Jumaat, 14 Januari 2022

JOM MAKAN MIKROORGANISMA 2.0 (Paramecium, Escherichia coli, mukor)

Masuk jer kelas, murid – murid sudah bersedia untuk memulakan aktviti. Pinggan dah ada atas meja, bahan – bahan pun sudah tersusun rapi di atas meja, sarung tangan sudah dipakai, tangan juga sudah dibersihkan. Roti yang berbentuk selipar juga telah dipotong siap – siap.

“Cikgu, cepat cikgu, bila kita nak mula”, kata salah seorang murid yang tak sabar – sabar nak mulakan aktiviti.

Dalam sukatan Sains sekolah rendah, terdapat lima jenis mikroorganisma yang murid – murid pelajari iaitu Alga, Bakteria, Fungi, Protozoa dan Virus. Kalau itu cara mengingat mnemoniknya ialah AKU, BAWA, FAIL, PENUH VIRUS.


Murid – murid kelas 6 Gigih (batch 2021/2022) memilih untuk membina model Paramecium (Protozoa), Mukor (Fungi) dan Escherichia coli (Bakteria).


Hanya beberapa bahagian asas Paramecium sahaja yang dipilih untuk dijadikan sebagai model antaranya ialah bentuk Paramecium itu sendiri (bentuk selipar/tapak kasut), Makronukleus (mengawal aktiviti Paramecium), vakuol makanan (tempat simpanan makanan) dan struktur silia yang merupakan bahagian penting Paramecium untuk bergerak.


Bahagian asas Mukor yang dipilih untuk dijadikan sebagai model adalah bahagian Kantung Spora/Sporangium (menyimpan spora yang merupakan kaedah pembiakan mukor melalui agen angin) dan bahagian batang mukor/sporangiofor.



Bagi bakteria pula, bakteria yang dipilih ialah Escherichia coli yang berbentuk sosej. Bakteria ini boleh menyebabkan cirit – birit dan muntah – muntah jika makan makanan yang tercemar dengan bakteria ini.

Bahagian asas untuk menggambarkan bakteria ini adalah bahagian flagellanya yang merupakan struktur yang membolehkan bakteria ini bergerak.



Keperluan dan bahan yang digunakan untuk membina ketiga – tiga model adalah 2 keping roti yang telah dibentuk menjadi bentuk selipar, choki – choki, kaya pandan, jajan mamee, sosej, roti dan cip – cip coklat.

Antara alatan yang diperlukan adalah pinggan, sudu dan sarung tangan (diperlukan apabila mengendalikan makanan).

Peringatan! Pastikan murid – murid membasuh tangan atau memakai sarung tangan ketika mengendalikan makanan.

Antara hasil kreatif murid dalam menghasilkan Paramecium daripada makanan.










Sampai waktu rehat, jom kita makan... sedap.

Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan