Definisi tenaga (‘The definition of energy’)
Tenaga ialah kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.(‘Energy is the ability or power to do work.’)
Tenaga diperlukan :
(‘Energy is needed’)
a) oleh benda hidup untuk menjalankan proses kehidupan seperti bergerak, bernafas dan bertumbesaran,
(‘by living things to carry out life processes such as moving, breathing and growing,’)
b) untuk bergerak, mendidihkan, mencairkan atau melantunkan benda bukan hidup.
(‘to move, boil, melt or bounce non-living things.’)
Mengapa kita perlukan tenaga (‘Why We Need Energy’)
Tenaga memainkan peranan penting dalam kehidupan.
(‘Energy is an essential part of our daily lives.’)
Semua benda hidup memerlukan tenaga. Tumbuhan menggunakan tenaga cahaya daripada Matahari untuk tumbesaran.
(‘All living things need energy too. Plants use the light from the sun to grow.’)
Haiwan dan manusia memakan tumbuhan dan menggunakan tenaga (tenaga kimia) yang tersimpan di dalamnya. Makanan adalah bahan bakar bagi tubuh badan manusia seperti menggerakkan otot.
(‘Animals and people eat the plants and use the energy (chemical energy) that was stored. Food is fuel for our bodies' energy needs like muscle power.’)
Kita menggunakan tenaga untuk memperoleh cahaya dan pada peralatan elektrik. Bateri sebagai tenaga untuk membuatkan peralatan elektrik berfungsi.
(‘We use energy for lights and appliances. Batteries as energy for the electrical appliances to function.’)
Tenaga (bahan bakar) membuatkan kenderaan bergerak, kapal terbang boleh terbang, kapal laut belayar dan mesin berfungsi.
(‘Energy (fuel) makes our vehicles go, planes fly, boats sail, and machines run.’)
Tenaga terhasil daripada angin boleh digunakan untuk mengepam air dan mengisar jagung.
(‘Energy that is produced by the wind can be used to pump water and grind corn.’)
Tenaga daripada air boleh menjana tenaga elektrik untuk kegunaan harian.
(‘Energy from water can generate electricity for daily uses.’)
Sumber – sumber tenaga (‘Sources of Energy’)
Tenaga berasal daripada beberapa sumber, antaranya :
(‘Energy comes from several sources.’)
A. Matahari
– merupakan sumber tenaga paling utama (‘The Sun – the main energy source’)
B. Makanan (‘food’)
C. Bahan bakar (‘Fuels’)
D. Sel kering atau bateri (‘Dry cells or batteries’)
E. Angin (‘The wind’)
F. Air (‘Water’)
A. Matahari – merupakan sumber tenaga paling utama (‘The Sun – the main energy source’)
Matahari (tenaga solar) membekalkan tenaga haba dan cahaya.(‘Sun Power (solar energy) gives us heat and light energy.’)
Tumbuhan menggunakan cahaya Matahari bukan sahaja untuk mereka membesar, tapi untuk membuat makanannya sendiri, ini bermakna mereka mempunyai tenaga yang boleh disimpan.
(‘Plants use the sun’s energy not only to make them grow, but also to make their own food, that means plant has energy stores.’)
Kemudian, haiwan dan manusia memakan tumbuhan. Ini bermakna kita mendapat tenaga dengan cara memakan tumbuhan, memakan haiwan yang lain seperti lembu yang mempunyai tumbuhan yang telah dimakan.
(‘And then, animals and humans eat the plants. This means you get your energy from eating plants, or by eating other animals like cows which have fed off plants.’)
Apabila kita menjemur pakaian di luar di bawah cahaya Matahari, kita menggunakan haba daripada cahaya Matahari untuk mengeringkan pakaian tersebut.
(‘When we hang laundry outside to dry in the sun, we are using the sun's heat to dry our clothes.’)
B. Makanan (‘food’)
Tumbuhan boleh menukarkan tenaga cahaya (1) kepada tenaga kimia, (dalam bentuk ikatan molekul), menerusi satu proses yang dipanggil fotosintesis. Kebanyakan tenaga ini disimpan dalam bentuk molekul yang dipanggil karbohidrat.
