Sabtu, 4 Januari 2014

Sains UPSR Tahun 4 Mengukur Masa Ayunan Bandul (Bil 1) JAWAPAN CADANGAN

Sains UPSR Tahun 4 Mengukur Masa Ayunan Bandul (Bil 1) JAWAPAN CADANGAN
(‘Science UPSR Year 4 Time Measurement The Swings of Pendulum (No. 1) SUGGESTED ANSWERS’)

Fikir! (‘think!’) :
Konsep Sains (‘Science concept’)
1. Masa ialah tempoh antara dua peristiwa atau ketika.
(‘Time is the period between two events or moments.’)

2. Proses – proses (seperti ayunan bandul boleh digunakan untuk mengukur masa) yang mana berlaku berulang – ulang kali secara seragam boleh digunakan untuk mengukur masa.
(‘Processes (such as the swing of pendulum can be used to measure time) that repeat themselves uniformly can be used as a measure of time. (this can be used as inference).’)
Rajah di bawah menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh Naim. Dia mengubah panjang tali dan merekodkan bilangan ayunan lengkap bandul dalam masa 10 saat.
(‘Diagram below shows an experiment carried out by Naim. He changes the length of the string and records the number of complete swings of pendulum in 10 seconds.’)

Mengubah – kata kunci untuk mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan (PM)/apa yang diubah!
(‘change – the key word to help us to identify the manipulated variable/what is changed (WTC)’)

Merekodkan - kata kunci untuk mengenal pasti pemboleh ubah bergerak balas (PB)/apa yang direkodkan!
(‘record – the key word to help us to identify the responding variable/what is observed (WTO)’)



Satu ayunan lengkap bandul ialah bermula dari titik A ke B dan ke A semula!
(‘One complete swing of pendulum is start from A to B and go back to A’)
Jadual di bawah menunjukkan keputusan bagi eksperimen ini.
(‘Table below shows the results of this experiment.’)
 


Fikir! (‘think!’) :
Kenalpasti dulu pemboleh ubah – pemboleh ubah.
(‘Firstly, identify the variables.’)

PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS (PB)/APA YANG DIPERHATI :
(‘Responding variable/What is observed (wto)’)
Bilangan ayunan lengkap dalam masa 10 saat (‘Number of complete swings in 10 seconds’)

PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN (PM)/APA YANG DIUBAH :
(‘Manipulated variable/What is changed (wtc)’)
Panjang tali (‘Length of string’)

a) Nyatakan (‘State’)
(i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan) dalam penyiasatan ini
                        (‘what is changed (manipulated variable) in this investigation’)
                        Jawapan (‘Answer’) :
                        Panjang tali (‘Length of string.’)

(ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini
                        (‘what is observed (responding variable) in this investigation’)
                        Jawapan (‘Answer’) :
                        Bilangan ayunan lengkap dalam masa 10 saat
(‘Number of complete swings in 10 seconds.’)

(iii) apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini
                        (‘what is kept the same (constant variable) in this investigation’)
Jawapan (‘Answer’) :
Tempoh masa untuk mengira ayunan lengkap bandul 
(‘Time taken to count the swing of pendulum.’)

b) Nyatakan corak perubahan bagi bilangan ayunan lengkap dalam masa 10 saat.
(‘State the trend of change in the number of complete swings in 20 seconds.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin berkurang (‘Decreases.’)


c) Nyatakan hubungan di antara panjang tali dengan bilangan ayunan lengkap dalam masa yang diberikan.
(‘State the relationship between the length of the string and the number of complete swings in a given time.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah panjang tali, semakin berkurang bilangan ayunan lengkap dalam masa 10 saat
(‘The length of string increases, the number of complete swings in 10 seconds decreases.’)


d) Ramalkan bilangan ayunan lengkap jika panjang tali ialah 30 cm.
(‘Predict the number of complete swings if the length of the string is 30 cm.’)
Jawapan (‘Answer’) :
3 ayunan (‘3 swings.’)


e) Tulis satu pemerhatian untuk penyiasatan di atas.
(‘Write one observation for the investigation above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan ayunan lengkap dalam masa 10 saat adalah paling banyak jika panjang tali adalah paling pendek
(‘The number of complete swings in 10 seconds is the most if the length of string is the shortest’)
Fikir! (‘think!’) :
Jawapan dalam bentuk ‘superlatif’ dan pilih sama ada nak menyatakan yang paling sedikit atau yang paling banyak.
(‘Answer in ‘superlative’ form and choose either the least or the most.’)


f) Nyatakan sebab (inferens) untuk jawapan kamu bagi soalan di atas.
(‘State the reason (inference) for your anwer in the question above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Ayunan bandul adalah paling laju jika panjang tali adalah paling pendek.
(‘The swing of pendulum is the fastest if the length of string is the shortest.’)
Fikir! (‘think!’) :
Jawapan dalam bentuk ‘superlatif’ dan pilih sama ada nak menyatakan yang paling sedikit atau yang paling banyak.
(‘Answer in ‘superlative’ form and choose either the least or the most.’)


g) Apakah tujuan penyiasatan ini?
(‘State the purpose (aim) of this investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Untuk mengkaji hubungan di antara panjang tali dan bilangan ayunan lengkap dalam masa 10 saat
(‘To investigate the relationship between the length of string and the number of complete swings in 10 seconds.’)


h) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
 (‘What conclusion can be made from this investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah panjang tali, semakin berkurang kelajuan ayunan bandul.
(‘The length of string increases, the speed of the swings decreases.’)

Artikel ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA©imzaroncikgusains

11 ulasan:

  1. Assalam cikgu... jika kita jumpa soalan seperti ini, memang kita kena hafal jadual eksperimen tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak,jadual keputusan di atas telah diberi oleh soalan. Jadual mungkin berbeza mengikut soalan, kita cuma perlu melihat tren perubahannya sahaja, contohnya berapa bilangan berkurang pada setiap perubahan panjang tali.

      Padam
  2. Assalamualaikum, cikgu.. Mcm mne nk jawab soalan ni..ramalkan bacaan bagi panjang bandul 70 cm

    BalasPadam
    Balasan
    1. 70cm tidak mungkin,kerana 30cm merupakan panjang tali dengan ayunan paling sedikit iaitu 3 ayunan.

      Padam
  3. Mengapakah ayunan bandul boleh digunakan untuk nengukur masa

    BalasPadam
  4. Cg, apa yg Alan berlaku jika ketebalan bandul diubah

    BalasPadam
  5. Cikgu...apakah radas yang digunakan dalam penyiasatan ini
    ?

    BalasPadam