Khamis, 5 Disember 2013

Perkara atau Soalan Bahagian B - Pemerhatian (siri 5)

PEMERHATIAN (‘Observing’)

Penerangan (‘Explaination’)

Melibatkan penggunaan deria – deria kita untuk mengenal pasti dan menggambarkan ciri – ciri objek.
(‘Involves the use of our senses to identify and describe an objects’ properties’)

Menggunakan 5 deria kita  - apa yang kita lihat (mata), apa yang kita hidu (hidung), apa yang kita rasa (lidah), apa yang kita sentuh (kulit) dan apa yang kita dengar (telinga).
(‘By using our 5 senses - what we see (eyes), what we smell (nose), what we taste (tongue), what we feel (skin) and what we hear (ears)’)


Bagaimana hendak menjawab (‘How to answer’)

1. Menyatakan dan memberitahu apa yang dilihat, hidu, rasa, sentuh dan dengar – menerangkan secara terus ciri – ciri objek.
(‘State and tell what you can see, smell, taste, feel and hear – directly explain the object’s properties’)

Contoh : Epal itu berwarna merah, Durian mempunyai duri tajam.
(‘Examples : The apple is red in color, The durian has sharp thorns’)


2. Membuat perbandingan – apabila melibatkan 2 objek/benda.
(‘Make comparison – when 2 objects/ things involved’)

Contoh (‘Examples’): 
Mentol dalam litar X adalah lebih cerah daripada mentol dalam litar Y. – jika melibatkan 2 litar X dan Y
(‘The bulbs in circuit X are brighter than the bulbs in circuit Y – if there are 2 circuits, X and Y’)

Bilangan tompok hitam pada roti A adalah lebih banyak daripada bilangan tompok hitam pada roti B – jika melibatkan 2 roti A dan B.
(‘The number of black spots on bread A is more than the number of black spots on bread B – if there are 2 breads A and B’)


3. Menyatakan perkara yang ‘paling’ (superlatif) – apabila lebih daripada 2 objek/benda yang terlibat.
(‘State the most or the greatest (superlative) – when there are more than 2 objects/things involved’)

Contoh (‘Example’):
Mentol dalam litar X adalah paling terang – melibatkan 3 litar X, Y, Z.
(‘The bulbs in circuit X are the brightest – when there are 3 circuits X, Y, Z’)

Bilangan tompok hitam pada roti A adalah paling banyak – melibatkan 3 roti A, B, C.
(‘The number of black spots on bread A is the most – when there are 3 breads A, B, C’)



Bagaimana soalan diajukan (‘How the question asked’)
*Berdasarkan soalan – soalan sebenar Kertas Sains UPSR (‘As in the Exact UPSR Science Paper’)

1. Cadangkan satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di soalan di atas.
(‘Suggest one observation to support the reason (inference) in the question above’)

2. Tulis satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di soalan di atas.
(‘Write one observation to support the reason (inference) in the question above’)

3. Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di soalan di atas.
(‘State one observation to support the reason (inference) in the question above’)

4. Tulis satu pemerhatian tentang keadaan anak – anak ayam  dalam kotak J (pemboleh ubah bergerak balas/apa yang diperhati) untuk menyokong sebab (inferens) di soalan di atas.
(‘Write one observation on the condition of the chicks in box J (responding variable/what to observed) to support the reason (inference) in the question above’)

Artikel ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA©imzaroncikgusains

Kembali ke Mukadimah, Bahagian B

Tiada ulasan:

Catat Ulasan