Selasa, 20 Julai 2010

TENAGA : PENGUNAAN DAN PENJIMATAN (‘USING AND SAVING ENERGY’)

Semua kita menggunakan tenaga setiap hari – untuk pengangkutan, memasak, memanas dan menyejuk bilik, pembuatan, pencahayaan dan hiburan. Pilihan terletak di tangan kita bagaimana kita menggunakan tenaga – mematikan mesin apabila tidak menggunakannya atau memilih untuk membeli peralatan yang efisien penggunaan tenaganya – memberi kesan kepada alam sekitar dan cara hidup kita.
(‘All of us use energy every day — for transportation, cooking, heating and cooling rooms, manufacturing, lighting, and entertainment. The choices we make about how we use energy — turning machines off when we’re not using them or choosing to buy energy efficient appliances — impact our environment and our lives.’)

Dengan penggunaan tenaga yang jimat membantu menyelamatkan sumber – sumber tenaga semula jadi seperti gas asli, minyak dan air dan juga membantu mengurangkan bil utiliti.
(‘By saving energy you're helping to save the world's energy resources like natural gas, oil and water and you're also saving money on your utility bills.’)

Sesetengah tenaga yang digunakan oleh kita ialah tenaga yang boleh diperbaharui. Ini termasuk suria, angin, geotermal dan hidro. Jenis tenaga ini adalah boleh diperbaharui atau boleh dijana semula.
(‘Some of the energy we can use is called renewable energy. These include solar, wind, geothermal and hydro. These types of energy are constantly being renewed or restored.’)

Tetapi banyak bentuk tenaga yang digunakan di rumah dan kereta tidak boleh diganti. Bahan bakar fosil mengambil masa berjuta – juta tahun untuk dibentuk.
(‘But many of the other forms of energy we use in our homes and cars are not being replenished. Fossil fuels took millions of years to create.’)

Dan sumber – sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ini mempunyai jumlah had tertentu. Ini bermakna ia tidak boleh dijana atau diganti semula. Apabila ia telah tiada, ia tidak boleh digunakan lagi. Jadi kita perlu memainkan peranan yang sebaik mungkin untuk menjimatkan tenaga.
(‘And there are finite or limited amounts of these non-renewable energy sources. That means they cannot be renewed or replenished. Once they are gone they cannot be used again. So, we must all do our part in saving as much energy as we can.’)

Istilah pemuliharaan tenaga dan kecekapan (efisien) tenaga adalah dua istilah yang sangat berbeza tapi berkait. Terdapat banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan penggunaan tenaga (pemuliharaan) dan menggunakan tenaga dengan bijak (efisien).
(‘The terms energy conservation and energy efficiency have two distinct definitions but related. There are many things we can do to use less energy (conservation) and use it more wisely (efficiency).’)

Pemuliharaan tenaga adalah sebarang tindakan yang mengurangkan penggunaan tenaga. Mematikan lampu apabila meninggalkan bilik dan kitar semula tin minuman aluminium merupakan cara - cara pemuliharaan tenaga.
(‘Energy conservation is any behavior that results in the use of less energy. Turning the lights off when you leave the room and recycling aluminum cans are both ways of conserving energy.’)

Kecekapan tenaga ialah penggunaan teknologi yang memerlukan kurang tenaga untuk menjalankan fungsi yang sama. Menggunakan tenaga secara bijak bermaksud menggunakan tenaga dengan cekap dan efisien. Dengan menggunakan tenaga secara bijak kita boleh mengurangkan bahan pencemar di dalam udara dan air, menghasilkan alam sekitar yang lebih baik kepada semua.
(’Energy efficiency is the use of technology that requires less energy to perform the same function. Using energy wisely means being efficient. Best of all, by using energy wisely we can cut down on pollutants in the air and water, making a better environment for everyone.’)

Mentol lampu pendarfluor kompak yang mana menggunakan kurang tenaga berbanding mentol pijar untuk menghasilkan jumlah cahaya yang sama adalah contoh penggunaan tenaga yang cekap. Walaubagaimanapun, keputusan untuk menukar mentol lampu pijar kepada mentol lampu pendarfluor kompak adalah satu tindakan pemuliharaan tenaga.
(‘A compact fluorescent light bulb that uses less energy than an incandescent bulb to produce the same amount of light is an example of energy efficiency. However, the decision to replace an incandescent light bulb with a compact fluorescent is an act of energy conservation.’)

Kitar Semula (‘Recycling’)

Ia selalunya menggunakan kurang tenaga untuk menghasilkan produk daripada bahan yang dikitar semula berbanding menggunakan bahan yang baru.
(‘It almost always takes less energy to make a product from recycled materials than it does to make it from new materials.’)

Kitar semula bermaksud menggunakan semula sesuatu benda. Suratkhabar boleh digunakan semula untuk menghasilkan suratkhabar yang baru. Tin minuman aluminium boleh digunakan untuk membuat tin minuman aluminium yang baru. Jar kaca boleh digunakan untuk membuat jar kaca yang baru. Kitar semula selalunya jimat tenaga dan sumber – sumber semula jadi.
(‘Recycling means to use something again. Newspapers can be used to make new newspapers. Aluminum cans can be used to make new aluminum cans. Glass jars can be used to make new glass jars. Recycling often saves energy and natural resources.’)

Sumber – sumber semula jadi adalah benda – benda yang bernilai yang diperoleh dari Bumi. Sumber – sumber semula jadi termasuk tanah, tumbuhan, mineral dan air. Apabila kita menggunakan sesuatu bahan lebih daripada sekali, kita telahpun memulihara sumber – sumber semula jadi.
(‘Natural resources are things of value provided by the Earth. Natural resources include land, plants, minerals, and water. By using materials more than once, we conserve natural resources.’)

Kitar semula menjimatkan penggunaan tenaga dalam penghasilan produk baru. Ia selalunya menggunakan kurang tenaga untuk menghasilkan produk daripada bahan yang dikitar semula berbanding menggunakan bahan yang baru. Menggunakan skrap aluminium yang dikitar semula untuk menghasilkan tin aluminium yang baru, sebagai contoh, menjimatkan penggunaan tenaga yang amat banyak (lebih kurang 95% di Amerika Syarikat) berbanding membuat tin aluminium daripada bijih bauksit, iaitu bahan mentah untuk membuat aluminium.
(‘Recycling saves energy in production of new products. It almost always takes less energy to make a product from recycled materials than it does to make it from new materials. Using recycled aluminum scrap to make new aluminum cans, for example, uses 95% less energy than making aluminum cans from bauxite ore, the raw material used to make aluminum.’)

Dalam kes kertas, kitar semula menyelamatkan pokok – pokok dan air. Membuat satu tan kertas daripada kertas yang dikitar semula menyelamatkan lebih kurang 17 pokok dan 50% kurang air (statistik Amerika Syarikat).
(‘In the case of paper, recycling saves trees and water. Making a ton of paper from recycled paper saves up to 17 trees and uses 50% less water.’)

# Beberapa langkah untuk menjimatkan tenaga.
(‘Here are a few things you can do to start saving more energy’)

Matikan lampu dan televisyen atau lain peralatan elektrik apabila tidak menggunakannya. Pada siang hari, apabila di luar terang, buka langsir supaya cahaya matahari menyinari ruang dalam rumah daripada menyalakan lampu.
(‘The lights and television or other electrical appliances that use electrical energy, so when you leave the room, shut them off.
During the day, when it is brighter outside, open the curtains and use the sunlight instead of turning on the lights.
’)

Jangan biarkan tingkap atau pintu luar terbuka apabila penghawa dingin dihidupkan. Ini menyebabkan alat penghawa dingin bekerja kuat dan menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk menyejukkan rumah.
(‘Don't leave windows or outside doors open when the air conditioning is on. This makes the air conditioner has to work harder to heat and cool the house.’)

Apabila keadaan di luar adalah hari yang panas, jemur baju di luar daripada menggunakan alat pengering.
(‘When you have a sunny day, help hang the clothes outside instead of using the dryer.')

Jangan biarkan air menitik di pili air. Periksa setiap sinki dan bilik air di dalam rumah untuk kebocoran. Kebocoran membazirkan air. Kebocoran pili air panas membazir air dan tenaga.
(‘Don't leave the water dripping in the faucet. Check each sink and toilet in your home for leaks. Leaky ones waste water. Leaky hot water faucets waste both water and energy.’)

Matikan alat pengering pinggan mangkuk sebaik sebelum kitaran pengeringan dan biarkan udaranya kering.
(‘Turn off the dishwasher right before the drying cycle and let the dishes air dry.’)

Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka. Fikirkan terlebih dahulu apa yang anda ingin ambil dari peti sejuk.
(‘Don't leave the refrigerator door open. Decide what you want BEFORE you open the door.’)

Periksa pelekat pada pintu peti sejuk dengan menutupnya pintu dengan sekeping kertas. Tarik perlahan – lahan kertas tersebut dan lihat jika ia mendakap dengan baik pada pelekat pintu. Jika ia tertanggal dengan cepat, pelekat pintu itu tidak berapa elok untuk memerangkap udara sejuk di dalam peti sejuk dan memastikan udara panas tidak memasuki peti sejuk.
(‘Check the seal on your refrigerator door by closing the door on a slip of paper. Tug gently on the paper and see if it is held snuggly in place by the door seal. If it slips right out, the door seal is not doing its job of keeping the cool air inside and the hot air out.’)

Gunakan mentol lampu pendarfluor kompak berbanding lampu pijar. Mentol lampu pendarfluor kompak yang mana menggunakan kurang tenaga berbanding mentol pijar untuk menghasilkan jumlah cahaya yang sama, dan ini adalah contoh penggunaan tenaga yang cekap.
(‘Use a compact fluorescent light bulb than incandescent bulb. A compact fluorescent light bulb that uses less energy than an incandescent bulb to produce the same amount of light is an example of energy efficiency.’)

Kita juga boleh menjimatkan tenaga apabila menggunakan kenderaan. Pastikan tayar tidak kurang angin. Apabila kereta dinyalakan, pastikan penapis udara dan penapis minyak berfungsi dengan baik supaya ia dapat mengurangkan penggunaan minyak.
(‘We can also save energy in our cars and trucks. Make sure the tires are properly inflated. A car that is tuned up, has clean air and oil filters, and is running right will use less gasoline.’)

Jangan sesekali menambah beban kereta. Setiap lebihan 100 pound, ia mengurangkan perbatuan sebanyak satu batu setiap gelen. Apabila membeli kereta baru, beli kereta yang menggunakan minyak dengan cekap dan beli kereta yang boleh pergi jauh setiap gelen.
(‘Don't over-load a car. For every extra 100 pounds, you cut your mileage by one mile per gallon. When buy a new car, buy a car that use fuel efficiency and buy a car that gets higher miles per gallon.’)

Lihat video di bawah mengenai langkah – langkah penjimatan tenaga :
(‘Watch the following video about how to save energy’)

Video 1



Video 2



Sumber rujukan : eia, entergy, energyquest

Pautan berkait :
PENGENALAN KEPADA TENAGA (‘INTRODUCTION TO ENERGY’)

4 ulasan:

  1. sangat berguna sebagai bahan rujukan

    BalasPadam
  2. bagus.mungkin perlu diperbaiki lagi.sekian.

    BalasPadam
  3. bagus... tapi boleh diperbaiki dari segi video tu... terima kasih!!!

    BalasPadam