Isnin, 15 November 2010

Silap Mata Tekanan Udara

(‘Air Pressure Magic’)


Hebat! Air yang penuh di dalam gelas diterbalikkan tanpa keluar setitis air!
(‘Amazing! A full glass of water held upside down without losing a drop of water!’)

Bagaimana melakukannya?
(‘How to do it?’)
1. Penuhkan gelas dengan air.
(‘Fill a glass to the top with water.’)

2. Letakkan (tekapkan) sekeping kertas pada bahagian mulut gelas. Kalau boleh gunakan kertas tebal seperti kadbod.
(‘Place a piece of paper on top of the glass. Thick paper works best.’)

3. Terbalikkan gelas dengan cepat dan kemudian lepaskan kertas. Tekan sedikit permukaan kertas supaya tidak berlaku kebocoran air.
(‘Flip the glass upside down really fast and let go of the paper. You can help it by pushing the paper firmly on top of the glass so that no water leaks out.’)

4. Anda akan lihat bahawa kertas tidak terjatuh ke bawah dan air tidak terkeluar dari gelas.
(‘Now you will see the paper doesn’t fall down dan the water is still inside the glass.’)

Bagaimana ia berlaku?
(‘How this works?’)

Air ditolak ke bawah dengan adanya tarikan graviti tetapi udara di sekeliling kertas menolak kertas ke atas dengan daya yang lebih kuat.
(‘The water is pushing the paper down (by the gravity force) but the air around the paper is pushing it up with a stronger force.’)

Selamat mencuba!
(‘Have fun!’)

Sumber : library thinkquest

Isnin, 8 November 2010

Silap Mata Nyalaan Bergerak

(‘Traveling Flame Science Trick’)


Jika anda memadam sebatang lilin, anda boleh menyalakannya semula dari suatu jarak yang agak jauh dengan menggunakan nyalaan lain.
(‘If you blow out a candle, you can relight it from a distance with another flame.’)

Dalam silap mata ini, anda memadam sebatang lilin dan menyalakan semula dengan cara nyalaan itu akan bergerak di sepanjang laluan asap yang terhasil.
(‘In this trick, you'll blow out a candle and relight it by causing flame to travel along a path of smoke.’)

Bagaimana hendak melakukan silap mata Nyalaan Bergerak ini?
(‘How to Do the Traveling Flame Trick’)

1. Nyalakan sebatang lilin. Sediakan sumber nyalaan yang kedua, seperti lilin yang satu lagi, pemetik api, atau mancis.
(‘Light a candle. Have a second source of flame ready, such as another candle, a lighter, or a match.’)

2. Tiup lilin yang pertama tadi dan dengan segera dekatkan nyalaan yang satu lagi dengan asap yang terhasil.
(‘Blow out the candle and immediately place the other flame into the smoke.’)

3. Nyalaan itu akan bergerak mengikut laluan asap dan menyalakan semula lilin yang pertama tadi.
(‘The flame will travel down the smoke and will relight your candle.’)

Bagaimana silap mata nyalaan bergerak ini berlaku?
(‘How the Traveling Flame Trick Works')

Silap mata ini berdasarkan bagaimana lilin boleh menyalakan api. Apabila kita menyalakan lilin, haba dari nyalaan akan mengewap lilin. Apabila kita memadamkan lilin, lilin yang mengewap akan berada di sekitaran. Jika kita membekalkan haba dengan secepat mungkin, kita boleh menyalakan lilin mengewap dan tindak balas ini yang akan menyalakan sumbu lilin yang pertama tadi.
(‘This fire trick is based on how candles work. When you light a candle, the heat from the flame vaporizes the cande wax. When you blow the candle out, vaporized wax briefly remains in the air. If you apply a heat source quickly enough, you can ignite the wax and use that reaction to relight the wick of the candle.’)

Sumber : chemsitry flame trick