Jumaat, 14 Januari 2022

JOM MAKAN MIKROORGANISMA (versi Paramecium)

Seronok dan ‘melaparkan’... tiada selera tiba – tiba bertukar menjadi makanan dan snek yang sedap dimakan.
“Cikgu, cikgu, saya nak buka restoran mikroorganisma”.
Itu antara respon murid apabila membuat aktiviti membentuk model mikroorganisma daripada makanan.

Mikroorganisma yang mereka pilih ialah Paramecium iaitu mikroorganisma daripada jenis Protozoa. Mikroorganisma jenis ini hidup di habitat yang berair.

Pada mulanya, murid – murid kelas 6 Cekal (batch 2021/2022) ingin membina model semua jenis mikroorganisma berlima iaitu Alga, Bakteria, Fungi, Protozoa dan Virus. Namun akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membina satu model sahaja.


Cuma, dalam aktiviti ini hanya beberapa bahagian asas Paramecium sahaja yang dipilih untuk dijadikan sebagai model antaranya ialah bentuk Paramecium itu sendiri (bentuk selipar/tapak kasut), Makronukleus (mengawal aktiviti Paramecium), vakuol makanan (tempat simpanan makanan) dan struktur silia yang merupakan bahagian penting Paramecium untuk bergerak.


Keperluan dan bahan yang digunakan untuk membina model Paramecium adalah 2 keping roti yang telah dibentuk menjadi bentuk selipar, choki – choki, kaya pandan dan jajan mamee. 

Antara alatan yang diperlukan adalah pinggan, sudu dan sarung tangan (diperlukan apabila mengendalikan makanan).


Peringatan! Pastikan murid – murid membasuh tangan atau memakai sarung tangan ketika mengendalikan makanan.

Antara hasil kreatif murid dalam menghasilkan Paramecium daripada makanan.








Lepas dah siap Paramecium ini, jom kita makan..... sedap.

Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan