c) Tenaga bunyi (‘Sound energy’)
Kita perlukan tenaga bunyi untuk mendengar dan menghasilkannya apabila kita bercakap.
(‘We need sound energy to hear and produce it when we speak.’)
Bunyi terhasil apabila satu daya yang menyebabkan objek atau bahan untuk bergetar – tenaga dipindahkan menerusi bahan dalam bentuk gelombang.
(‘Sound is produced when a force causes an object or substance to vibrate - the energy is transferred through the substance in a wave.’)
Apabila satu objek bergerak dengan cepat, contohnya kepala drum, yang mana bahagian kulitnya bergerak ke atas dan ke bawah, ia memampatkan udara di sekitarnya. Udara kemudian mengembang, dan kemudian bertukar kepada udara bergerak. Udara bergerak kemudian terus ditolak dan memampatkan udara yang lain, dan seterusnya.
(‘When an object moves quickly, for example the head of drum, where its skin moves up and down, it compresses the air nearby. That air then expands, transforming into kinetic moving air. The moving air then pushes on and compresses other air, and so on down the chain.’)
Tenaga bunyi boleh bergerak menerusi pepejal, cecair dan gas. Tenaga bunyi tidak boleh bergerak menerusi keadaan vakum (tiada udara). Itu adalah sebab mengapa kita tidak boleh mendengar apa – apa semasa berada di Bulan atau di angkasa lepas.
(‘Sound energy can be spread through solids, liquids and gases. Sound energy cannot travel through a vacuum (no air). That is the reason why people cannot hear anything while on the Moon or in outer space.’)
Tenaga bunyi melibatkan pergerakan getaran objek. Oleh itu, tenaga bunyi dikategorikan di dalam tenaga kinetik.
(‘Sound energy involves the movement, vibration of object. So that, sound energy is categorized in kinetic energy.’)
d) Tenaga elektrik (‘Electrical energy’)
Tenaga elektrik terhasil daripada pergerakan cas – cas elektrik. Ia terdiri daripada zarah – zarah kecil dipanggil sebagai atom. Atom terdiri daripada zarah – zarah yang lebih kecil dipanggil elektron (bercas negatif), proton (bercas positif) dan neutron (cas neutral). Elektron mengorbit mengelilingi pusat, atau nukleus, seperti bulan mengorbit Bumi. Nukleus terdiri daripada neutron dan proton.
(‘Electrical Energy is the movement of electrical charges. Everything is made of tiny particles called atoms. Atoms are made of even smaller particles called electrons (which have negative charge), protons (which have positive charge), and neutrons (which have neutral charge). Electrons orbit around the center, or nucleus, of atoms, just like the moon orbits the earth. The nucleus is made up of neutrons and protons.’)
Sesetengah bahan, khususnya logam, mempunyai elektron tertentu yang sangat mudah disingkirkan daripada atomnya. Elektron tersebut boleh bergerak dari satu atom ke atom yang lain jika terdapat medan elektrik (daya elektrik) yang dikenakan kepadanya. Apabila elektron bergerak di antara jirim atom, cas elektrik terhasil lalu bergerak mengalir melalui wayar dan ini dikenali sebagai arus elektrik.
(‘Some material, particularly metals, have certain electrons that are only loosely attached to their atoms. They can easily be made to move from one atom to another if an electric field is applied to them. When those electrons move among the atoms of matter, electrical charges is created moving through a wire and this is called the current of electricity.’)
Voltan dalam litar elektrik adalah tenaga keupayaan yang boleh memulakan pergerakan pergerakan elektron. Kilat adalah contoh lain tenaga elektrik.
(‘The voltage in an electrical circuit is the potential energy that can start electrons moving. Lightning is another example of electrical energy.’)
Sumber – sumber tenaga elektrik antaranya ialah bateri (sel kering), stesen janakuasa (kuasa hidro), dan Matahari (tenaga suria). Tenaga elektrik diperlukan oleh peralatan elektrik untuk berfungsi.
(‘Several sources of electrical energy are batteries (dry cell), power stations (hydro power) and sunlight (solar energy). Electrical energy is needed to work many of the electrical appliances.’)
Tenaga elektrik melibatkan pergerakan elektron. Oleh itu, tenaga elektrik dikategorikan di dalam tenaga kinetik.
(‘Electrical energy is the movement of electrons. So that, electrical energy is categorized in kinetic energy.’)
e) Tenaga haba (‘Heat energy’)
Tenaga haba membuatkan objek menjadi panas. Jika lebih banyak haba dibekalkan kepada objek, objek itu akan menjadi lebih panas. Sebaliknya, jika tenaga haba dibebaskan daripada objek, ia akan menjadi sejuk.
(‘Heat energy causes an object to be hot. If more heat energy is given to an object, it gets hotter. In contrast, if heat energy is removed from an object, it becomes cold.’)
Tenaga haba boleh terhasil dengan cara pembakaran sebarang bahan bakar seperti kayu, arang batu atau petroleum.
(‘Heat energy can be produced by the burning of any fuel such as wood, coal or petroleum.’)
Sumber utama tenaga haba ialah Matahari.
(‘Our main source of heat energy is the Sun.’)
