Isnin, 9 Disember 2013

Perkara atau Soalan Bahagian B – Hipotesis (siri 9)

HIPOTESIS/HUBUNGAN (‘Hypothesis/relationship’)

Penerangan (‘Explaination’)

Membuat satu kenyataan umum mengenai hubungan di antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas untuk menerangkan suatu pemerhatian atau perkara. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.
(‘Making a general statement about the relationship between a manipulated variable and a responding variable to explain an observation or event. The statement can be tested to determine its validity.’)

Dengan meningkat/menurun nilai pada pemboleh ubah dimanipulasikan, akan ada meningkat/menurun nilai pada pemboleh ubah bergerak balas.
(‘With the increase/decrease in a certain what is changed, there will be on increase/decrease in the what is observed or measured.’)



Bagaimana hendak menjawab (‘How to answer’)

Cara 1 (‘Method 1’)
Corak perubahan/pola pemboleh ubah dimanipulasikan (pm)/apa yang diubah,
corak perubahan/pola pemboleh ubah bergerak balas/apa yang diperhati (pb).
(‘The trend/pattern/polar what is changed (wtc), the trend/pattern/polar what is observed/measured (wto).’)

Contoh i (‘Example i’):
Semakin bertambah/banyak bilangan bateri,
semakin bertambah/terang kecerahan mentol.
(‘The more the number of batteries,
the brighter the brightness of the bulbs.’)

Contoh ii (‘Example ii’):
Semakin moden kaedah membajak,
semakin berkurang/singkat masa yang diambil untuk membajak sawah padi.
(‘The more modern the method of ploughing,
the shorter the time taken to plough paddy field.’)


Cara 2 (‘Method 2’)
Apabila/jika pemboleh ubah dimanipulasikan (pm)/apa yang diubah corak perubahan/pola,
maka pemboleh ubah bergerak balas/diukur (pb)/apa yang diperhati corak perubahan/pola.
(‘When/If/As what is changed (wtc) trend/pattern/polar, the what is observed/measured (wto) trend/pattern/polar.’)

Contoh i (‘Example i’):
Apabila bilangan mentol semakin bertambah,
maka kecerahan mentol semakin bertambah/terang.
(‘When the number of bulbs increases,
so the brightness of the bulbs are brighter.’)

Contoh ii (‘Example ii’):
Apabila kedudukan Matahari berada di sebelah Timur,
maka arah kedudukan bayang - bayang berada di sebelah Barat.
(‘When the position of the Sun is at the East,
so the position of the shadow is at the West.’)

Contoh iii (‘Example iii’):
Apabila kaedah membajak semakin moden,
maka masa yang diambil untuk membajak sawah padi semakin berkurang/singkat.
(‘When the method of ploughing is more modern,
so the time taken to plough paddy field is decreasing/shorter.’)






Bagaimana soalan diajukan (‘How the question asked’)
*Berdasarkan soalan – soalan sebenar Kertas Sains UPSR (‘As in the Exact UPSR Science Paper’)

Apakah hubungan di antara apa yang diubah (pemboleh dimanipulasikan) dan apa yang diperhatikan (pembolehubah bergerak balas)
(‘What is the relationship between what is changed (manipulated variable) and what is observed (responding variable)’)

Nyatakan satu hubungan (hipotesis) antara pemboleh ubah dimanipulasikan (apa yang diubah) dengan pemboleh ubah bergerak balas (apa yang diukur), yang boleh dibuat dalam penyiasatan ini.
(‘State one relationship (hypothesis) between the variable that is changed (manipulated) and the variable that is observed (responding), that can be made in this investigation.’)

Apakah hubungan di antara saiz model (apa yang diubah PM) dan kestabilan (apa yang diperhatikan PB)?
(‘What is the relationship the size of the model (what is changed WTC) and the stability (what is observed WTO?

Nyatakan hubungan di antara tahun (apa yang diubah PM) dan purata indeks pencemaran udara di bandar X (apa yang diperhatikan PB)?
(‘What is the relationship the year (what is changed WTC) and the average air pollution index in town X (what is observed WTO.’)

Nyatakan satu hubungan (hipotesis) di antara dua maklumat yang dikumpulkan berdasarkan pernyataan di atas.
(‘State one relationship between the two information gathered in the above statement.’)



Apakah hubungan (hipotesis) di antara dua maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.
(‘What is the relationship between the two information gathered in this investigation.’)

Selepas ini, Meramal...

Artikel ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA©imzaroncikgusains

Kembali ke Mukadimah, Bahagian B

2 ulasan: