Rabu, 26 Mei 2010

BENTUK – BENTUK TENAGA (‘Form of Energy’) ... bah. 1

Tenaga boleh dijumpai dalam beberapa bentuk. Ia amat berguna kepada manusia.
(‘Energy can be found in many forms. Energy benefits mankind.’)

Pelbagai acara dan aktiviti melibatkan penggunaan tenaga, seperti kereta mainan yang menggunakan kuasa bateri, gelang getah yang ditarik tegang, lilin yang menyala, telefon yang berdering dan banyak lagi.
(‘Various events involve energy usage, such as a moving battery operated toy car, a stretched rubber band, a burning candle, a ringing telephone and more.’)


Beberapa bentuk tenaga disenaraikan seperti di bawah :
(‘Some forms of energy are listed as follows’)
a) Tenaga kinetik (‘Kinetic energy’)
b) Tenaga keupayaan (‘Potential energy’)
c) Tenaga bunyi (‘Sound energy’)
d) Tenaga elektrik (‘Electrical energy’)
e) Tenaga haba (‘Heat energy’)
f) Tenaga cahaya (‘Light energy’)
g) Tenaga kimia (‘Chemical energy’)

Bentuk – bentuk tenaga ini boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu Tenaga Kinetik dan Tenaga Keupayaan. Tenaga – tenaga yang berada dalam kategori tenaga kinetik ialah tenaga bunyi, tenaga elektrik, tenaga haba dan tenaga cahaya. Tenaga kimia dikategorikan dalam tenaga keupayaan.
(‘Energy is found in different forms, and they can all be put into two categories which are kinetic and potential energy. Sound energy, electrical energy, heat energy and light energy are categorized in kinetic energy. Chemical energy is categorized in potential energy.’)

a) Tenaga kinetik (‘Kinetic energy’)

Suatu objek mengandungi tenaga apabila ia bergerak atau berputar. Tenaga suatu objek yang bergerak dipanggil sebagai tenaga kinetik.
(‘An object having energy when it is moving or rotating. The energy of a moving object is called kinetic energy.’)

Ciri - ciri tenaga kinetik adalah semakin bertambah jisim suatu objek, semakin bertambah tenaga kinetik yang terhasil. Dan juga, semakin laju suatu objek itu bergerak, semakin bertambah tenaga kinetik yang terhasil.
(‘The properties of kinetic energy are that the greater the mass of a moving object, the greater its energy will be. Also, the faster it goes, the greater its energy.’)

Tenaga kinetik adalah pergerakan – sama ada gelombang, atom, molekul, bahan dan objek yang bergerak.
(‘Kinetic energy is motion––of waves, electrons, atoms, molecules, substances, and objects.’)

Beberapa contoh aktiviti yang mempunyai tenaga kinetik ialah bola yang melantun, kuda yang berlari dan burung yang sedang terbang.
(‘Some other examples that have kinetic energy are a bouncing ball, a running horse and a flying bird.’)


b) Tenaga keupayaan (‘Potential energy’)

Tenaga keupayaan adalah tenaga tersimpan dan tenaga bergantung kepada kedudukan – tenaga graviti.
(‘Potential energy is stored energy and the energy of position - gravitational energy.’)

Ciri utama tenaga keupayaan ialah ia bergantung kepada kelajuan graviti Bumi dan kedudukan objek iaitu jarak ketinggian objek daripada lantai. Semakin jauh jarak objek dari lantai, semakin bertambah tenaga keupayaan yang terhasil.
(‘The properties of the potential energy are the acceleration of the gravity of the Earth and the position of the object that is the distance or height of the object from the floor. The further the distance between the object and the floor, the higher the potential energy will be.’)


Jika ada satu objek dipegang, yang terletak jauh dari lantai, ia mempunyai potensi (keupayaan) untuk mula bergerak, sekiranya kita melepaskannya. Daya graviti bertindak ke atas objek itu dan menarik objek itu ke bawah, memberikan ia tenaga keupayaan. Namun tenaga keupayaan tidak cukup untuk menggerakkan objek tersebut.
(‘If there is an object which is being hold a distance from the floor, it has the potential to start moving, once we let it go. The force of gravity actually is applied to it and is pulling on the object, giving it potential energy. Often there are forces acting on the object, but the forces aren't yet sufficient to move the object.’)

Jenis - jenis Tenaga Keupayaan
(‘Types of potential energy’)

Beberapa jenis tenaga keupayaan ialah :
(‘Common types of potential energy are’)
# Graviti (‘Gravitational’)
# Elastik (‘Elastic’)
# Kimia (‘Chemical’) – lihat di bah. 2 tajuk tenaga kimia (‘see section 2 about chemical energy’)

# Tenaga Keupayaan Graviti
(‘Gravitational potential energy’)

Objek yang berada di atas paras tanah mempunyai tenaga keupayaan bergantung kepada ketinggian di mana ia berada.
(‘An object held above the ground has a potential energy related to the height at which it is held.’)

Seketul batu yang berada di atas bukit mengandungi tenaga keupayaan graviti. Kuasa hidro, seperti air di dalam takungan pada empangan, juga merupakan contoh tenaga keupayaan graviti.
(‘A rock resting at the top of a hill contains gravitational potential energy. Hydropower, such as water in a reservoir behind a dam, is an example of gravitational potential energy.’)

# Tenaga Keupayaan Elastik
(‘Elastic potential energy’)

Apabila kita memampatkan satu spring, kita menghasilkan tenaga keupayaan. Semakin kuat spring itu dimampatkan, semakin besar tenaga keupayaan yang dihasilkan. Melepaskan spring tersebut akan menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik.
(‘When you compress a spring, you create potential energy. The harder the compression is, the greater the potential energy will be. Releasing the spring turns the potential energy into kinetic energy.’)


Apabila kita meregangkan satu gelang getah, kita menghasilkan tenaga keupayaan. Semakin jauh gelang itu diregangkan, semakin besar tenaga keupayaan yang dihasilkan.
(‘When you stretches a rubber band, you create potential energy. The further the extension is, the greater the potential energy will be.’)


Belon adalah contoh lain tenaga keupayaan elastik, di mana udara yang dimampatkan di dalam belon. Memecahkan belon dengan jarum akan menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik iaitu pergerakan molekul – molekul udara.
(‘A balloon is another example of elastic potential energy, where the air is compressed within the balloon. Breaking the balloon with a needle will turn the potential energy into kinetic energy of rapidly moving air molecules.’)


Apabila tali panah ditarik ke belakang, tali tersebut menyimpan tenaga iaitu tenaga keupayaan. Ini yang menyebabkan panah mempunyai tenaga untuk menolak anak panah ke hadapan apabila tali dilepaskan.
(‘When the string of a bow is pulled backwards, the string has stored energy which is potential energy. This is why the bow has the energy to shoot the arrow when the string is released.’)


Pautan berkait :
BENTUK – BENTUK TENAGA (‘Form of Energy’) ... bah. 2

PENGENALAN KEPADA TENAGA (‘INTRODUCTION TO ENERGY’)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan