Isnin, 13 April 2020

PENGAWETAN MAKANAN (TAHUN 6)

CIRI – CIRI MAKANAN ROSAK
1. Roti, pisang, tembikai, epal – Berkulat, bertompok hitam, rasa tidak menyenangkan
2. Nasi - berlendir, lembik (berubah tekstur) bau tidak meyenangkan
3. Ayam, daging, udang, sotong – berbau busuk, warna gelap. melekit
4. Susu – berketul (tekstur berubah), rasa masam
5. Ikan – Insang kelabu/kehijauan, lembut (berubah tekstur), mata kemerahan
6. Makanan dalam tin – kemek, kembung, berbuih, berkarat, keruh
7. Sayuran – layu, warna kekuningan

!!Makanan boleh menunjukkan lebih daripada 1  ciri ciri makanan rosak

MAKANAN YANG ROSAK BERPUNCA DARIPADA TINDAKAN MIKROORGANISMA TERHADAP MAKANAN

PROSES PENGAWETAN MAKANAN
Proses yang boleh menghalang dan melambatkan proses hidup mikroorganisma dalam makanan
Tujuan : Makanan boleh disimpan untuk tempoh masa yang lama

PENDIDIHAN
Proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi. Membunuh kebanyakan mikroorganisma seperti bakteria dan fungi.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan, daging, ayam, dan sayur-sayuran

PENJERUKAN
Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.
Penjerukan mengurangkan kandungan air dalam makanan, menjadikan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Buah-buahan dan sayur-sayuran

Di bawah ialah video tentang proses penjerukan





PEMBUNGKUSAN VAKUM
Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan. Ketiadaan udara menyebabkan bakteria & kulat tidak boleh bertumbuh.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Kacang, kerepek, buah-buahan, sosej, cendawan

Di bawah ialah video tentang proses pembungkusan vakum




PENGERINGAN
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan. Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari atau ketuhar. Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma akan mati atau menjadi tidak aktif.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan kering, asam gelugor, mihun kering, sotong

Di bawah ialah video tentang proses pengeringan



PENDINGINAN
Kaedah menyimpan makanan di dalam persekitaran bersuhu kurang dari 18°C.
Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang aktif dan lambat bertumbuh.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Sayur-sayuran, buah-buahan, telur & susu
  
PENYEJUKBEKUAN
Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku (0°C) dan ke bawah. Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang aktif dan lambat bertumbuh.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Ikan, sotong, ayam dan daging

PEMASINAN
Menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan.  Mikroorganisma tidak dapat bertumbuh tanpa air
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan, telur, sayuran, buahan dan daging

Di bawah ialah video tentang proses pemasinan





PELILINAN
Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.
Dapat mengekalkan kesegaran buah. Tidak kehilangan air.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu
Contoh makanan : Buah - buahan

Di bawah ialah video tentang proses pelilinan





PENGETINAN/PEMBOTOLAN
Proses mendidihkan makanan membunuh mikroorganisma. Makanan kemudiannya disejukkan, dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Ikan, daging, ayam, buah, dan sayur-sayuran

Di bawah ialah video tentang proses pengetinan/pembotolan






PEMPASTEURAN
Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera. Membunuh mikroorganisma.
Tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu
Contoh makanan : Susu dan jus buah-buahan

Di bawah ialah video tentang proses pempasteuran





PENYALAIAN
Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama. Boleh membantutkan pertumbuhan mikroorganisma.
Rasa dan nilai nutrisi berubah
Contoh makanan : Ikan dan daging

Di bawah ialah video tentang proses penyalaian





KEPENTINGAN PENGAWETAN MAKANAN
1. Makanan yang telah ditinkan boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan.
2. Sesetengah makanan yang dihasilkan oleh sesebuah negara boleh dinikmati (dieksport) di negara lain.
3. Memudahkan makanan disimpan dan mudah diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain.
4. Senang disimpan dan dibungkus dalam bekas bersaiz kecil.
5. Buah-buahan bermusim dapat dinikmati sepanjang tahun.
6. Makanan dapat disimpan lebih lama (mengelakkan pembaziran) & boleh memenuhi keperluan bekalan makanan spjg tahun.
Kini kita berhibur dengan lagu Pengawetan Makanan oleh Cikgu Sharifah Aziah




Selamat belajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan