(‘Competition is a form of interaction among
living things... Competition factors among plants’)
PERSAINGAN UNTUK AIR (‘Competition
for water’)
#
Tumbuhan memerlukan air yang mencukupi
untuk membolehkan ia melakukan proses pembuatan makanannya sendiri. Proses
pembuatan makanan ini dikenali sebagai proses fotosintesis.
(‘Plants need enough/sufficient water for it
to undergoing a manufacturing own food process. This kind of process we call it
photosynthesis process.’)
#
Jika tumbuhan mendapat air berlebihan, tumbuhan boleh mengalami kelemasan dan
akhirnya layu dan mati.
(‘If the plant receives excessive water, the
plant may suffocate, wilt and finally die.’)
Video
menunjukkan kepentingan air kepada tumbesaran tumbuhan.
PERSAINGAN UNTUK RUANG
(‘Competition for space’)
#
Jika lebih banyak tumbuhan di dalam suatu kawasan, persaingan di dalam kawasan
tersebut menjadi sangat tinggi. Atau lain perkataan, semakin banyak bilangan tumbuhan dalam suatu kawasan, semakin tinggi
persaingan berlaku untuk mendapatkan sumber – sumber yang terhad.
(‘If more plants grow in an area, this
competition in that area gets more intense. Or in other words, the more the
number of plants in an area, the more the competition is in order to obtain
enough resouces.’)
# Atau persaingan juga
menjadi lebih hebat di dalam hutan kerana tumbuhan – tumbuhan tumbuh berdekatan
antara satu sama lain. Tumbuhan tidak boleh tumbuh dengan sihat pada kawasan
yang terhad.
(‘Or
competition also is greater in a jungle
because many different plants grow closer together. Plants cannot grow well in
limited space.’)
#
Sebagai contoh, persaingan antara tumbuhan adalah lebih tinggi di dalam hutan
berbanding di padang atau kawasan lapang.
(‘For example, competition among plants is
more intense in a forest than in a field.’)
Video
menunjukkan kepentingan ruang kepada tumbesaran tumbuhan.
PERSAINGAN UNTUK
NUTRIEN (‘Competition for nutrient’)
#
Tumbuhan memerlukan nutrien yang
mencukupi untuk membesar dengan sihat. Nutrien diperolehi selalunya dari tanah.
Nutrien melarut ke dalam air tanah dan diserap oleh tumbuhan melalui akar.
(‘Plants need enough nutrients for healthy
growth.The plants get nutrients mainly from the soil. The nutrients dissolve in
soil water and are absorbed by the plants through the roots.’)
#
Nutrien juga boleh diperolehi daripada baja sama ada baja asli (organik) atau
baja buatan (tidak organik).
(‘Nutrients can also be obtained from the
fertilizers wheather organic or in-organic fertilizers.’)
Video
menunjukkan kepentingan nutrien kepada tumbuhan.
(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’)
PERSAINGAN UNTUK PASANGAN (‘Competition for a mate’)
# Berlaku pada musim mengawan, haiwan jantan dewasa akan bersaing untuk mendapatkan haiwan betina sebagai pasangan.
(‘Occur in the mating season, adult male animals will compete for female animals as mating partners.’)
# Persaingan untuk pasangan berlaku antara haiwan – haiwan daripada spesis yang sama.
(‘Competition for mate occurs among the same species of animals.’)
# Haiwan perlu mencari pasangan untuk memastikan kemandirian spesisnya.
(‘Animals need to mate to ensure the survival of their species’)
# Haiwan yang kuat akan menang dan mendapat pasangan dan haiwan yang kalah perlu mencari pasangan yang lain.
(‘The strong and winning animal will get a mate and the losing animal need to look for other female for a mate.’)
Dua ekor kucing jantan bersaing bagi merebut kucing betina sebagai pasangan.
(‘Two male cats will fight each other for a female cat to mate with.’)
Dua ekor rusa jantan bergaduh bagi merebut rusa betina.
(‘Male deer fighting over a female’)
Video menunjukkan persaingan antara dua rusa jantan bagi mendapatkan rusa betina.
(‘Video shows two male deers fighting for a mate.’)
Video menunjukkan persaingan antara dua zirafah jantan bagi mendapatkan zirafah betina.
(‘Video shows two male giraffes fighting for a mate.’)
PERSAINGAN UNTUK WILAYAH ATAU RUANG (‘Competition for territory or space’)
# Haiwan juga perlu menguasai ruang kawasan yang boleh membekalkan mereka dengan makanan, air, tempat perlindungan dan juga tempat untuk membiak.
(‘Animals also need to be in control of certain territory that provides them with food, water, shelter and place for reproduce.’)
# Wilayah ialah ruang hidup yang dipertahan oleh haiwan atau sekumpulan haiwan.
(‘Territory is a living space that defend by an animals or a group of animals.’)
# Persaingan untuk wilayah atau ruang menjadi lebih hebat jika ruang menjadi terhad.
(‘Competition for territory or space will be greater if there is limited space.’)
# Persaingan berlaku apabila haiwan atau sekumpulan haiwan sedang mencari kawasan baru sebagai wilayahnya atau mempertahankan wilayahnya sendiri.
(‘Competition occurs when an animals or a group of animals are looking for a new territory or defending their own territory.’)
# Haiwan – haiwan yang mempunyai wilayah selalunya menandakan wilayahnya dengan cara – cara tertentu agar haiwan lain tidak menceroboh wilayah mereka.
(‘These animals usually mark their territory in a certain way to keep other animals out of their territory.’)
# Sebagai contoh, kucing dan anjing menandakan wilayah mereka dengan membuat tanda berbau.
(‘For example, cats and dogs claim their territory by making scent marks.’)
Seekor anjing akan menyerang anjing lain yang memasuki wilayah mereka – SPESIS SAMA.
(‘A dog will attack another which enters its territory - SAME SPECIES.’)
Dua ekor burung bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS SAMA.
(‘Two birds are fighting over territory or space. – SAME SPECIES’)
Seekor burung dan seekor tupai bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS BERLAINAN.
(‘A bird and a squirrel are fighting over territory or space – DIFFERENT SPECIES’)
Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau dan bagaimana ia menandakan kawasannya.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, a tiger and how she marks her territory.’)
Video di bawah menunjukkan semut – semut dari koloni yang berbeza bergaduh mempertahankan wilayah mereka – SPESIS SAMA.
(‘A video shows about ants come from different colony fighting defending their territory - SAME SPECIES.’)
Video di bawah menunjukkan seekor harimau menyerang harimau kumbang yang memasuki wilayahnya – SPESIS BERLAINAN.
(‘A video shows about a tiger attacked a cheetah because the cheetah entered her territory – DIFFERENT SPECIES.’)
PERSAINGAN UNTUK TEMPAT BERTEDUH (‘Competition for shelter’)
# Tempat perlindungan sangat penting bagi haiwan untuk melindungi diri mereka daripada hujan, terik Matahari (cuaca) dan kedaaan yang berbahaya lebih lagi daripada pemangsa mereka.
(‘Shelter is very important for animals to protect themselves from rain, the Sun (weather) and danger especially from their predator.’)
# Persaingan berlaku apabila haiwan sedang mencari tempat perlindungan atau mempertahankan tempat perlindungan mereka sendiri.
(‘Competition occurs when animals are looking for shelter or defending their own shelter.’)
# Dalam persaingan untuk tempat perlindungan, haiwan yang kuat menang dan kemudian menguasai tempat perlindungan tersebut, manakala haiwan yang kalah (selalunya haiwan yang lebih lemah) perlu pergi ke tempat lain mencari tempat perlindungan lain.
(‘In competiiton for shelter, the strong animals win and then conquer the shelter, whereas the losing animals (usually the weaker animals) need to find other shelter.’)
Beruang akan bersaing sesama sendiri untuk menguasai gua sebagai tempat perlindungan – SPESIS SAMA.
(‘Bear compete with each other to conquer a cave for shelter – SAME SPECIES’)
Serigala bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat perlindungan – SPESIS SAMA.
(‘Wolves compete with each other for a shelter – SAME SPECIES’)
(‘Some Animals Live In Groups and Others Live
In Solitude/Solitary Animals’)
Kelebihan Bagi Haiwan
Yang Hidup Berkumpulan
(‘Advantages For Animals That Live In Group.’)
Kita
boleh lihat KERJASAMA YANG KUAT dalam
koloni semut di mana terdapat pembahagian tugas yang jelas di kalangan
semut – semut.
(‘We can see a strong cooperation in an ant
colony whereby the division of labour among the ants is very apparent.’)
Terdapat
tiga jenis semut dalam satu koloni semut. Setiap jenis semut mempunyai tugas
yang spesifik.
(‘There are three kinds of ants in a colony.
Each kind of ants has a specific job’)
1.
Permaisuri – menghabiskan masa
hidupnya bertelur.
(‘The Queen – spends her life laying eggs’)
2.
Pekerja – mengumpulkan makanan untuk
ahli – ahli dalam koloni, mempertahan koloni dan membesarkan sarang.
(‘Workers – collect food and feed members in
the colony, defend the colony and enlarge the nest.’)
3.
Tentera – mempertahan koloni
daripada serangan musuh, daripada koloni yang lain.
(‘Soldiers – defend the colony and raid other
colony’)
Antara
contoh lain KERJASAMA antara haiwan ialah :
(‘Other examples of COOPERATION among animals
are’)
#
Sekoloni lebah bekerjasama membina sarang lebah (BEKERJASAMA MEMBINA TEMPAT
BERTEDUH).
(‘A
colony of bees building their beehive together (COOPERATION FOR BUILDING SHELTER)’)
#
Sesetengah spesis ikan membentuk bentuk ikan yang lebih besar – contoh
sekumpulan ikan tuna (BEKERJASAMA UNTUK KESELAMATAN - MELINDUNGI ANTARA SATU
SAMA LAIN DARIPADA MUSUH)
(‘Some species of fish that make a pattern of
a big fish – example, a school of tuna fish (COOPERATION FOR SAFETY – PROTECT
THEMSELVES FROM ENEMIES)’)
Klik
disini untuk melihat gambar – gambar kumpulan ikan
(‘click here to see some picture of school of
fish’)
#
Sekumpulan kuda belang membentuk corak kuda belang yang lebih besar atau
menggunakan belangnya untuk menyorok di dalam belukar (BEKERJASAMA UNTUK
KESELAMATAN - MELINDUNGI ANTARA SATU SAMA LAIN DARIPADA MUSUH)
(‘A herd of zebras forming the pattern of a
bigger zebra or use their stripes hiding in the bushes (COOPERATION FOR SAFETY
– PROTECT THEMSELVES FROM ENEMIES)’)
#
Sekumpulan gajah berjalan bersama (BEKERJASAMA UNTUK KESELAMATAN - MELINDUNGI
ANTARA SATU SAMA LAIN DARIPADA MUSUH)
(‘Walking in groups (COOPERATION FOR SAFETY –
PROTECT THEMSELVES FROM ENEMIES)’)
Video
di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu sekoloni
semut yang bekerjasamamencari
makanan.
(‘The following video shows an example of
animal that live in group, a colony of ants and how they cooperated together to
look for food.’)
Video
di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu sekoloni
semut yang bekerjasama membina tempat tinggal mereka iaitu busut semut.
(‘The following video shows an example of animal
that live in group, a colony of ants and how they built their anthill.’)
Video
di bawah menunjukkan busut semut yang ditinggalkan dan para saintis mengkaji
betapa hebatnya semut membina busut mereka.
(‘The following video shows an abandoned
anthill and the scientist studied the amazing inside of the anthill.’)
Video
di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu sekumpulan
singa dan cara mereka memburu makanan.
(‘The following video shows an example of
animal that live in group, a group of lion and how they hunt for food together.’)
Video
di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu sekumpulan
kerbau dan cara mereka melindungi diri mereka daripada pemangsa.
(‘The following video shows an example of
animal that live in group, a group herd of buffaloes and how they protect
themselves from predator.’)
Video
di bawah menunjukkan seekor harimau kumbang (cheetah) cuba untuk menangkap
seekor ‘wildebeest’ – sejenis haiwan
yang terdapat di Afrika, tetapi haiwan itu menggunakan kaedah larian yang
mengelirukan untuk melepaskan diri.
(‘The following video shows a cheetah try to
catch a wilderbeest, but the wildebeest managed to escape by running in
different direction to confuse the cheetah.’)
CONTOH – CONTOH DI
ATAS MERUPAKAN INTERAKSI SECARA KERJASAMA ANTARA HIDUPAN - HIDUPAN YANG SAMA
SPESIS. INTERAKSI SECARA KERJASAMA JUGA BOLEH BERLAKU ANTARA HIDUPAN – HIDUPAN
YANG BERLAINAN SPESIS.
(‘Examples above are some interaction
involving cooperation among living things in the same species. Interaction
involving cooperation may happened among the living things in different species’)
Contoh
(‘example’)
Ikan
badut dan ‘anemone’ (‘Clownfish and anemone’)
Ikan
badut memakan hidupan kecil yang boleh mengancam ‘anemone’, dan ‘anemone’
mempunyai tentakel bersengat melindungi ikan badut daripada pemangsanya dan
mereka berkongsi makanan ikan kecil yang dicerna oleh ‘anemone’.
(‘The clownfish feeds on small invertebrates
which otherwise potentially could harm the sea anemone, and in turn the
stinging tentacles of the anemone protect the clownfish from its predators, and
anemone digests dead fish and clownfish gets a share.’)
Kerbau
dan burung gembala kerbau (‘Buffalo and
oxpecker’)
Burung
gembala kerbau makan pijat dan lintah pada bahagian kulit kerbau dan kerbau
bersih
(‘Oxpecker eats ticks and leeches in cracks of
buffalo’s skin and buffalo gets cleaned’)
Mengapa Ada Haiwan
Yang Hidup Secara Menyendiri.
(‘Why there are animals that live in solitary.’)
Video
di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu panda gergasi.
(‘The following video shows an example of
animal that live in solitary, giant panda.’)
Video
di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau bintang dan bagaimana ia memburu
makanan.
(‘The following video shows an example of
animal that live in solitary, a leopard and how she hunt for her food.’)
Video
di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu burung helang dan bagaimana dia memburu
makanan.
(‘The following video shows an example of
animal that live in solitary, an eagle and how she hunt for her food.’)
Video
di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu burung hantu dan bagaimana ia memburu
makanan.
(‘The following video shows an example of
animal that live in solitary, an owl and how she hunt for her food.’)
Video
di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau
dan bagaimana ia menandakan kawasannya.
(‘The following video shows an example of
animal that live in solitary, a tiger and how she marks her territory.’)
Hidupan yang ada di
muka Bumi saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mengekalkan
keseimbangan ekosistem. Haiwan dan tumbuhan yang hidup dalam suatu habitat yang
sama berhubung antara satu sama lain.
Sebagai contoh,
hubungan makanan antara hidupan seperti pemangsa dan mangsa merupakan interaksi
yang berlaku antara hidupan.
Jika kita lihat di sekeliling kita, alam
dunia ini bukan sahaja dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan sahaja.
Terdapat pelbagai makhluk ciptaan tuhan yang berkongsi Bumi kita ini. Bumi
merupakan satu – satunya planet yang boleh dihuni oleh hidupan kerana ia
mempunyai air dan udara.
Dari yang sebesar – besar ikan paus yang
hidup di lautan dan sekecil – kecil virus yang tidak boleh dilihat oleh mata
kasar. Mikroorganisma merupakan hidupan yang seni dan halus. Memerlukan kanta
pembesar dan mikroskop elektron untuk mengkaji mikroorganisma ini.
Dalam tajuk mikroorganisma ini, kita akan melihat
jenis sehinggalah fungsi mikroorganisam itu dalam kehidupan kita. Bagaimana
hidupan sekecil – kecil ini boleh mempengaruhi hidupan lain. Berikut merupakan
tajuk yang dibincangkan dalam topik MIKROORGANISMA. MIKROORGANISMA – Jenis MIKROORGANISMA – Proses Hidup MIKROORGANISMA – Faktor Pertumbuhan Selamat membaca!
Mikroorganisma
memerlukan keadaan – keadaan tertentu untuk bertumbuh. Keadaan – keadaan
tersebut ialah suhu yang sesuai, kehadiran udara, keadaan keasidan yang sesuai,
kehadiran air dan nutrien (sumber makanan).
Faktor
– faktor yang menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma boleh diringkaskan kepada
suhu, udara, keasidan, air dan nutrien.
SUHU YANG SESUAI
Setiap
spesies mikroorganisma memerlukan suhu yang sesuai untuk bertumbuh. Suhu yang
sesuai atau dipanggil sebagai suhu
optimum pertumbuhan adalah berbeza – beza mengikut spesies mikroorganisma. Kebanyakan suhu optimum pertumbuhan bagi mikoorganisma
(kadar pertumbuhan mikroorganisma paling cepat) adalah antara julat 20°C hingga 50°C. Rujukan di sini, midlandstech, dan di sini, textbookofbacteriology.
KEHADIRAN UDARA
Mikroorganisma
memerlukan udara sama ada untuk menjalankan proses respirasi (pernafasan) bagi
menjana tenaga, untuk menyebarkan spora atau medium untuk berpindah dari satu
perumah ke perumah yang lain.
Keadaan keasidan
makanan penting untuk pertumbuhan mikroorganisma (bakteria). Keasidan diukur
atau dikenali sebagai skala pH yang julatnya antara 0 hingga 14, di mana pH 7.0
adalah neutral, pH kurang dari 7.0 adalah berasid dan pH lebih dari 7.0 adalah
beralkali.
(‘The acidity of a food is also important for
bacterial growth. Acidity is measured using what is known as the pH scale which
goes from 0 to14, where pH 7.0 is neutral, a pH less than 7 is acidic and a pH
greater than 7.0 is basic or alkaline.’)
Makanan yang
mempunyai pH hampir dengan 7.0 adalah sangat ideal bagi pertumbuhan
mikroorganisma (bakteria). Setiap mikroorganisma mempunyai pH pertumbuhan
minimum, optimum dan maksimum. Julat pertumbuhan optimum adalah 6.0 hingga 7.5,
tetapi pertumbuhan boleh berlaku perlahan pada paras pH yang lebih rendah atau
lebih tinggi. pH pada 4.6 dan di bawah atau pada pH melebihi 11 akan mencegah
pertumbuhan patogen (mikroorganisma membawa kerosakan).
(‘Foods with a pH close to 7.0 are ideal for
most bacterial growth. Every microorganism has a minimum, optimum and maximum
pH for growth. The optimum growth range is about 6.0 to 7.5, but growth can
occur slowly at lower or higher pH levels. A pH of 4.6 and below or a pH above
11 will prevent pathogen growth.’)
Bakteria
mengandungi 80 hingga 90 peratus air. Jadi ia merlukan air untuk terus hidup.
(‘Bacteria are about 80 to 90 percent water.’)
Rujukan
: scienceclarified Semua
mikroorganisma (bakteria) memerlukan kelembapan atau air untuk bertumbuh dan
membiak. Mikroorganisma (bakteria) memerlukan air untuk mendapatkan makanan dan
untuk menyingkirkan bahan kumuh.
(‘All bacteria need moisture, or water, in a
"useable" or "available" form to grow and reproduce.
Bacteria use the water to take in food and to remove unwanted waste products.’)
Makanan merupakan
keperluan penting bagi SEMUA organisma termasuk mikroorganisma. Mikroorganisma
(bakteria) memerlukan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk
bertumbuh.
(‘Food is essential for ALL living organisms.
Bacteria need protein, carbohydrates, vitamins and minerals - just like we do.’)
Rujukan
: seafoodhaccp Sila
lihat video di bawah untuk melihat pertumbuhan dari beberapa spesies mukor.
Sila
lihat video di bawah bagaimana untuk membiak bakteria (mikroorganisma). Bakteria
ada di mana – mana.
Blog ini dibuat bagi memperbanyakkan lagi rujukan Sains secara atas talian bagi pelajar - pelajar sekolah dan juga guru. Topik - topik yang ada merangkumi topik - topik sukatan pembelajaran di sekolah. Kandungan blog ini lebih kepada kompilasi maklumat samaada artikel mahupun video untuk memberikan lebih kefahaman. Ia diharap dapat membantu dan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja untuk memahami Sains.
Saya merupakan seorang pendidik dalam bidang Sains di salah sebuah sekolah di Ampang, Selangor. Pernah bercuti panjang ke luar negara dari tahun 2008 sehingga 2010, di Dundee Scotland untuk menimba pengalaman.Redha, sentiasa memaafkan, bersyukur dengan ni'mat dikurniakan dan sabar dalam menghadapi segala perkara menjadi pegangan hidup.
Buat sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh selagi mana ia betul dan memberi kebaikan. Selagi kudrat ini kuat untuk melaksanakan sendiri sesuatu perkara, lakukannya sendiri.