5. Ikan – Insang kelabu/kehijauan,
lembut (berubah tekstur), mata kemerahan
6. Makanan dalam tin – kemek,
kembung, berbuih, berkarat, keruh
7. Sayuran – layu, warna kekuningan
!!Makanan boleh menunjukkan lebih daripada 1 ciri –
ciri makanan rosak
MAKANAN YANG ROSAK BERPUNCA DARIPADA TINDAKAN
MIKROORGANISMA TERHADAP MAKANAN
PROSES PENGAWETAN MAKANAN
♦ Proses yang boleh menghalang dan melambatkan proses hidup
mikroorganisma dalam makanan
♦ Tujuan : Makanan boleh disimpan untuk tempoh masa yang
lama
PENDIDIHAN
Proses memanaskan makanan pada suhu
yang tinggi. Membunuh kebanyakan mikroorganisma seperti bakteria dan
fungi.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan, daging, ayam, dan
sayur-sayuran
PENJERUKAN
Proses merendam makanan di dalam
cuka, larutan gula dan garam.
Penjerukan mengurangkan kandungan air
dalam makanan, menjadikan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma
bertumbuh.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Buah-buahan dan
sayur-sayuran
Di
bawah ialah video tentang proses penjerukan
PEMBUNGKUSAN VAKUM
Proses mengeluarkan semua udara
daripada bekas atau pembungkus makanan. Ketiadaan udara menyebabkan bakteria
& kulat tidak boleh bertumbuh.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Kacang, kerepek,
buah-buahan, sosej, cendawan
Di
bawah ialah video tentang proses pembungkusan vakum
PENGERINGAN
Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan
kebanyakan air daripada makanan. Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya
matahari atau ketuhar. Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma akan mati
atau menjadi tidak aktif.
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan kering, asam
gelugor, mihun kering, sotong
Di
bawah ialah video tentang proses pengeringan
PENDINGINAN
Kaedah menyimpan makanan di dalam
persekitaran bersuhu kurang dari 18°C.
Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang
aktif dan lambat bertumbuh.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Sayur-sayuran,
buah-buahan, telur & susu
PENYEJUKBEKUAN
Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat
beku (0°C) dan ke bawah. Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang
aktif dan lambat bertumbuh.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Ikan, sotong, ayam dan
daging
PEMASINAN
Menggunakan garam bagi menyingkirkan
kelembapan pada makanan. Mikroorganisma
tidak dapat bertumbuh tanpa air
Rasa dan nilai nutrisi berubah.
Contoh makanan : Ikan, telur, sayuran,
buahan dan daging
Di
bawah ialah video tentang proses pemasinan
PELILINAN
Proses menyalut buah dan sayuran
dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di
permukaannya.
Dapat mengekalkan kesegaran buah.
Tidak kehilangan air.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu
Contoh makanan : Buah - buahan
Di
bawah ialah video tentang proses pelilinan
PENGETINAN/PEMBOTOLAN
Proses mendidihkan makanan membunuh
mikroorganisma. Makanan kemudiannya disejukkan, dimasukkan ke dalam bekas
kedap udara.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
Contoh makanan : Ikan, daging, ayam,
buah, dan sayur-sayuran
Di
bawah ialah video tentang proses pengetinan/pembotolan
PEMPASTEURAN
Proses pemanasan makanan sehingga
suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan
segera. Membunuh mikroorganisma.
Tanpa merosakkan
rasa dan nilai nutrisi makanan itu
Contoh makanan : Susu dan jus
buah-buahan
Di
bawah ialah video tentang proses pempasteuran
PENYALAIAN
Kaedah mengeringkan makanan dengan
cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama. Boleh membantutkan
pertumbuhan mikroorganisma.
Rasa dan nilai nutrisi berubah
Contoh makanan : Ikan dan daging
Di
bawah ialah video tentang proses penyalaian
KEPENTINGAN PENGAWETAN MAKANAN
1. Makanan yang telah ditinkan boleh
mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan.
2. Sesetengah makanan yang dihasilkan
oleh sesebuah negara boleh dinikmati (dieksport) di negara lain.
3. Memudahkan makanan disimpan dan mudah
diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain.
4. Senang disimpan dan dibungkus dalam
bekas bersaiz kecil.
5. Buah-buahan bermusim dapat dinikmati
sepanjang tahun.
6.
Makanan dapat disimpan lebih lama (mengelakkan pembaziran) & boleh memenuhi
keperluan bekalan makanan spjg tahun. Kini kita berhibur dengan lagu Pengawetan Makanan oleh Cikgu Sharifah Aziah
9. Naratif Baharu Amalan
Pendidikan - Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid.
10. Modul 10Minit Perhimpunan
(M10MP).
11.Sarapan percuma bagi Murid
Sekolah Rendah mulai 2020 - Program Sarapan Percuma (PSP).
12. PdP tulisan khat dalam
matapelajaran Bahasa Melayu bagi murid Tahun 4 sekolah rendah (SK dan SJK)
mulai tahun 2020.
13. Pelaksanaan Pendidikan Sivik
bermula Jun 2019.
14. Pemerkasaan PT3 bermula
tahun 2020.
15. Kurikulum Standard Kelas
Peralihan (KSKP) bagi sekolah menengah.
16. Buku Jadual Kedatangan Murid
(BJKM) tidak lagi digunakan bermula 14 Januari 2019.
17. Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dilarang menetapkan bilangan Fail
Panitia Mata Pelajaran Sekolah bermula 11 Januari 2019.
18. Sains dan Matematik
menggunakan Bahasa Inggeris di Sarawak bermula tahun 2020.
19. Program Pendidikan Inklusif
(PPI) Model Holistik mulai tahun 2020.
20. Buku Teks Digital Asas
(BTDA) mulai tahun 2020.
21. SOP Penggunaan Kenderaan
Sendiri Bawa Murid atas Urusan Rasmi.
22. Templat Pelaporan PBD
dikemas kini.
23. Pemerkasaan STEM dan TVET ke
arah IR 4.0
24. Mata pelajaran KSSR (semakan
2017) Pendidikan Seni diasingkan semula kepada Pendidikan Seni Visual (PSV) dan
Pendidikan Muzik.
25. Pakej Mata pelajaran Baharu
dalam KSSM pada peringkat menengah atas.
26. Kakitangan Bukan Guru Gred
19 dan ke atas boleh dilantik menjadi warden asrama.
BUKU, MNEMONIK, NOTA, RINGKAS, ISTILAH, SAINS, KSSR, TAHUN
3, TAHUN 4, TAHUN 5, TAHUN 6, SEKOLAH RENDAH, SEKOLAH, RENDAH, MUDAH, INGAT,
KONSEP, PRINSIP, TEORI
SAINS SEKOLAH RENDAH TAHUN 3 -
6
VERSI TERKINI APRIL 2019 - Telah dikemaskini dengan pelbagai informasi dan maklumat diperlukan oleh calon - calon UPSR
'SATU
PERKONGSIAN ILMU SAINS DEMI KECEMERLANGAN'
BUKU INI PERLU UNTUK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR DENGAN
BAIK
Semuanya
disusun secara teratur mengikut topik - topik dalam Sains KKSR sekolah rendah.
Dan mnemonik dimuatkan dalam 1 hingga 3 muka surat sahaja bagi setiap tahun.
Semua
nota adalah berwarna dan mnemonik - mnemoniknya adalah menarik dan mudah
diingati. Ini membantu adik - adik menghafal fakta, konsep dan prinsip Sains
dengan baik
Baca dan hafal setiap mnemonik bagi setiap tahun. Jika
tidak memahami istilah, sila selak bahagian istilah yang boleh membantu adik -
adik. Semoga buku ini memberi manfaat kepada adik - adik.
HARGA RM 10.00 SENASKHAH (+RM7.00 pos semenanjung Malaysia dan RM10.00 Sabah dan Sarawak) - HANYA
MENGANDUNGI 41 MUKA SURAT SHJ
UNTUK MENDAPAT BUKU KOMPILASI INI SILA HUBUNGI EN. AZMI 013-2795903
Blog ini dibuat bagi memperbanyakkan lagi rujukan Sains secara atas talian bagi pelajar - pelajar sekolah dan juga guru. Topik - topik yang ada merangkumi topik - topik sukatan pembelajaran di sekolah. Kandungan blog ini lebih kepada kompilasi maklumat samaada artikel mahupun video untuk memberikan lebih kefahaman. Ia diharap dapat membantu dan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja untuk memahami Sains.
Saya merupakan seorang pendidik dalam bidang Sains di salah sebuah sekolah di Ampang, Selangor. Pernah bercuti panjang ke luar negara dari tahun 2008 sehingga 2010, di Dundee Scotland untuk menimba pengalaman.Redha, sentiasa memaafkan, bersyukur dengan ni'mat dikurniakan dan sabar dalam menghadapi segala perkara menjadi pegangan hidup.
Buat sesuatu perkara dengan bersungguh - sungguh selagi mana ia betul dan memberi kebaikan. Selagi kudrat ini kuat untuk melaksanakan sendiri sesuatu perkara, lakukannya sendiri.