(‘Plants can convert light energy (1) into chemical energy, (in molecular bonds), through a process known as photosynthesis. Most of this energy is stored in compounds called carbohydrates.’)
Apabila haiwan memakan tumbuhan hijau (2) mereka akan mengguna dan menyerap tenaga ini, yang disimpan sebagai tenaga kimia dalam bentuk lemak dan protein.
(‘When animals eat green plants (2) they consume and absorb some of this energy, which stored as chemical energy in compounds known as fats and protein.’)
Daripada lembu sebagai contohnya, manusia memperoleh susu dan daging lembu (3). Apabila manusia minum susu lembu dan makan daging lembu, badan manusia akan menukarkan tenaga yang disimpan dalam susu dan daging untuk tenaga untuk aktiviti seperti berlari, bermain dan aktiviti - aktiviti metabolisme yang lain (4). Ini bermakna manusia mendapat tenaga daripada Matahari.
(‘From cows, humans can get milk and beef (3). When we drink milk dan eat beef, our bodies convert the energy stored in the milk and the beef into energy for running, playing and important metabolic activities (4). We have become "solar powered"!’)
Oleh itu, semua benda hidup di muka Bumi ini mendapat tenaga daripada Matahari secara langsung atau tidak langsung. Tanpa Matahari, tumbuhan tidak boleh membuat makanannya sendiri dan semua benda hidup di Bumi akan mati.
(‘Therefore, directly or indirectly all living things get their energy from the Sun. Without the Sun, plants cannot make their food and all living things on the Earth will die.‘)
Adalah penting untuk perhatian bahawa setiap langkah dalam transformasi tenaga (di sepanjang laluan tenaga), hanya sedikit sahaja tenaga yang dipindahkan; kebanyakan tenaga hilang dalam setiap langkah sebagai tenaga haba.
(‘It is important to note that at each step in the energy transformation (along the energy path), only a little of the energy is actually transferred; most of the energy is lost at each step as heat.’)
C. Bahan bakar (‘Fuels’)
Bahan bakar adalah sebarang bahan yang boleh terbakar dan menghasilkan tenaga haba.
(‘A fuel is any material that burns to produce heat energy.’)
Contoh – contoh bahan bakar ialah kayu, petroleum, gas asli, arang dan arang batu.
(‘Examples of fuels are wood, petroleum, natural gas, charcoal and coal.’)
Apabila pokok – pokok ditebang dan kering, mereka digunakan sebagai kayu api atau arang.
(‘When trees are cut down and dried, they can be used for firewood or charcoal.’)
Selepas mati, haiwan dan tumbuhan mereput, mereka tertanam di dalam tanah. Selepas beberapa ribu tahun, mereka berubah menjadi arang, petroleum atau gas asli yang merupakan sumber tenaga.
(‘After dead animals and plants decay, they are buried underground. After thousands years, they were transformed into coal, petroleum or natural gas which are the source of energy.’)
Kayu dan arang batu digunakan untuk menghasilkan tenaga mekanikal, elektrik dan haba. Arang batu dilombong di bawah tanah berdekatan permukaan Bumi. Ia terbakar lalu menghasilkan haba.
(‘Wood and Coal are used to produce mechanical, electrical and heat energy. Coal is mined underground near the earth's surface. It is burned in its natural form to produce heat.’)
Arang batu juga boleh ditukarkan kepada bentuk cecair atau gas. Hidrogen ditambah bersama arang dan dipanaskan kemudian dikenakan tekanan tinggi untuk menghasilkan produk seakan minyak cecair dan gas.
(‘Coal can also be converted to a liquid or gas form. Hydrogen is added to a heated and pressurized mix of coal to produce an oil-like liquid or gaseous product.’)
Minyak (petroleum) dan gas digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik, mekanikal dan haba. Minyak dan gas dipam keluar dari perigi dalam ke dalam tanah di bawah laut. Kemudian ia disalurkan menerusi saluran paip untuk ditapis dan dibersihkan.
(‘Oil and Gas are used to produce electrical energy, mechanical energy, and heat energy. Oil and gas are pumped from wells deep in the ground and under the ocean. They are then sent through pipelines to be refined or cleaned.’)
D. Sel kering atau bateri (‘Dry cells or batteries’)
Bateri boleh menyimpan tenaga dalam bentuk tenaga kimia. Apabila disambungkan dalam litar, melalui tindak balas kimia, bateri boleh menghasilkan tenaga elektrik.
(‘Batteries can store energy in form of chemical energy. When connected in a circuit, through a chemical reaction, a battery can produce electricity.’)
Jika kita melihat pada sebuah bateri, ia mempunyai dua hujung atau kutub – terminal positif dan terminal negatif. Jika kita menyambungkan kedua – dua terminal itu dengan wayar, satu litar akan terbentuk. Elektron – elektron akan mengalir menerusi wayar dan arus elektrik akan terbentuk.
(‘If you look at a battery, it will have two ends -- a positive terminal and a negative terminal. If you connect the two terminals with wire, a circuit is formed. Electrons will flow through the wire and a current of electricity is produced.’)
Di dalam bateri, tindak balas antara bahan – bahan kima akan berlaku. Tetapi tindak balas hanya berlaku jika terdapat pengaliran elektron. Bateri boleh disimpan dalam jangka masa yang lama dan masih berfungsi kerana proses kimia tidak akan dijanakan sehingga elektron mengalir dari terminal negatif ke terminal positif menerusi litar.
(‘Inside the battery, a reaction between the chemicals takes place. But reaction takes place only if there is a flow of electrons. Batteries can be stored for a long time and still work because the chemical process doesn't start until the electrons flow from the negative to the positive terminals through a circuit.’)
Terdapat dua kategori bateri, iaitu sel kering dan sel basah.
(‘There are two categories of battery such as dry battery and liquid battery.’)
Beberapa jenis bateri dalam kategori sel kering ialah :
(‘Some of the more common types of batteries, in dry battery category are’)
Bateri Zink–karbon atau bateri biasa karbon – Zink dan karbon biasa digunakan dalam semula bateri sel kering biasa AA, C dan D.
(‘Zinc-carbon battery or standard carbon battery - Zinc and carbon are used in all regular or standard AA, C and D dry-cell batteries.’)
Bateri Alkali – biasa digunakan pada bateri Duracell dan Energizer.
(‘Alkaline battery - Used in Duracell and Energizer.’)
Bateri Litium – biasa digunakan pada kamera untuk menyalakan mentol pemancar.
(‘Lithium battery - These batteries are used in cameras for the flash bulb.’)
Bateri Litium-Ion – Bateri ini dijumpai dalam computer riba, telefon bimbit dan lain – lain peralatan boleh alih. Bateri jenis ini boleh dicas semula.
(‘Lithium-ion battery - These batteries are found in laptop computers, cell phones and other high-use portable equipment. These type of batteries are rechargeable.’)
Bateri Tembaga-Kadmium atau NiCad – Elektrodnya ialah nikel-hidroksida dan cadmium. Elektrolitnya ialah kalium-hidroksida. Bateri jenis ini boleh dicas semula.
(‘Nickel-cadmium or NiCad battery - The electrodes are nickel-hydroxide and cadmium. The electrolyte is potassium-hydroxide. These type of batteries are rechargeable.’)
Contoh jenis bateri dalam kategori sel basah ialah :
(‘Example of types of batteries, in liquid battery category is’)
Bateri Plumbum-asid – Atau dikenali sebagai akumulator. Bateri ini digunakan dalam kenderaan. Elektrodnya diperbuat daripada plumbum dan plumbum oksida dan asid sebagai elektrolitnya.
(‘Lead-acid battery – Or we called it accumulator. These are used in automobiles. The electrodes are made of lead and lead-oxide with a strong acid as the electrolyte.’)
E. Angin (‘The wind’)
Angin adalah udara yang bergerak.
(‘The wind is moving air.’)
Angin telah digunakan beberapa ratus tahun yang lalu untuk membantu kapal belayar dan kincir angin untuk mengepam air bagi tujuan pengairan.
(‘Wind has been used for hundreds of years to help ships sail and turn windmills to pump water for irrigation.’)
Angin boleh membantu untuk melakukan kerja. Tenaga kinetik angin boleh ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain, sama ada tenaga mekanikal atau tenaga elektrik.
(‘Wind can be used to do work. The kinetic energy of the wind can be changed into other forms of energy, either mechanical energy or electrical energy.’)
Tenaga yang dihasilkan oleh angin bergantung kepada kelajuan angin. Semakin laju angin bertiup, semakin banyak tenaga dihasilkan.
(‘The energy produced by the wind depends on the speed of the wind. The faster the wind blows, the more the energy produced.’)
Apabila sebuah kapal mula belayar, ia memerlukan tenaga angin untuk menolaknya di atas permukaan air. Ini merupakan satu bentuk kerja.
(‘When a boat lifts a sail, it is using wind energy to push it through the water. This is one form of work.’)
Petani telah menggunakan tenaga angin selama beberapa tahun untuk mengepam air dari perigi menggunakan kincir angin.
(‘Farmers have been using wind energy for many years to pump water from wells using windmills.’)
Angin juga digunakan untuk memusingkan batu pengisar untuk mengisar gandum atau biji jagung.
(‘Wind is also used to turn large grinding stones to grind wheat or corn.’)
Angin juga digunakan untuk menghasilkan elektrik. Angin yang bertiup akan memusing bilah kipas pada turbin angin.
(‘The wind is also used to make electricity. Blowing wind spins the blades on a wind turbine.’)
Bilah kipas akan menggerakkan gandar yang disambungkan pada generator yang akan menghasilkan tenaga elektrik.
(‘The blades of the turbine are attached to a turning shaft. The shaft is attached to a generator which turns a generator that makes electricity.’)
Setelah elektrik dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin akan dikumpulkan dan dihantar ke transformer. Voltan akan ditambahkan untuk dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi.
(‘Once electricity is made by the turbine, the electricity from the entire wind farm is collected together and sent through a transformer. There the voltage is increase to send it long distances over high power lines.’)
F. Air (‘Water’)
Air yang bergerak atau air terjun menghasilkan tenaga.
(‘Moving or falling water produces energy.’)
Tenaga air (kuasa hidro) boleh menghasilkan tenaga mekanikal dan elektrik.
(‘Water Power (hydropower) can produce mechanical and electrical energy.’)
Empangan hidroelektrik digunakan untuk menakung sungai membentuk tasik atau takungan air. Apabila air mengalir ke bawah ia disalurkan ke turbin atau roda air. Daya pergerakan air memusing turbin atau roda, yang mana memusingkan generator untuk menghasilkan elektrik.
(‘Hydroelectric dams are used to contain flowing river water forming lakes and reservoirs. As water flows downhill it is channelled to a turbine or water wheel. The force of the flowing water turns the turbine or wheel, which turns a generator to make the electricity.’)
Kuasa air telah digunakan beberapa ratus tahun untuk menghasilkan tenaga mekanikal untuk mengisar, mengepam dan menggerakkan mesin.
(‘Water power has been used for hundreds of years to create mechanical energy for grinding, pumping and running machinery.’)
Pautan berkait :
TENAGA DAN SUMBER TENAGA (‘Energy and the sources of energy’)... bah 2
PENGENALAN KEPADA TENAGA (‘INTRODUCTION TO ENERGY’)
*Senarai rujukan sila lihat bahagian 2 entri ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terima kasih kepada Cikgu di atas kesanggupan berkongsi nota-nota Sains di dalam laman blog ini. Sebagai guru baru saya mendapati ini banyak membantu, lebih2 lagi murid2 saya memang ramai yang lemah dalam subjek ini lantaran buku teks mereka di dalam BI...hampir separuh dari mereka gagal kerana keliru dan tidak faham walaupun soalan mudah dan ini menyedihkan saya. saya ingin buat segala yang termampu untuk menolong mereka lebih mahir dlm subjek ini, malah sebagai seorang guru yang bukan opsyen sains...ini memang cabaran buat saya.
BalasPadam