Khamis, 26 Disember 2013

Sains UPSR Tahun 5 Mikroorganisma Membiak dan Bertumbuh (Bil 1) JAWAPAN CADANGAN

Sains UPSR Tahun 5 Mikroorganisma Membiak dan Bertumbuh (Bil 1) JAWAPAN CADANGAN
(‘Science UPSR Year 5 Microorganims Reproduce and Grow (No. 1) SUGGESTED ANSWERS’)

Fikir! (‘think!’) :
Fakta Sains (‘Science facts’)
1. Mikroorganisma boleh membiak dan bertumbuh.
(‘Microorganisms can reproduce dan grow.’)

2. Keadaan yang sesuai untuk mikroorganisma membiak adalah udara, air, nutrien, suhu yang sesuai dan keasidan yang sesuai.
(‘Conditions for the growth of microorganisms are air, water, nutrients, suitable temperature dan suitable acidity.’)
Sekumpulan murid menyiasat tentang perubahan sepotong roti, selepas dibiarkan di dapur selama dua belas hari. Keputusan penyiasatan adalah seperti dalam gambar rajah di bawah.
(‘A group of pupils investigated the changes of a bread, after being left in the kitchen for twelve days. The result of the investigation is shown in the diagram below.’)




Fikir! (‘think!’) :
Kenalpasti dulu pemboleh ubah – pemboleh ubah.
(‘Firstly, identify the variables.’)

PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS (PB)/APA YANG DIPERHATI :
(‘Responding variable/What is observed (wto)’)
Bilangan tompok hitam pada roti (‘The number of black patches on the bread’)
Fikir! (‘think!’) :
Cuba cari dalam soalan – soalan terlebih dahulu.
(‘Firstly, try to identify from the questions.’)

PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN (PM)/APA YANG DIUBAH :
(‘Manipulated variable/What is changed (wtc)’)
Bilangan hari penyiasatan (‘Number of day of investigation’)

a) Nyatakan dua maklumat yang dikumpulkan daripada penyiasatan ini.
(‘State two information gathered from this investigation’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan hari penyiasatan
(‘Number of day of investigation’)

Bilangan tompok hitam pada roti
(‘The number of black patches on the bread’)


b) Tulis satu pemerhatian untuk penyiasatan di atas.
(‘Write one observation for the investigation above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan tompok hitam pada roti semakin bertambah.
(‘The number of black patches on the bread increases.’)

 Fikir! (‘think!’) :
Membuat pemerhatian; pemboleh ubah bergerak balas PB/apa yang diperhati dengan sedikit huraian mengenai PB itu.
(‘To make an observation; responding variable/what is observed (wto) with describe in detail about wto.’)


c) Nyatakan sebab (inferens) untuk jawapan kamu bagi soalan di atas.
(‘State the reason (inference) for your anwer in the question above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Mikroorganisma membiak dan bertumbuh.
(‘Microorganisms reproduce and grow.’)

Fikir! (‘think!’) :
Ayat inferens tidak perlu dimulakan dengan pemerhatian, terus berikan inferens. Ini adalah sebab anda mencari alasan untuk soalan pemerhatian sebelumnya.
(‘The inference, the sentences no need to start with an observation, just write the inference only. This is because you writing down the reason for the observation question above.’)


d) Nyatakan hubungan di antara apa yang diubah (pemboleh dimanipulasikan) dan apa yang diperhatikan (pembolehubah bergerak balas).
(‘State the relationship between what is changed (manipulated variable) and what is observed (responding variable).’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah/lama bilangan hari penyiasatan, semakin bertambah bilangan tompok hitam atas roti.
(‘When the number of day of investigation increases, the number of black patches on the bread also increases.’)


e) Apakah tujuan penyiasatan ini?
(‘State the purpose (aim) of this investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Untuk mengkaji hubungan di antara bilangan hari penyiasatan dan bilangan tompok hitam atas roti.
(‘To investigate the relationship between the number of day of investigation and the number of black patches on the bread.’)


f) Nyatakan corak perubahan bagi bilangan tompok hitam pada roti.
(‘State the trend of change in the number of black patches on the bread.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah
(‘Increased.’)


g) Ramalkan bilangan tompok hitam pada roti pada hari ke 16.
(‘Predict the number of black patches on the bread at day twelve.’)
Jawapan (‘Answer’) :
4 tompok hitam
(‘4 number of black patches.’)


h) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
 (‘What conclusion can be made from this investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Mikroorganisma membiak dan bertumbuh.
(‘Microorganisms reproduce and grow.’)

Fikir! (‘think!’) :
Kesimpulan adalah sama dengan inferens kerana itu merupakan fakta sains yang dipelajari dalam kelas.
(‘Conclusion is same as inference because that is the Science facts about microoorganisms that you have learned in class.’)

Artikel ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA©imzaroncikgusains

10 ulasan: