Bengkel, Teknik, Menjawab, Kertas 1, Kertas 2, K1, K2, Sains, Format,
Baharu, UPSR, 2017, KBAT, KPS, Ceramah, modul, ujian, latihan, cerita, laporan,
Sains, Matematik, Science, Mathematics
BENGKEL SEDIA SEBELUM BERMULA Sains dan Matematik – Mac 2017
Didorong dengan kejayaan penganjuran Bengkel Teknik Menjawab Sains yang diadakan pada 10.04.16, NKW (Naimo Kidz Worshop), kali ini menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab yang melibatkan subjek Sains dan Matematik. Sesi ceramah bagi subjek Sains disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah, manakala sesi ceramah Matematik disampaikan oleh Cikgu Wan, dijemput khas dari Perak, hasil ‘recommendation’ Cikgu Shahril.

Diadakan pada 23.07.16 bersamaan hari Sabtu, bengkel ini mengambil tempat
yang sama iaitu di Dewan Kuliah Al-Quds, Fakulti Pergigian, Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM), Jalan Pandan Utama, Kuala Lumpur. Bengkel ini hanya
mengambil masa sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 ptg. Sesi ceramah Sains
pada waktu pagi, manakala Matematik diadakan pada sesi petangnya.
Dengan promosi yang diadakan seawal dua bulan sebelum bengkel tersebut
diadakan. Dengan sokongan penceramah sendiri yang menghasilkan ‘banner’ sendiri, benar – benar membantu
dalam mendapatkan peserta untuk program kali ini. Menggunakan aplikasi wassap,
blogspot, dan facebook, bengkel ini berjaya mendaftarkan peserta ‘hampir penuh
dewan’.... Alhamdulillah.
Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Sharifah Aziah
Para peserta bergambar dengan Cikgu Sharifah Aziah
Bengkel Matematik yang dikendalikan oleh Cikgu Wan
NKW juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjaya bengkel ini. Terima
kasih Ani, Yussalina, Wazli dan Intan.