Tenaga haba adalah tenaga dalaman dalam sesuatu bahan – getaran dan pergerakan atom – atom dan molekul dalam bahan tersebut.
(‘Heat energy, is the internal energy in substances - the vibration and movement of the atoms and molecules within substances.’)
Pertimbangkan secawan kopi yang panas. Kopi itu dikatakan mengandungi tenaga haba. Suhu adalah ukuran berapa banyak tenaga haba yang terkandung dalam sesuatu. Semakin tinggi suhu, semakin laju pergerakan molekul – bergerak bebas dan bergetar.
(‘Consider a hot cup of coffee. The coffee is said to possess heat energy. Temperature is really a measure of how much heat energy something has. The higher the temperature, the faster the molecules are moving around and/or vibrating.’)
Tenaga haba melibatkan pergerakan atom dan molekul. Oleh itu, tenaga haba dikategorikan di dalam tenaga kinetik.
(‘Heat energy is the movement of molecules. So that, heat energy is categorized in kinetic energy.’)
f) Tenaga cahaya (‘Light energy’)
Tenaga cahaya membolehkan kita melihat sebarang objek di sekeliling kita. Kebanyakan objek yang kita lihat tidak menghasilkan cahaya. Objek – objek tersebut hanya memantulkan cahaya datang daripada sumber lain.
(‘Light energy enables us to see any object around us. Most objects that we see do not produce light. They only reflect light which comes from another source.’)
Sumber utama cahaya ialah Matahari dan bintang – bintang. Sesetengah haiwan dan tumbuhan juga boleh menghasilkan cahaya.
(‘Our main source of light is the Sun and the stars. Some animals and plants can also produce light.’)
Cahaya adalah pergerakan gelombang dan / atau zarah – zarah cahaya (foton). Ia terbentuk apabila atom – atom menerima tenaga kinetik yang banyak apabila dipanaskan lalu menghasilkan radiasi. Ini menyebabkan elektron melompat keluar daripada orbitnya dan memancar foton yang aktif bergerak.
(‘Light is the movement of waves and/or light particles (photons). It is usually formed when atoms gain so much kinetic energy from being heated that they give off radiation. This is often from electrons jumping orbits and emitting moving photons.’)
Tenaga cahaya melibatkan pergerakan zarah cahaya iaitu foton. Oleh itu, tenaga cahaya dikategorikan di dalam tenaga kinetik.
(‘Light energy involves the movement of light particles photons. So that, light energy is categorized in kinetic energy.’)
g) Tenaga kimia (‘Chemical energy’)
Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan di dalam ikatan atom dan molekul. Ia adalah tenaga yang mengikat zarah – zarah bersama. Bahan bakar seperti biojisim, petroleum, gas asli dan propana, dan juga makanan serta bateri adalah contoh – contoh tenaga kimia tersimpan.
(‘Chemical Energy is energy stored in the bonds of atoms and molecules. It is the energy that holds these particles together. Fuel such as biomass, petroleum, natural gas, and propane, and also food and batteries are examples of stored chemical energy.’)
Pembakaran makanan atau bahan bakar akan membebaskan tenaga kimia tersimpan dan menghasilkan tenaga haba.
(‘Burning of food or fuel resources will release the chemical energy stored in them and produce heat energy.’)
Tenaga kimia akan dibebaskan daripada makanan yang dimakan menerusi tindak balas kimia di dalam badan kita.
(‘Chemical energy will be released from the food that we eat through chemical reactions in our body.’)
Bahan kima dalam bateri mengandungi tenaga kimia yang bertukar kepada tenaga eletrik apabila bateri digunakan.
(‘The chemicals in batteries contain chemical energy which is changed to electrical energy when the batteries work.’)
Tenaga kimia merupakan tenaga yang tersimpan dalam sesuatu bahan. Oleh itu, tenaga kimia dikategorikan di dalam tenaga keupayaan.
(‘Chemical Energy is energy stored in something. So that, chemical energy is categorized in potential energy.’)
Lihat video di bawah mengenai bentuk - bentuk tenaga :
(‘Watch the following video about the forms of energy’)
a) Tenaga kinetik (‘Kinetic energy’)
b) Tenaga keupayaan (‘Potential energy’)
c) Tenaga bunyi (‘Sound energy’)
Gerak perlahan menunjukkan bunyi terhasil daripada getaran objek
(‘Time lapse showing that sound is produced by vibration of object’)
Bunyi dipindahkan melalui getaran udara
(‘Sound travels through air’)
d) Tenaga elektrik (‘Electrical energy’)
Struktur Asas Atom
(‘Basic Atomic Structure’)
e) Tenaga haba (‘Heat energy’)
f) Tenaga cahaya (‘Light energy’)
g) Tenaga kimia (‘Chemical energy’)
Tenaga dalam Makanan
(‘Energy in Food’)
Membuat Bateri Limau
(‘Create a Lemon Battery’)
Sumber rujukan : eia, edinformatics, school for champions, nmsea
Pautan berkait :
BENTUK – BENTUK TENAGA (‘Form of Energy’) ... bah. 1
PENGENALAN KEPADA TENAGA (‘INTRODUCTION TO ENERGY’)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan