Tuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, fulkrum (berbentuk segitiga), beban (lihat bentuk segiempat) dan sebatang rod (kayu panjang).
(‘The lever is a simple machine made with a bar free to move about a fixed point called a fulcrum. The lever consists of three parts. The fulcrum (see the triangle), load (see the rectangular shape) and a rod (see the plank).’)
Mari lihat beberapa istilah yang perlu diketahui. Beban ialah benda yang diangkat atau digerakkan oleh tuas. Fulkrum ialah titik tetap di mana rod boleh bergerak secara bebas. Daya ialah tolakan yang menyebabkan objek (beban) bergerak.
(‘First let's learn some terms you will need to know. A load is the thing that the lever lifts or moves. A fulcrum is the fixed point where the rod turns freely. An effort is the pushing force to make the objects (load) move.’)
Kedudukan fulkrum akan menentukan jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat sesuatu objek.
(‘The position of the fulcrum will determine the amount of the effort that is needed to lift an object.’)
Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu :
(‘To lift a heavy load, we must,’)
(a) meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban,
(‘place the fulcrum as near as the load as possible,’)
(b) daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum,
(‘apply the effort as far away as possible from the fulcrum,’)
(c) gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek.
(‘use a long bar, not a short bar.’)
Fulkrum diletakkan dekat dengan beban, sedikit daya diperlukan untuk menggerakkan beban.
(‘Fulcrum is placed near the load, less effort is needed to move the object.’)
Semakin berkurang / dekat jarak fulkrum dengan beban, semakin berkurang / sedikit daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban.
(‘The nearer the distance between the fulcrum and the load, the lesser the effort needed to move the object.’)
Fulkrum diletakkan jauh dengan beban, lebih banyak daya diperlukan untuk menggerakkan beban.
(‘Fulcrum is placed far away from the load, more effort is needed to move the object.’)
Semakin bertambah / jauh jarak fulkrum dengan beban, semakin bertambah / banyak daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban.
(‘The further the distance between the fulcrum and the load, the more the effort needed to move the object.’)
Kesimpulan (‘Conclusion’):
Semakin (berkurang / dekat ; bertambah / jauh) jarak fulkrum dengan beban, semakin (mudah ; susah) kerja yang dilakukan.
(‘The (nearer ; further) the distance between the fulcrum and the load, the (easier ; harder) the work is.‘)
Tuas digunakan, membolehkan daya yang besar pada jarak yang kecil pada satu hujung digerakkan oleh daya yang kecil pada jarak yang besar pada satu hujung yang satu lagi.
(‘Levers can be used to exert a large force over a small distance at one end by exerting only a small force over a greater distance at the other.’)
Tuas adalah mesin ringkas yang digunakan untuk mengangkat berat atau beban. Tuas membantu memudahkan kerja. Tuas membantu kita mengangkat atau menggerakkan objek dengan mudah. Tuas juga membantu kita membuat kerja – kerja berikut menjadi semakin mudah.
(‘Levers are simple machines used to lift weights or loads. The lever makes our work easier. Levers help us to carry or move heavy objects easily. Levers also help us to do the following work more easily.’)
(a) Mengangkat objek (‘Lifting an object’),
(b) Membuka penutup tin atau botol (‘Opening the lid of a can or bottle’),
(c) Menarik keluar paku (‘Pulling out nails’).
Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga. Ketiga – tiga kelas tuas ini dibezakan melalui bahagian mana antara fulkrum, daya dan beban yang berada di tengah – tengah sistem.
(‘Levers are classified into three classes. The First Class Lever, Second Class Lever and the Third Class lever. The only difference between them is between the fulcrum, effort and load, which one is located in the middle of the system.’)
Tuas Kelas Pertama (‘First Class Levers’)
Pada tuas kelas pertama fulkrum berada di tengah – tengah. Beban berada pada satu hujung dan daya di hujung yang satu lagi.
(‘In the First Class lever the fulcrum is located in the middle. The load is on one end and the force is on the other.’)
Satu contoh dalam kelas tuas ini ialah jongkang – jongkit. Beban ialah orang yang diangkat ke atas, dan daya ialah berat orang yang jatuh ke bawah. Fulkrum berada di tengah – tengah di antara mereka berdua.
(‘An example of this type of lever is a see-saw. The load is the person that goes up, and the effort applied is the weight of the person that goes down. The fulcrum is in the centre in between them.’)
Tukul kuku kambing jika digunakan untuk mengumpil keluar paku, ia juga merupakan tuas. Juga, apabila kita menggunakan sudu untuk membuka penutup bekas tin.
(‘Notice that a claw hammer, when used to remove nails, is a lever. Also, when we use a spoon to open the lid of a can container.’)
Contoh lain ialah seperti gunting, playar dan pengumpil.
(‘The other examples are the scissors, pliers and crowbar.’)
Tuas Kelas Kedua (‘Second Class Levers’)
Tuas kelas kedua ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya menentang, beban berada di tengah – tengah, dan daya berada pada hujung yang satu lagi.
(‘Second Class Lever the fulcrum is on the end, the resistance force, the load, is in the middle, and the effort is at the other end.’)
Satu contoh bagi tuas kelas kedua ialah kereta sorong.
(‘An example of a Second Class Lever is a wheelbarrow.’)
Contoh lain ialah pembuka botol, pemotong kertas dan pemecah buah keras.
(‘The other examples are bottle opener, paper cutter and nutcracker.’)
Tuas Kelas Ketiga (‘Third Class Lever’)
Tuas kelas ketiga ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya berada di tengah – tengah dan daya menentang, beban berada pada hujung yang satu lagi.
(‘The Third Class Lever, fulcrum is on the end of one side, the effort force is in the middle, and the resistance force, the load, is at the other end.’)
Contoh bagi Tuas kelas ketiga ini ialah joran memancing. Beban ialah ikan; hujung pemegang adalah fulkrum dan daya dikenakan pada bahagian tengah joran.
(’An example the Third Class Lever is a fishing rod. The load is the fish; the handle end is the fulcrum and the effort is applied in the middle.’)
Contoh lain ialah pemegang ais, penyapu, tangan dan kayu pemukul besbol.
(‘The other examples are ice tongs, broom, arm and baseball bat.’)
Kita ingat kembali. Tuas kelas pertama di tengah – tengahnya ialah fulkrum, tuas kelas kedua di tengah – tengahnya ialah beban dan tuas kelas ketiga ditengah – tengahnya ialah daya. Fulkrum, Beban, Daya, kita boleh buat kata nama TUas FAB BUKU DAYA; TU FAB BUKU DAYA untuk mengingatnya.
(‘We try to remember. First class lever in the middle is the fulcrum, second class lever in the middle is the load and third class lever in the middle is the effort. Fulcrum, Load, Effort, we can use acronym F L E to remember.’)
Lihat video di bawah mengenai tuas :
(‘Watch the following video about the lever’)
Video 1
Video 2
Lebih maklumat mengenai Tuas menerusi laman interaktif, sila klik di sini.
(‘More information about the Lever via this interactive web, please click here.’)
Sumber rujukan : tooter4kids, thinkquest, wikipedia
Kembali ke halaman Pengenalan Mesin ringkas (‘Simple machine’)
Sabtu, 24 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
bagaimana nak student faham tentang moment of force?
BalasPadamSalam cik/encik ...
BalasPadamsaya minta izin copy sikit tentang tuas...
di blog saye ...
muga diberkahi amalan cik/encik
terima kasih banyak2 :)
saya nk copy boleh x..buat folio
BalasPadamassalamualaikum cikgu,ni saya izra imran ,kelas 6 diamond 2012,terima kasih sebab cikgu banyak mengajar saya dulu,tanpa cikgu saya takkan sampai ke peringkat sekarang,tak lama lagi saya akan menghadapi peperiksaan pt3,cikgu doakan lah saya dan kirim salam saya kat semua cikgu macam pn azlawati,puan mastura,dan semua cikgu darjah 6 2012,terima kasih cikgu.
BalasPadamNice..tq sb bg refresh blik ingatan..hihi
BalasPadamAssalamualaikum ..cikgu mohon kongsi bahan ya..terima kaseh ..cikgu
BalasPadamBodoh tak dapat ape yang saya Cari
BalasPadamtak dapatcari..panggil orang bodoh
PadamBangang ini anak
Padamhabistu nak marah orang knp?
PadamKenapa panggil orang bodoh
Padamhy sekarang dah 2020
BalasPadamhy sekarang dah 2020
BalasPadamtiada pun yg sy cari...bodoh lah link ni
BalasPadamBangang nye kamu
PadamApa kelemahan pada tuas ye ?
BalasPadamINI SANGAT MEMBANTU 👍
BalasPadamtakda cari apa yg saya nak
BalasPadamberikan alasan bagi kedudukan tuas penutup tin?
BalasPadamBagi thu apa kelas tuas bagi alat goreng pisang
BalasPadamBoleh cikgu terangkat sedikit tentang pembolehubah bergerak balas dan dimalarkan serta hipotesis nya?
BalasPadam*terangkan
Padam