Khamis, 26 Disember 2013

Sains UPSR Tahun 4 Jarak Planet – Planet dan Matahari (Bil 1) CADANGAN JAWAPAN

Sains UPSR Tahun 4 Jarak Planet – Planet dan Matahari (Bil 1) JAWAPAN CADANGAN
(‘Science UPSR Year 4 Distance of Planets from the Sun (No. 1) SUGGESTED ANSWERS’)

Fikir! (‘think!’) :
Fakta Sains (‘Science facts’)
1. Laluan planet beredar mengelilingi Matahari dikenali sebagai orbit. Semakin jauh/bertambah jarak planet dari Matahari, semakin besar/bertambah saiz orbit planet.
(‘The path of the planets round the Sun is known as orbits. The further/more the distance of planet from the Sun, the bigger/more the size of orbit of the planet.’)

2. Semakin jauh/bertambah jarak planet dari Matahari, semakin lama/bertambah masa diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari.
(‘The further/more the distance of planet from the Sun, the longer the time taken for the planet to move around the Sun.’)
Jadual di bawah menunjukkan jarak dari Matahari dan masa yang diambil untuk mengelilingi Matahari bagi lima buah planet, P, Q, R, S dan T.
(‘Table below shows the distance from the Sun and the time taken to move around the Sun for five planets, P, Q, R, S and T.’)




Fikir! (‘think!’) :
Kenalpasti dulu pemboleh ubah – pemboleh ubah.
(‘Firstly, identify the variables.’)

PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS (PB)/APA YANG DIPERHATI :
(‘Responding variable/What is observed (wto)’)
Masa diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari 
(‘Time taken for the planet to move around the Sun’).

PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN (PM)/APA YANG DIUBAH :
(‘Manipulated variable/What is changed (wtc)’)
Jarak planet dari Matahari 
(‘Distance of planet from the Sun’)

a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan daripada penyiasatan ini.
(‘State two information gathered from this investigation’)
Jawapan (‘Answer’) :
Jarak planet dari Matahari, Masa diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari
(‘Distance of planet from the Sun, Time taken for the planet to move around the Sun’).
Fikir! (‘think!’) :
Tambah perkataan ‘planet’ agar jawapan anda lebih difahami.
(‘Add the word ‘planet’ so that your anwers is more completed.’)


b) Nyatakan corak perubahan bagi masa yang diambil oleh planet P, Q, R, S dan T untuk mengelilingi Matahari.
(‘State the trend of change in the time taken by planets P, Q, R, S, and T to move around the Sun.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah
(‘Increased.’)


c) Nyatakan sebab (inferens) untuk jawapan kamu bagi soalan di atas.
(‘State the reason (inference) for your anwer in the question above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Saiz orbit planet P, Q, R, S, T semakin bertambah.
(‘The size of orbit of planet P, Q, R, S, T is bigger.’)

atau (‘or’)

Semakin lama masa diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari, semakin besar saiz orbit planet.
(‘The longer the time taken for the planet to move around the Sun, the bigger the size of orbit of the planet.’)


d) Berdasarkan jadual di atas, nyatakan kesimpulan yang boleh dibuat.
(‘Based on the table above, state the conclusion that can be made.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin jauh jarak planet dari Matahari, semakin besar saiz orbit planet.
(‘The further the distance of planet from the Sun, the bigger the size of orbit of the planet.’)

atau (‘or’)

Semakin jauh jarak planet dari Matahari, semakin lama masa diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari.
(‘The further the distance of planet from the Sun, the longer the time taken for the planet to move around the Sun.’)


e) Tulis satu pemerhatian untuk penyiasatan di atas.
(‘Write one observation for the investigation above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Masa diambil oleh planet T untuk mengelilingi Matahari adalah yang paling lama or
Masa diambil oleh planet P untuk mengelilingi Matahari adalah yang paling singkat
(‘The time taken for planet T to move around the Sun is the longest or
the time taken for planet P to move around the Sun is the shortest.’)
Fikir! (‘think!’) :
Jawapan dalam bentuk ‘superlatif’ dan pilih sama ada nak menyatakan yang paling lama atau yang paling singkat.
(‘Answer in ‘superlative’ form and choose either the longest or the shortest.’)


f) Apakah tujuan penyiasatan ini?
(‘State the purpose (aim) of this investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Untuk mengkaji hubungan di antara jarak planet dari Matahari dan masa diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari.
(‘To investigate the relationship between the distance of planet from the Sun and the time taken for the planet to move around the Sun.’)


g) Apakah hubungan di antara dua maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.
(‘What is the relationship between the two information gathered is this investigation.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin jauh jarak planet dari Matahari, semakin lama masa diambil oleh planet untuk mengelilingi Matahari.
(‘The further the distance of planet from the Sun, the longer the time taken for the planet to move around the Sun.’)


h) Ramalkan saiz orbit Planet X jika masa yang diambil untuk mengelilingi Matahari oleh Planet X  ialah 2 tahun.
(‘Predict the size of orbit of Planet X if the time taken to move aorund the Sun by Planet X is 2 years.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Saiz orbit adalah lebih besar daripada saiz orbit planet P dan lebih kecil daripada saiz orbit planet Q
(‘The size of orbit is bigger than the size of orbit of planet P and smaller than the size of orbit of planet Q.’)

Fikir! (‘think!’) :
Masa diambil oleh planet X untuk mengelilingi Matahari adalah antara masa diambil oleh planet P dan Q untuk mengelilingi Matahari.
(‘The time taken for planet X to move around the Sun is between the time taken for planet P and Q to move around the Sun.’)


Artikel ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA©imzaroncikgusains

Tiada ulasan:

Catat Ulasan