♦ Buruj ialah gugusan bintang yang
kelihatan membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
♦ Buruj dapat dilihat dengan jelas pada malam yang
gelap, tidak berawan, semasa bulan tidak kelihatan.
♦ Kesatuan Astronomi Antarabangsa secara rasmi
menetapkan terdapat 88 buruj di langit pada waktu malam. 36 buruj terletak di
hemisfera utara, 52 buruj di hemisfera selatan.
♦ Kedudukan Malaysia di garisan Khatulistiwa, kita
boleh melihat buruj – buruj di hemisfera utara & hemisfera selatan.
♦ Terdapat 4 buruj utama yang mudah dilihat : Buruj
Belantik, Buruj Biduk, Buruj Pari dan Buruj Skorpio.4 BURUJ UTAMA
1. Buruj Belantik (BelantikK122)
- bentuk seorang pemburu memakai tali pinggang
& tergantung sebilah pedang, buruj terbesar di alam semesta, buruj paling
menonjol
- Belantik tunjuk arah Kiblat dan muncul pada bulan Disember hingga Februari jam
8.00 mlm hingga 10.00 mlm
- boleh dilihat di antara hemisfera utara dan hemisfera
selatan2. Buruj Biduk (BidukU46)
- bentuk pencedok air/gayung/senduk dengan tangkainya (7 bintang)
- Biduk tunjuk arah utara dan muncul pada bulan April
hingga Jun jam 8.00 mlm hingga 10.00 mlm
- boleh dilihat di hemisfera utara
- sebahagian daripada buruj yang lebih besar iaitu
buruj Ursa Major berbentuk beruang besar
- menunjukkan musim menanam telah bermula di hemisfera
utara3. Buruj Pari (PariS46)
- bentuk corak palang, layang – layang (4 bintang), buruj paling kecil, paling mudah dikenali, bintang paling terang tunjuk arah selatan
- Pari tunjuk arah selatan dan muncul pada bulan
April hingga Jun jam 8.00 mlm hingga 10.00 mlm
- boleh dilihat di hemisfera selatan4. Buruj Skorpio (Skorpio68)
- bentuk kala jengking, buruj yang besar
- Skorpio muncul pada bulan Jun hingga Ogos jam
8.00 mlm hingga 10.00 mlm
- boleh dilihat di hemisfera selatan
- menunjukkan musim menuai telah bermula di hemisfera
utaraKEGUNAAN BURUJ
1. Petunjuk Arah oleh pelayar dan pengembara : seperti buruj Biduk untuk mengetahui arah utara dan buruj Pari untuk mengetahui arah selatan.
2. Petunjuk Musim : petani kawasan empat musim bagi meramal dan merancang masa sesuai untuk menanam (buruj biduk) dan menuai (buruj skorpio).
♦ Ahli astronomi menggunakan buruj untuk memetakan langit dan mengkaji kedudukan bintangdi langit.
Link video untuk lebih kefahaman berkenaan Buruj
SAINS : Tahun 5 - Buruj (I)
Klik di sini
@ lihat juga video di bawah ini
Klik di sini#ilmuperludikongsibersama