Sabtu, 3 April 2010

Mesin Ringkas - SKRU (‘SCREW’)


Skru boleh dikatakan sebagai satah condong yang mengelilingi suatu paksi tengah.
(‘A screw can be considered to be an inclined plane that has been wrapped around some central axis.’)

Skru ialah satah condong berbentuk bebenang yang mengelilingi dan berpilin (melingkari) menegak ke atas, dengan baji pada hujungnya.
(‘A screw is a thread-shaped inclined plane in the round and spiralling up an upright plane, with a wedge at the tip.’)

Skru bertindak sebagai mesin ringkas apabila daya dikenakan pada bahagian bulatan yang lebih besar pada skru. Sebagai contoh, seorang akan mengenakan daya pada skru kayu dengan memusingkan pemutar skru. Daya kemudian dipindahkan ke bahagian berpilin skru yang dikenali sebagai bebenang ke arah hujung skru.
(‘The screw acts as a simple machine when an effort force is applied to the larger circumference of the screw. For example, a person might apply the effort force to a wood screw by turning a screwdriver. That force is then transmitted down the spiral part of the screw called the thread to the tip of the screw.’)

Pergerakan hujung skru ke dalam kayu merupakan rintangan daya dalam mesin ringkas ini. Setiap satu putaran lengkap pemutar skru menghasilkan hanya satu pergerakan bebenang skru ke dalam kayu. Jarak antara dua bebenang bersebelahan atau berdekatan ini dipanggil sebagai ‘pitch’.
(‘The movement of the screw tip into the wood is the resistance force in this machine. Each complete turn of the screwdriver produces a movement of only one thread of the screw tip into the wood. This distance between two adjacent threads is called the pitch.’)

Skru mempunyai dua fungsi utama. Fungsi pertama, ia digunakan untuk memegang dan memasang beberapa objek bersama. Contoh yang mudah ialah skru – skru kayu dan logam, dan juga skru pada balang dan botol serta pada penutupnya.
(‘Screws can be used in two major ways. First, they can be used to hold or fix things together. Some simple examples include wood and metal screws and the screws on jars and bottles and their tops.’)


Fungsi kedua, skru juga digunakan untuk mengenakan daya pada sesuatu objek. Skru ditemui pada ragum, pengapit G, alat pemegang paip, alat pencabut kabus adalah contoh – contoh aplikasi ini.
(‘Secondly, screws can also be used to apply force on objects. The screws found in vices, clamps, monkey wrenches and corkscrews are some examples of this application.’)


Contoh alat lain yang menggunakan konsep skru.
(‘Examples of other tools using the concept ot the screw.’)


Lihat video di bawah mengenai skru :
(‘Watch the following video about the screw.’)



sumber rujukan : jrank screw, teacher screw

Kembali ke halaman Pengenalan Mesin ringkas (‘Simple machine’)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan