BENGKEL 'SEDIA SEBELUM BERMULA' Sains dan Matematik' - Mac 2017
NKW (Naimo Kidz Worshop) maju setapak lagi. Kali ini mengelolakan bengkel.
Bengkel ini dikenali sebagai Bengkel Teknik Menjawab Sains UPSR yang menjemput
Cikgu Sharifah Aziah yang datang jauh dari Perlis terus ke Kuala Lumpur.
Berbeza dengan aktiviti yang NKW buat sebelum ini, membuka gerai dan
mengendalikan aktiviti Sand - Art, kali ini acara yang sama sekali berbeza.
Namun pengalaman yang ada pada penulis dalam mengendalikan program motivasi
yang melibatkan pelajar sewaktu di universiti dahulu banyak membantu penulis
dalam mengelolakan bengkel ini yang pertama kali dianjurkan oleh NKW.
Diadakan pada 10.04.16 bersamaan hari Ahad, bengkel ini mengambil tempat di
Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya mengambil masa
sehari dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 ptg dan hanya berfokus kepada
Matapelajaran Sains UPSR.
Kekuatan, semangat dan idea tercetus untuk mengadakan bengkel ini, 2 minggu
sebelum tarikh bengkel ini diadakan. Atas faktor pernah ber'telegram' dengan penceramah dan juga
mengenali individu di Fakulti Pergigian USIM. Sebelum itu di tempat yang sama,
penulis membantu dalam menganjurkan program Bengkel Kecemerlangan UPSR sekolah
penulis bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Jadi faktor jaringan
atau 'networking' penting dalam kita
ingin menganjurkan sesuatu program dan acara. Lagi satu faktor keberanian dan
juga faktor 'just do it' apabila
telah mendapat ilham, asalkan perkara yang bakal dilakukan itu membawa faeadah dan
bermanfaat.
Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah
Para peserta bergambar dengan Cikgu Sharifah Aziah
Di sini boleh disimpulkan dalam mengendalikan sesuatu bengkel, perkara -
perkara berikut perlu dititikberatkan :
* 'Networking'
* Kertas kerja
* Budget
* Surat menyurat - penceramah dan tempat berbengkel
* Promosi - channel dan juga 'ayat' promosi, banner, pamplet
* Tentatif, Aturcara, Peraturan
* Pertanyaan, pendaftaran dan pembayaran
* Peralatan dan bahan - telefon, bahan bengkel, alat tulis, komputer,
printer, P.A Sistem dan projektor
* Makanan dan minuman peserta
* 'Manpower'
* Sijil peserta
NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima
kasih Ani, Yussalina dan Rodiah. Anda semua pembantu yang hebat.
Bengkel anjuran NKW seterusnya akan berlangsung pada bulan Disember nanti
yang dikenali sebagai Bengkel Sedia Sebelum Bermula. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan