♦ Definisi : kejadian semula jadi yang berlaku apabila seluruh atau sebahagian daripada cahaya Matahari terlindung oleh Bulan atau Bumi. Terbentuk bayang – bayang sama ada Bulan berada di dalam bayang - bayang Bumi atau Bumi berada dalam bayang – bayang Bulan.
♦ Terdapat dua fenomena gerhana iaitu gerhana Bulan dan gerhana
Matahari
♦ Kejadian gerhana melibatkan 3 jasad iaitu Matahari, Bumi dan Bulan dan peredaran
Bulan mengelilingi Bumi dan Matahari menentukan sama ada berlaku fenomena
gerhana Bulan atau gerhana Matahari.
♦ Syarat utama kejadian gerhana ialah ketiga – tiga jasad iaitu Matahari,
Bumi dan Bulan perlu berada pada kedudukan satu garis lurus.
♦ Gerhana berlaku disebabkan oleh 2 sifat cahaya : a) Cahaya bergerak dalam garisan lurus b) Cahaya tidak dapat menembusi objek legap
GERHANA BULAN
♦ Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di
antara Bulan dengan Matahari dan ketiga - tiganya berada dalam satu garis lurus.
♦ Gerhana Bulan hanya berlaku jika : i) ketika fasa Bulan purnama/penuh, ii) Bulan bergerak memasuki bayang – bayang, iii) berlaku pada waktu malam
♦ Gerhana Bulan berlaku 2 hingga 4 kali setahun. Pada bulan takwim Qamari yang lain, Bulan bergerak di bahagian atas atau bawah bayang – bayang Bumi yang mengakibatkan tiada gerhana Bulan berlaku.
♦ Kawasan a (gelap sepenuhnya/umbra) : Bayang – bayang Bumi yang terhasil apabila Bumi menghalang sepenuhnya cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan → kawasan di Bumi di dalam kawasan a dapat memerhati fenomena gerhana Bulan penuh. Bulan berada pada kedudukan X.
♦ Kawasan b (gelap separa/penumbra) : Bayang – bayang Bumi yang terhasil apabila Bumi menghalang sebahagian cahaya Matahari daripada sampai ke Bulan → kawasan di Bumi di dalam kawasan b dapat memerhatikan fenomena gerhana Bulan separa. Bulan berada pada kedudukan W dan Y.
Keadaan di Bumi
♦ Kawasan Bumi di dalam kawasan a. Bulan berada pada
kedudukan X : Berlaku gerhana Bulan penuh; Bulan kelihatan
berwarna perang kemerahan. Akibat kesan serakan dan pembiasan cahaya
apabila cahaya Matahari mula memasuki atmosfera Bumi. Sama seperti semasa
Matahari terbit dan terbenam.
♦ Keadaan menjadi lebih gelap /lebih lama/berlaku dalam beberapa jam (saiz Bumi yang lebih besar daripada Bulan).
♦ Kawasan Bumi di dalam kawasan b. Bulan berada pada kedudukan W dan Y : Berlaku gerhana Bulan separa; Hanya sebahagian Bulan berwarna perang kemerahan, sebahagian lagi cerah.
♦ Bulan pada kedudukan V dan Z, gerhana tidak berlaku kerana tiada cahaya Matahari yang dihalang.
Peringkat/fasa gerhana Bulan penuh (diperhatikan dari Bumi, Kawasan a, Bulan pada kedudukan X)
Bulatan putih = Bulan, bulatan hitam = Bayang – bayang Bumi; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza
Peringkat/fasa gerhana Bulan separa (diperhatikan dari Bumi, Kawasan b, Bulan pada kedudukan W dan Y)
Bulatan putih = Bulan, bulatan hitam = Bayang – bayang Bumi; arah pergerakan Bulan mungkin berbeza
Link video untuk lebih kefahaman berkenaan fenomena gerhana
Bulan
Tahun 6 - Sains UPSR - Gerhana Bulan
Klik di sini@ lihat video di bawah ini.
GERHANA MATAHARI
♦ Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada
di antara Bumi dengan Matahari dan ketiga - tiganya berada dalam satu garis
lurus.
♦ Gerhana Matahari hanya berlaku jika : i) ketika fasa anak Bulan, ii) Bulan bergerak di antara Bumi dengan Matahari, iii) berlaku pada waktu siang
♦ Gerhana Matahari berlaku sekurang – kurangnya 2 kali setahun.
♦ Kawasan a (gelap sepenuhnya/umbra) : Bayang – bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi apabila Bulan menghalang sepenuhnya cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi → kawasan R di Bumi mengalami fenomena gerhana Matahari penuh.
♦ Kawasan b (gelap separa/penumbra) : Bayang – bayang Bulan jatuh ke atas permukaan Bumi apabila Bulan menghalang sebahagian cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi → kawasan Q dan S di Bumi mengalami fenomena gerhana Matahari separa.
Keadaan di Bumi
♦ Kawasan R : Berlaku gerhana Matahari
penuh; Matahari kelihatan seperti bulatan hitam yang dikelilingi
oleh satu lingkaran cahaya disebut korona (Bahagian Matahari yang
tidak ditutupi oleh Bulan). Juga seperti cincin bermata.
♦ Keadaan menjadi gelap seketika/lebih singkat/beberapa minit (lebih 7 minit), suhu persekitaran menurun, burung – burung akan kembali ke sarang.
♦ Kawasan Q dan S : Berlaku gerhana Matahari separa; Matahari kelihatan seperti bulan sabit.
♦ Kawasan P dan T : Gerhana Matahari tidak berlaku. Tiada cahaya Matahari yang dihalang oleh Bulan
Peringkat/fasa gerhana Matahari penuh (Kawasan R)
Bulatan putih = Matahari, bulatan hitam = Bulan; arah pergerakan
Bulan mungkin berbeza
Peringkat/fasa gerhana Matahari separa (Kawasan Q dan S)
Bulatan putih = Matahari, bulatan hitam = Bulan; arah
pergerakan Bulan mungkin berbezaLink video untuk lebih kefahaman berkenaan fenomena gerhana Matahari
Tahun 6 - Sains UPSR - Gerhana Matahari
Klik di sini@ lihat video di bawah ini
#imzaroncikgusains
#ilmuperludikongsibersama