Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah, UPSR, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, KSSR, 2016, format baru, Pentaksiran
Berasaskan Sekolah, PBS, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, KBAT, peperiksaan, Ujian,
Sekolah Rendah, Sekolah, Rendah, peperiksaan, pusat, 5 matapelajaran, teras,
Kebangsaan, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains, Kertas, Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu
Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik,
Sains, keputusan, 6A, calon, bahagian
A, soalan objektif, bahagian B, soalan subjektif, kod kertas 018, Kertas 1,
Kertas 2, penataran
BENGKEL 'SEDIA SEBELUM BERMULA' Sains dan Matematik - Mac 2017
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di bawah kurikulum
baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan bermula pada tahun
hadapan 2016. Murid tahun 6 pada tahun 2016 adalah generasi pertama mengikuti
sistem KSSR dan menjadi murid pertama menjalani UPSR dengan format baru.
Setelah sekian lama UPSR di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) bermula dari tahun 1993, dan akhirnya berubah mengikut peredaran zaman dan keperluan
pendidikan masa kini.
Sejajar dengan pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun,
UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun
sebelumnya.
UPSR 2016 secara keseluruhannya mengandungi 5
matapelajaran teras bagi Sekolah Kebangsaan iaitu :
Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.
Kertas yang ditawarkan ialah :
Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa
Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan,
Matematik dan Sains
Kali pertama Kertas Sains diuji
di dalam UPSR bermula sesi persekolahan 1996/1997, yang mana hanya terdiri
daripada satu kertas sahaja yang mengandungi bahagian A (soalan objektif) dan
bahagian B (soalan subjektif).
Bagi tahun hadapan 2016 Kertas Sains dengan kod kertas 018, akan
mengalami evolusi yang mana terdiri daripada Kertas 1 dan Kertas 2.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan BUKU LATIHAN SAINS
mengikut sukatan KSSR dan FORMAT UPSR TERKINI 2016, hasil tulisan GURU PAKAR SAINS iaitu CIKGU
ZAZOLNIZAM ZAKARIA, sila ke pautan ini atau sila pm saya di 013-2795903.