagram below shows 15 tadpoles inside a container with oil layer covering the surface of the water.’)



Keputusan penyiasatan dicatatkan dalam jadual berikut.
(‘The result of the investigation is recorded in the Table below.’)




Fikir! (‘think!’) :
Kenalpasti dulu pemboleh ubah – pemboleh ubah.
(‘Firstly, identify the variables.’)

PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS (PB)/APA YANG DIPERHATI :
(‘Responding variable/What is observed (wto)’)
Jumlah bilangan berudu yang mati (‘Total number of tadpoles died’)

PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN (PM)/APA YANG DIUBAH :
(‘Manipulated variable/What is changed (wtc)’)
Masa (‘Time’)

a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan daripada penyiasatan ini.
(‘State two information gathered from this investigation’)
Fikir! (‘think!’) :
Soalan ini meminta anda menyatakan pemboleh ubah. Mulakan dengan memberikan jawapan mengikut hiraeki pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah dimanipulasi (PM)/apa yang diubah, pemboleh ubah bergerak balas (PB)/apa yang diperhati diikuti dengan pemboleh ubah dimalarkan (PMALAR)/apa yang ditetapkan.
Jawapan (‘Answer’) :
Jumlah bilangan berudu yang mati (‘Total number of tadpoles died’), Masa (‘Time’)


b) Apakah tujuan penyiasatan ini?
(‘State the purpose (aim) of this investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Untuk mengkaji hubungan di antara masa dan jumlah bilangan berudu yang mati
(‘To investigate the relationship between the time and the total number of tadpoles died.’)


c)
(i) Berikan satu sebab (inferens) mengapa berudu di dalam bekas itu mati.
(‘Give one reason (inference) why the tadpoles in the container died.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Berudu tidak mendapat udara untuk hidup
(‘The tadpoles did not get air to live.’)

(ii) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong jawapan kamu dalam soalan di atas.
(‘State one observation to support your answer in the question above.’)
Fikir! (‘think!’) :
Usah berikan jawapan sama dengan pemerhatian dalam soalan.
(‘Don’t state the same observation as given in the question.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Berudu tidak mendapat udara untuk hidup
(‘The tadpoles did not get air to live.’)


d) Jika lapisan minyak dibuang, apakah pemerhatian yang dijangkakan?
(‘If the layer of oil is removed, what is the expected observation?.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan berudu yang hidup banyak.
(‘The total number of tadpoles live more.’)


e) Nyatakan corak perubahan bagi jumlah bilangan berudu yang mati.
(‘State the trend of change in the total number of tadpoles died.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah
(‘Increased.’)


f) Apakah hubungan di antara apa yang diubah (pemboleh dimanipulasikan) dan apa yang diperhatikan (pembolehubah bergerak balas).
(‘What is the relationship between what is changed (manipulated variable) and what is observed (responding variable).’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah masa penyiasatan,
semakin bertambah jumlah bilangan berudu yang mati.  
(‘The longer the time of investigation,
the more the total number of tadpoles died.’)


g) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
 (‘What conclusion can be made from this investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Haiwan memerlukan udara untuk hidup.
(‘Animals need air tu stay alive.’)


Artikel ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA©imzaroncikgusains

2 ulasan: