Jumaat, 28 Mei 2010

PERUBAHAN BENTUK – BENTUK TENAGA (‘Transformation of Energy’)

Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
(‘Energy Is Neither Created Nor Destroyed.’)

Apabila kita menggunakan tenaga, ia tidak hilang. Kita menukarkan ia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
(‘When we use energy, it doesn't disappear. We change it from one form of energy into another.’)

Tenaga bertukar bentuk atau mengalami transformasi bentuk, tetapi jumlah tenaga di dalam alam semesta tidak berubah.
(‘Energy changes form or we can say energy can be transformed, but the total amount of energy in the universe stays the same.’)

Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian daripada tenaga hilang sebagai tenaga haba.
(‘In reality, converting one form of energy into another form always involves a loss of useable energy. The rest of the energy is lost as heat.’)

Perubahan tenaga ini melibatkan satu hukum fizik yang dikenali sebagai Hukum Termodinamik. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
(‘The transformation of energy involves a law of physics that we called the Law of Thermodynamics. Click here for more informations.’)

Contoh – contoh perubahan tenaga.
(‘Examples of Transformation of Energy’)

Dalam setiap contoh yang diberi, tenaga bermula dengan satu bentuk dan bertukar kepada bentuk yang lain. Namun terdapat juga tenaga bertukar kepada lebih daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga paling akhir.
(‘In each example energy starts as one form and changes into another form. In some cases the energy might actually change into more than one form before the final energy out.’)

Aktiviti – aktiviti yang terlibat dengan perubahan tenaga.
(‘Activities involve of transformation of energy.’)

a) Menghidupkan lampu : Tenaga elektrik → tenaga cahaya
(‘Switching on the lights : Electrical energy → light energy.’)


b) Menyalakan lilin : Tenaga kimia → tenaga haba + tenaga cahaya
(‘Lighting a candle : Chemical energy → heat energy + light energy.’)


c) Kalkulator kuasa solar : Tenaga solar → tenaga elektrik → tenaga cahaya
(‘Using a solar powered calculator : Solar energy → electrical energy → light energy.’)


d) Menendang bola : Tenaga kimia → tenaga kinetik → tenaga haba
(‘Kicking a ball : Chemical energy → kinetic energy → heat energy.’)


e) Memanaskan air menggunakan cerek elektrik : Tenaga elektrik → tenaga haba
(‘Boiling water using electric cattle : Electrical energy → heat energy.’)


Peralatan - peralatan yang mengalami perubahan tenaga. Perubahan tenaga membuatkan hidup manusia lebih mudah dan cepat.
(‘Appliances that make use of energy transformation. Transformation of energy makes our work easier and faster.’)

a) Seterika elektrik : Tenaga elektrik → tenaga haba
(‘Electric iron : Electrical energy → heat energy.’)


b) Radio menggunakan sumber elektrik : Tenaga elektrik → tenaga bunyi
(‘Radio using electric power : Electrical energy → sound energy.’)


c) Kipas siling : Tenaga elektrik → tenaga kinetik + tenaga bunyi
(‘Ceiling fan : Electrical energy → kinetic energy + sound energy.’)


d) Dapur gas : Tenaga kimia → tenaga haba + tenaga cahaya
(‘Gas stove : Chemical energy → heat energy + light energy.’)


e) Televisyen : Tenaga elektrik → tenaga bunyi + tenaga cahaya
(‘Television : Electrical energy → sound energy + light energy.’)


f) Alat pengering rambut : Tenaga elektrik → tenaga kinetik → tenaga haba + tenaga bunyi
(‘Hairdryer : Electrical energy → kinetic energy → heat energy + sound energy.’)


g) Lampu suluh : Tenaga kimia → tenaga elektrik → tenaga cahaya
(‘Torch : Chemical energy → electrical energy → light energy.’)


Lihat video di bawah mengenai perubahan bentuk - bentuk tenaga :
(‘Watch the following video about the transformation of energy’)

Video ini menunjukkan eksperimen ringkas tentang perubahan bentuk tenaga.
(‘The following video shows an simple experiment about transformation of energy.’)



Video menunjukkan beberapa aktiviti yang melibatkan perubahan tenaga.
(‘Video shows about a few activities involving the transformation of energy.’)



Sumber rujukan : fi, eia

Pautan berkait :
PENGENALAN KEPADA TENAGA (‘INTRODUCTION TO ENERGY’)

32 ulasan:

  1. boleh x kalau tenaga haba berpindah jadi tenaga elektrik..jika ada apakah nama proses tersebut dan alat bantuan yg diperlukan ..emel sy di adamjengka@gmail.com

    sekadar bertanya untuk tambah pengetahuan dan untuk mereka bentuk alatan yg menjimatkan elektrik yg ada (green design)

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je klau tenaga haba tukar ke tenaga elektrik,cuba perhatikan macammana sistem solar berfungsi.fikirkan......klau salah yang lain bleh tlong btul kan...terima kasih...

      Padam
  2. kurang faham dengan tenaga kimia...
    dalam setiap benda ke ada tenaga kimia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. suzieye......tenaga kimia tiada didalam semua benda dan antara contoh-contoh tenaga kimia ialah makanan,bahan bakar dan bateri. tetapi kalau saya ada tersilap dalam memberi maklumat yang lain boleh tak tlong betulkan?terima kasih

      Padam
  3. Kalau lampu solar apa perubahan bentuk tenaganya ye?

    BalasPadam
  4. Kalau lampu solar apa perubahan bentuk tenaganya ye?

    BalasPadam
  5. https://en.wikipedia.org/wiki/Thermoelectric_generator
    Penjana termoelektrik , atau TEG (juga dikenali sebagai penjana Seebeck ) adalah peranti keadaan pepejal yang menukarkan haba ( perbezaan suhu) terus kepada tenaga elektrik melalui fenomena yang dipanggil kesan Seebeck (satu bentuk kesan termoelektrik ). Penjana termoelektrik berfungsi seperti enjin haba, tetapi kurang besar dan tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Walau bagaimanapun, TEGs biasanya lebih mahal dan kurang cekap.

    BalasPadam
  6. https://www.youtube.com/watch?v=6lMIL2ORnl0
    TRY THIS ! Free electricity from the sun WITHOUT solar
    How to use a solar powered sterling engine to power your home and more

    BalasPadam
  7. Apakah perubahan bentuk tenaga bagi orang yang sedang memanah?

    BalasPadam
  8. Apa perubahan tenaga bagi lelaki menembak anak panh?Bolh beritahu tak

    BalasPadam
  9. Baguslah,nota ni berkaitan dgn soalan yg diberi senang dibuat Abby are jawapan.

    BalasPadam
  10. Tak faham sangat tapi terima kasih😊😊

    BalasPadam
  11. apa perubahan bentuk tenaga bagi air terjun

    BalasPadam
  12. Kalau basikal yg sedang menaiki bukit,
    Apa perubahan bentuk tenaga

    BalasPadam
  13. Jika menyalakan mancis apa perubahan bentuk tenaga ye,harap jawab

    BalasPadam
  14. Kenape gordingkasikari ayam tahi merah tambah susu pekat uh

    BalasPadam