Isnin, 31 Januari 2022

PdPC SAINS-STEM : ROKET BOTOL

Objektif : 
1. Murid boleh membuat satu roket kertas yang menggunakan udara dalam botol sebagai daya tolakannya.
2. Murid boleh membuat kesimpulan bahawa daya tolakan adalah daya yang menggerakkan objek menjauhi kita.
3. Murid menyatakan bahawa salah satu kesan daya iaitu daya boleh menggerakkan objek yang pegun.


Aktiviti :
1. Murid menyatakan maksud daya, daya tarikan dan daya tolakan.
2. Murid mendengar penerangan dan memerhati demonstrasi oleh guru cara membina roket kertas dan juga membina pelancarnya menggunakan botol dan penyedut minuman.
3. Murid mula membina roket kertas dan pelancar roket dengan menggunakan bahan – bahan yang disediakan sendiri oleh murid.
4. Murid membuat penerangan tentang roket mereka dengan menyentuh tentang jenis daya yang digunakan dan juga kesan daya tersebut.
5. Murid diberi soalan KBAT iaitu pertama, adakah panjang penyedut minuman mempengaruhi jarak yang dilalui oleh roket, kedua, adakah isipadu udara dalam botol (saiz botol) mempengaruhi jarak yang dilalui oleh roket.
6. Murid membuat nota langkah – langkah membuat roket kertas dan pelancarnya menggunakan peta pemikiran i-Think iaitu carta alir.

Bahan Bantu Belajar :
Peralatan seperti gunting, gam, pita selofan, bahan – bahan seperti kertas A4 berwarna, botol mineral, penyedut minuman.

Nota : 
Aktiviti PdPC ini memberi peluang kepada murid – murid untuk bijak berfikir menggunakan bahan – bahan yang disenaraikan bagi membina roket mereka. Mereka juga melaltih mereka dilatih untuk menjadi seorang yang lebih teliti agar tiada faktor ‘terlebih atau terkurang’ yang menyebabkan roket mereka tidak boleh terbang seperti faktor lubang pada sambungan penyedut minuman dengan penutup botol serta saiz lubang roket yang terlalu besar di mana roket mereka tidak boleh memerangkap udara secukupnya sebelum dilancarkan.

Antara contoh – contoh figur roket dan video aktiviti pelancaran roket – Murid tahun 6 sesi 2021/2022





Jika ada sekolah (terutama sekolah rendah) yang ingin mendapatkan khidmat Cikgu Azmi untuk menjalankan aktiviti STEM secara bersemuka atau dalam talian, boleh hubungi Cikgu Azmi di talian 0132795903.

Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat

Sabtu, 29 Januari 2022

PdPC : DEKORASI HAIWAN YANG TERANCAM DAN PUPUS DARIPADA MAKANAN

Objektif : 
1. Murid boleh membuat satu dekorasi haiwan yang terancam atau haiwan yang telah pupus.
2. Murid boleh memerihalkan faktor ancaman terhadap haiwan, menjana idea cara pemeliharaan dan pemuliharaan dan mencadangkan peranan manusia dalam pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan.

Aktiviti :
1. Murid menyatakan seekor haiwan yang terancam atau pupus yang ingin dijadikan hasil dekorasi.
2. Murid mendengar penerangan dan memerhati demonstrasi dekorasi haiwan oleh guru.
3. Murid memulakan dekorasi haiwan dengan menggunakan bahan – bahan yang disediakan sendiri oleh murid.
4. Murid menerangkan berkenaan dekorasi haiwan mereka dengan menyatakan nama haiwan yang dipilih, faktor ancaman kepupusan, mencadangkan cara pemeliharaan atau pemuliharaan serta peranan manusia dalam pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan tersebut.
5. Murid menghasilkan nota kreatif.

Bahan Bantu Belajar :
Peralatan seperti sudu, pisau sapu roti, pinggan, sarung tangan, bahan – bahan makanan yang sesuai

Nota : 
Aktiviti PdPC ini memberi peluang kepada murid – murid untuk bijak berfikir menggunakan bahan – bahan yang sesuai bagi dekorasi haiwan mereka. Selain itu memberi peluang kepada murid untuk menjadi lebih kreatif dan berasa sangat seronok kerana selepas mereka mendekorasi haiwan tersebut, mereka boleh makan haiwan itu.

Antara contoh – contoh figur haiwan yang terancam atau pupus yang dibentuk mengggunakan makanan – Murid 6 Cekal sesi 2021/2022







Antara contoh – contoh figur haiwan yang terancam atau pupus yang dibentuk mengggunakan makanan – Murid 6 Gigih sesi 2021/2022







Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat

Isnin, 24 Januari 2022

DEKORASI HAIWAN YANG TERANCAM DAN PUPUS DARIPADA MAKANAN

Untuk menarik semangat murid untuk terus belajar dan menjadi lebih kreatif.

Antara contoh – contoh figur haiwan yang boleh dibentuk mengggunakan makanan.


















Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat

Isnin, 17 Januari 2022

Aktiviti Si Merak Kembangkan Ekornya : Interaksi Antara Haiwan

Tepuk semangat.

Sebelum memulakan kelas, kita main tepuk – tepuk dulu. Saja menaikkan semangat anak – anak murid ini sebagai pemanas badan, sebelum kita belajar.

“Kasihan tengok merak ni, ekornya tiada. Jom kita tolong cari dan ‘pasang’ semula ekor burung merak ini”, kata cikgu sebagai tanda aktiviti hari ini akan bermula.

Nak jadikan merak yang ini,


Kepada yang ini.


Alatan dan bahan yang diperlukan ialah gambar merak kosong seperti di atas, sedikit maklumat tentang interaksi antara haiwan, gam, gunting, pembaris dan juga kertas A4 berwarna warni.

Selain itu, aktiviti ini juga boleh dijadikan PdPC merentas kurikulum melibatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV), Matematik dan juga mata pelajaran Sains itu sendiri.

Mulanya, murid akan dibekalkan dengan lampiran yang mengandungi arahan, maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam ‘burung merak’.

Kemudian, murid akan diberi 3 kertas warna yang berbeza. Kertas warna inilah yang akan mengandungi maklumat tentang tajuk yang ingin kita perbincangkan. Guru bebas untuk memilih tajuk – tajuk yang bersesuaian iaitu tajuk haiwan.

Seterusnya, murid diminta untuk membuat jalur – jalur kertas berwarna. Setiap ukuran dengan lebar 1.5 cm. Murid akan menggunakan kemahiran mereka untuk mengukur menggunakan nombor dengan bantu alat pembaris.

Langkah yang terakhir, ini bahagian yang melibatkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) iaitu kreativiti, menyusun jalur – jalur kertas warna pada lampiran burung merak yang diberikan pada awal kelas tadi.

Antara hasil kreatif murid 6 Cekal (batch 2021/2022) dalam menghasilkan Si Merak Kembangkan Ekornya.








Antara hasil kreatif murid 6 Gigih (batch 2021/2022) dalam menghasilkan Si Merak Kembangkan Ekornya.













Tahniah dan syabas anak – anak murid. Cantik dan sungguh kreatif.

Seronok Sains
Berkreatif dengan ilmu
Kongsi Ilmu, Hidup Berkat