Ahad, 28 Ogos 2011

KELAS BIMBINGAN TUISYEN CIKGU AZMI SAINS DAN MATEMATIK UPSR

‘KELAS, BIMBINGAN, TUISYEN, AMPANG, SEKOLAH, RENDAH, KEBANGSAAN, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH KEBANGSAAN, SCIENCE, MATHEMATICS, SAINS, MATEMATIK, SKOR, A, A, CEMERLANG, BERJAYA, MARKAH, PERATUS, 100%, 4, 5, 6, TAHUN 4, DARJAH 4, TAHUN 5, DARJAH 5, TAHUN 6, TAHUN 2019, 2020, TAHUN 2019, TAHUN 2020, TAHUN ENAM, DARJAH 6, UPSR, CALON UPSR 2020, UPSR 2020, KSSR, DSKP, KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH, DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN, KSSR SEMAKAN



JANGAN LEPASKAN PELUANG... BERTINDAK SEKARANG.

Selasa, 23 Ogos 2011

CAWAN BOLA KERTAS

(‘Paper Ball Cup’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Aktiviti ini melibatkan graviti. Ia juga melibatkan koordinasi tangan-mata dan menggalakkan pembelajaran kira-kira.
(‘This activity is to help pre-school learn about gravity. It also involves hand-eye coordination and encourages to learn to count.’)

2. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)
- Renyukkan kertas A4 kitar semula untuk membuat bola kertas.
(‘Crumple a used A4 paper to make a paper ball’)
- Reben 40 cm
(‘40cm ribbon’)
- Sebuah mug
(‘A mug’)


3. Ikat reben pada bola kertas. Biarkan bola luar dari mug
(‘Tie the ribbon to the paper ball. Let the ball out of the mug.’)

4. Hayunkan bola ke belakang dan ke hadapan secara perlahan. Kemudian hayunkan ke atas dan cuba untuk tangkap bola itu dengan mug.
(‘Swing the ball backward and forward slowly. Then swing it up and try to catch it
with the mug.’)

5. Lihat berapa kali anda boleh menangkap bola itu
(‘See how many times you can catch the ball in the mug.’)

6. Tanyakan soalan : “Mengapa bola itu jatuh ke bawah?” dan “Bagaimana bola itu boleh masuk dalam mug?”.
(‘Ask questions: “Why did the ball fall?” and “How did the ball get into the mug?”’)


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)
Ini merupakan kesan daya graviti. Dengan membalingkan bola ke atas, ia akan bergerak melawan graviti tetapi ia akan tetap jatuh disebabkan oleh graviti menariknya.
Untuk memasukkan bola itu ke dalam kertas, anda perlu menggunakan koordinasi tangan-mata dan cuba gerakkan mug menggunakan tangan anda pada lokasi yang betul, sebelum bola itu jatuh.
(‘Gravity affects everything. By throwing the ball up, it goes against the gravity but it will still fall due to gravity pulling it back.
To get the ball into the mug, you will need to use your hand-eye coordination and try to move the mug using your hand to the right location, right before the ball falls.
’)

Sumber : petrosains snackbook

RINGGIT LOMPATAN ARNAB

(‘Ringgit Bunny Hop’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Aktiviti ini adalah mengenai kestabilan dan pusat graviti
(‘This activity is about stability and centre of gravity.’)

2. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)

*Sukarelawan, duit ringgit.
(‘A volunteer, any amount of money.’)

3. Letak duit ringgit secara leper di atas lantai. Minta sukarelawan untuk berdiri di hadapan ringgit itu. Beritahu dia supaya tunduk dan pegang jari – jari kakinya.
(‘Place the ringgit flat on the floor. Ask a volunteer to stand with the ringgit in front of him. Tell him to bend over and grab his toes.’)

4. Cabar dia untuk lompat melepasi ringgit tersebut sambil memegang jari – jari kakinya (tanpa jatuh). Beritahu dia bahawa dia boleh duit itu jika dia berjaya melakukannya.
(‘Challenge him to jump over the ringgit bill while holding onto his toes (without falling over). Tell him that if he can do it, he can keep the ringgit.’)


Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Aktiviti jalanan ini melibatkan pusat jisim, iaitu pusat graviti. Ini merupakan titik di mana jisim badan tertumpu. Helah ini sebenarnya mustahil untuk dilakukan tanpa hilang keseimbangan kerana pusat jisim berpindah apabila cuba untuk melompat melepasi duit. Pada permulaannya jisim badan adalah pada kaki. Apabila melompat, pusat jisim cuba untuk berpindah ke hadapan. Kebanyakan orang perlukan tangan untuk menyeimbangkan pindahan ini.
(‘This busking involves to center of mass, center of gravity. This is a point where the body mass is concentrated. This trick is virtually impossible to do without losing balance because the centre of mass shifts when trying to jump over the ringgit. Initially the center of mass is over the feet. When jumping, the centre of mass tend to shift forward. Most people need their arm to counterbalance this shift.’)

Sumber : petrosains snackbook

DUA CECAIR BERTUKAR TEMPAT – SAINS CECAIR

(‘Trading Places - Liquid Science Magic Trick’)


Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)

1. Helahan Sains ini ataupun tunjukcara ini boleh menggunakan beberapa jenis cecair, antaranya ialah air dan minyak. Apa yang diperlukan hanya dua jenis cecair yang berlainan ketumpatan. Jika kedua – dua cecair tidak bercampur (seperti air dan minyak), ia boleh menampakkan kesan pengasinan dengan lebih jelas.
(‘This science magic trick or demonstration can be performed using many different liquids, such as water and oil. All you need are two liquids that have different densities. If the liquids don't mix (such as water and oil), you will get a clearly-defined separation.’)

2. Bahan – bahan yang diperlukan
(‘What Do I Need?’)

*dua gelas yang sama, air, minyak dan satu kad yang kalis air.
(‘two identical glasses, water, oil, a thin waterproof card’)

3. Isikan satu gelas dengan air dengan penuh.
(‘Fill one glass completely full with water.’)

4. Isikan gelas yang kedua dengan cecair yang dipilih (minyak) sampai penuh.
(‘Fill the other glass completely full with the other liquid you selected.’)

5. Tempatkan kad di atas gelas yang mengandungi air. Pegang kad dan kemudian terbalikkan gelas berisi air di atas gelas yang kedua.
(‘Place the card over the water glass. While holding the card onto the glass, flip the water glass over and set it and the card on top of the second glass.’)

6. Sebariskan kedua – dua gelas dan gerakkan kad secara perlahan sehingga terdapat bukaan pada hujung gelas.
(‘Line the glasses up so that they are even and move the card so that there is just a tiny bit of open space at the edge of the glasses.’)

7. Dalam lebih kurang beberapa minit, kedua – dua cecair akan bertukar tempat. Minyak akan naik ke atas sementara air akan bergerak tenggelam ke dasar gelas.
(‘Over the next few minutes, the liquids will exchange places. The oil will rise to the top while the water sinks and fills the bottom glass.’)

Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Kedua – dua cecair mempunyai ketumpatan yang berbeza – beza. Asasnya, cecair yang lebih ringan akan terapung sementara cecair yang lebih berat akan tenggelam. Anda akan mendapat keputusan yang sama jika anda mengalihkan kad sepenuhnya, tapi cara yang ini akan nampak lebih magika.
(‘The two liquids have different densities from each other. Basically, the lighter liquid will float while the heavier liquid will sink. You would see the same result if you had removed the card entirely, except this way is prettier and looks more magical.’)

Sumber : chemistry.about.com

Ahad, 7 Ogos 2011

BAHAN SEMULAJADI DAN BAHAN BUATAN MANUSIA

(‘NATURAL AND MAN-MADE MATERIALS’)

1. Semua bahan di sekeliling kita boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu bahan – bahan semula jadi dan bahan – bahan buatan manusia.
(‘All materials around us can be classified into two categories which are natural materials and man-made materials.’)

2. Bahan semulajadi adalah bahan – bahan yang datangnya daripada tumbuhan, haiwan dan alam sekitar.
(‘Natural materials are the materials that come from plants, animals and nature.’)

3. Bahan – bahan semulajadi sekeliling kita termasuk kayu, kapas, getah – tumbuhan; kulit, bulu/bulu pelepah, sutera – haiwan; dan tanah liat/tanah, logam, petroleum – alam sekitar.
(‘Natural materials around us include wood, cotton, rubber – plants; leather, fur/wool/feather, silk – animals; clay/soil, metal, petroleum - nature.’)

Video di bawah menunjukkan bagaimana sutera diekstrak daripada kepompong ulat sutera sehingga menjadi kain sutera di negara China.
(‘This video tells the story of silk production in Shanghai, China starting with the eggs of silkworms to worms' production of fibers to make their cocoons.’)



4. Gambar rajah di bawah menunjukkan contoh – contoh bahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi :
(‘The diagram shows examples of things that are made from natural materials.’)


Video di bawah menunjukkan bagaimana kapas dihasilkan.
(‘This video tells about cotton.’)







5. Bahan – bahan buatan manusia atau dikenali sebagai bahan semula jadi yang telah diproses, adalah bahan – bahan yang diperbuat oleh manusia. Sebahagian besarnya datang daripada petroleum. Petroleum ialah bahan semula jadi.
(‘Man-made materials or known as processed natural materials are the materials that made by man. Usually its come from petroleum. Petroleum is a natural material.’)

6. Plastik, kain sintetik (seperti nilon, rayon, poliester, acrilik) dan kaca adalah bahan buatan manusia.
(‘Plastic, synthetic cloth (such as nylon, rayon, polyester, acrylic) and glass are man-made materials.’)


Video di bawah menunjukkan bagaimana plastik dihasilkan.
(‘This video tells about how plastic is produced.’)





Pautan :