Sabtu, 10 Mei 2014

Sains UPSR Tahun 6 Haiwan Yang Menghadapi Ancaman Kepupusan (Bil 1) CADANGAN JAWAPAN

Sains UPSR Tahun 6 Haiwan Yang Menghadapi Ancaman Kepupusan (Bil 1) CADANGAN JAWAPAN  
(‘Science UPSR Year 6 Animals That Are Facing the Threat of Extinction (No. 1) SUGGESTED ANSWERS’)


Fikir! (‘think!’) :

Konsep dan Fakta Sains (‘Science concept and facts’)

1. Spesis yang terancam adalah spesis yang mana populasiya berisiko untuk pupus; bilangan spesis semakin berkurang.

(‘An endangered species is a population of species which is at risk of becoming extinct; the number of species decreases.’)


2. Banyak haiwan dan tumbuhan di Bumi ini berhadapan dengan ancaman kepupusan disebabkan oleh aktiviti manusia seperti :
a) pembalakan haram dan berlebihan (pembalakan tanpa lesen atau di luar kawasan yang dibenarkan, untuk mendapat keuntungan cepat),
b) pemburuan haram dan berlebihan (menjual bahagian haiwan dan tumbuhan yang bernilai),
c) pembangunan berlebihan (pertanian, kawasan perumahan, kawasan industri).
(‘Many animal and plant species in this world face the threat of extinction because of human activities such as :
a) illegal and excessive logging (Logging without licenses or logging outsides licensed areas),
b) illegal and excessive hunting (the sale of valuable animal and plant parts,
c) excessive development (farming, housing area, industrial area.’)

3. Kemusnahan habitat adalah hasil daripada aktiviti manusia mengancam secara besar - besaran spesis – spesis tertentu.
(‘The destruction of habitats as a result of these human activities has greatly endangered certain species.’)

4. Antara langkah – langkah pemuliharaan dan pemeliharaan haiwan dan tumbuhan ialah : a) pembalakan terpilih, b) mewartakan hutan simpan, c) penguatkuasaan undang – undang.
(‘Some of the steps taken to conserve and preserve animals and plants : a) selective logging, b) replanting, c) enforcement of laws .’)

Rajah di bawah menunjukkan bilangan haiwan Y di hutan dari tahun 1992 hingga 2008.
(‘Diagram below shows the number of animal Y in the forest from 1992 to 2008.’)

Fikir! (‘think!’) :
Kenalpasti dulu pemboleh ubah – pemboleh ubah.
(‘Firstly, identify the variables.’)

Dari tahun 1992 hingga 2008 – perkara yang dikawal, berbeza tahun dan yang ditentukan pada awal siasatan, ayat kunci untuk mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan (PM)/apa yang diubah!
(‘from 1992 - 2008 – things that we controlled, different year and it was determined at the beginning of the investigation, the key sentences to help us to identify the manipulated variable/what is changed (WTC)’)

Bilangan haiwan Ybilangan menunjukkan parameter yang diukur, ayat ini merupakan ayat  kunci untuk mengenal pasti pemboleh ubah bergerak balas (PB)/apa yang direkodkan!
(‘the number of animal Y – the number is the parameter that we measured, this sentences is the key sentences to help us to identify the responding variable/what is observed (WTO)’)





PEMBOLEH UBAH BERGERAK BALAS (PB)/APA YANG DIPERHATI :
(‘Responding variable/What is observed (wto)’)
Bilangan haiwan Y (‘The number of animal Y’)

PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN (PM)/APA YANG DIUBAH :
(‘Manipulated variable/What is changed (wtc)’)
Bilangan tahun (‘The number of year’)


a) Nyatakan (‘State’) 
(i) apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasikan) dalam penyiasatan ini 
(‘what is changed (manipulated variable) in this investigation’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan tahun 
(‘The number of year.’)

(ii) apa yang diperhati (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini
(‘what is observed (responding variable) in this investigation’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan haiwan Y 
(‘The number of animal Y.’)

(iii) apa yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini
(‘what is kept the same (constant variable) in this investigation’) 
Jawapan (‘Answer’) :
Tempat penyiasatan 
(‘The place of investigation.’)


Penyiasatan dijalankan di tempat yang sama iaitu di hutan. Hutan tidak dilabelkan A atau B.
(‘The investigation was held in the same place in the same forest. The firest was not labelled A or B.’)


b) Kenal pasti pola bilangan haiwan Y dari 1992 hingga 2008.
(‘State the trend in the number of animal Y from 1992 to 2008.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin berkurang
(‘Decreased.’)


c) Berikan sebab (inferens) untuk menerangkan jawapan bagi soalan di atas.
(‘Give a reason (inference) to explain the trend that you have stated in the question above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Habitat bagi haiwan Y telah dimusnahkan.
(‘The habitat of animal Y was destroyed.’)
Pola sudah menunjukkan pemerhatian pada soalan terdahulu.
(‘Trend is the observation in the previous question.’)


d) Apa yang akan berlaku pada haiwan Y jika masalah ini berlarutan hingga 2012?
(‘What will happen to animal Y if the number above continues to 2012?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Haiwan Y akan mengalami kepupusan
(‘Animal Y will extinct.’)
Peringkat selepas terancam adalah kepupusan.
(‘After facing extinction is extinct.’)


e) Berdasarkan jawapan di atas apakah yang perlu dilakukan supaya masalah ini tidak berterusan.
(‘Based on your answer in the question above, what should be done so as not going.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Pembalakan terpilih
(‘Selective logging.’)


f) Nyatakan hubungan antara tahun penyiasatan dengan bilangan haiwan Y.
(‘State the relationship between the year of investigation and the number of animal Y.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Semakin bertambah bilangan tahun, semakin berkurang bilangan haiwan Y.
(‘The number of year increases, the number of animal Y decreases.’)


g) Tulis satu pemerhatian untuk penyiasatan di atas.
(‘Write one observation for the investigation above.’)
Jawapan (‘Answer’) :
Bilangan haiwan Y semakin berkurang
(‘Dthe number of animals Y decreases.’)


h) Apakah tujuan penyiasatan ini?
(‘State the purpose (aim) of this investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Untuk mengkaji hubungan antara bilangan tahun dengan bilangan haiwan Y.
(‘To investigate the relationship between the number of year and the number of animal Y.’)


i) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
 (‘What conclusion can be made from this investigation?’)
Jawapan (‘Answer’) :
Jika kawasan hutan tidak ditebang, maka bilangan haiwan dalam hutan boleh dikekalkan.
(‘If the forest is not cut, so the number of animal in the forest can be sustain.’)
Fikir! (‘think!’) :
Jawapan dalam bentuk ayat hipotesis.
(‘Answer in form of hypothesis sentence.’)

Artikel ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARA©imzaroncikgusains

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum Cikgu, saya wakil dari sebuah syarikat penerbitan buku. Jika tidak keberatan, cikgu ada tak contact no guru yang berminat untuk menjadi penulis buku latihan dskp tahun 5 terbitan 2015. Jika ada, boleh la email pada saya aniznur@gmail.com untuk maklumat lanjut. Terima kasih

    BalasPadam