Jumaat, 17 Disember 2010

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 2

(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’)

PERSAINGAN UNTUK PASANGAN (‘Competition for a mate’)

# Berlaku pada musim mengawan, haiwan jantan dewasa akan bersaing untuk mendapatkan haiwan betina sebagai pasangan.
(‘Occur in the mating season, adult male animals will compete for female animals as mating partners.’)

# Persaingan untuk pasangan berlaku antara haiwan – haiwan daripada spesis yang sama.
(‘Competition for mate occurs among the same species of animals.’)

# Haiwan perlu mencari pasangan untuk memastikan kemandirian spesisnya.
(‘Animals need to mate to ensure the survival of their species’)

# Haiwan yang kuat akan menang dan mendapat pasangan dan haiwan yang kalah perlu mencari pasangan yang lain.
(‘The strong and winning animal will get a mate and the losing animal need to look for other female for a mate.’)

Dua ekor kucing jantan bersaing bagi merebut kucing betina sebagai pasangan.
(‘Two male cats will fight each other for a female cat to mate with.’)

Dua ekor rusa jantan bergaduh bagi merebut rusa betina.
(‘Male deer fighting over a female’)

Video menunjukkan persaingan antara dua rusa jantan bagi mendapatkan rusa betina.
(‘Video shows two male deers fighting for a mate.’)



Video menunjukkan persaingan antara dua zirafah jantan bagi mendapatkan zirafah betina.
(‘Video shows two male giraffes fighting for a mate.’)




PERSAINGAN UNTUK WILAYAH ATAU RUANG (‘Competition for territory or space’)

# Haiwan juga perlu menguasai ruang kawasan yang boleh membekalkan mereka dengan makanan, air, tempat perlindungan dan juga tempat untuk membiak.
(‘Animals also need to be in control of certain territory that provides them with food, water, shelter and place for reproduce.’)

# Wilayah ialah ruang hidup yang dipertahan oleh haiwan atau sekumpulan haiwan.
(‘Territory is a living space that defend by an animals or a group of animals.’)

# Persaingan untuk wilayah atau ruang menjadi lebih hebat jika ruang menjadi terhad.
(‘Competition for territory or space will be greater if there is limited space.’)

# Persaingan berlaku apabila haiwan atau sekumpulan haiwan sedang mencari kawasan baru sebagai wilayahnya atau mempertahankan wilayahnya sendiri.
(‘Competition occurs when an animals or a group of animals are looking for a new territory or defending their own territory.’)

# Haiwan – haiwan yang mempunyai wilayah selalunya menandakan wilayahnya dengan cara – cara tertentu agar haiwan lain tidak menceroboh wilayah mereka.
(‘These animals usually mark their territory in a certain way to keep other animals out of their territory.’)

# Sebagai contoh, kucing dan anjing menandakan wilayah mereka dengan membuat tanda berbau.
(‘For example, cats and dogs claim their territory by making scent marks.’)

Seekor anjing akan menyerang anjing lain yang memasuki wilayah mereka – SPESIS SAMA.
(‘A dog will attack another which enters its territory - SAME SPECIES.’)

Dua ekor burung bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS SAMA.
(‘Two birds are fighting over territory or space. – SAME SPECIES’)

Seekor burung dan seekor tupai bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS BERLAINAN.
(‘A bird and a squirrel are fighting over territory or space – DIFFERENT SPECIES’)

Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau dan bagaimana ia menandakan kawasannya.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, a tiger and how she marks her territory.’)



Video di bawah menunjukkan semut – semut dari koloni yang berbeza bergaduh mempertahankan wilayah mereka – SPESIS SAMA.
(‘A video shows about ants come from different colony fighting defending their territory - SAME SPECIES.’)



Video di bawah menunjukkan seekor harimau menyerang harimau kumbang yang memasuki wilayahnya – SPESIS BERLAINAN.
(‘A video shows about a tiger attacked a cheetah because the cheetah entered her territory – DIFFERENT SPECIES.’)




PERSAINGAN UNTUK TEMPAT BERTEDUH (‘Competition for shelter’)

# Tempat perlindungan sangat penting bagi haiwan untuk melindungi diri mereka daripada hujan, terik Matahari (cuaca) dan kedaaan yang berbahaya lebih lagi daripada pemangsa mereka.
(‘Shelter is very important for animals to protect themselves from rain, the Sun (weather) and danger especially from their predator.’)

# Persaingan berlaku apabila haiwan sedang mencari tempat perlindungan atau mempertahankan tempat perlindungan mereka sendiri.
(‘Competition occurs when animals are looking for shelter or defending their own shelter.’)

# Dalam persaingan untuk tempat perlindungan, haiwan yang kuat menang dan kemudian menguasai tempat perlindungan tersebut, manakala haiwan yang kalah (selalunya haiwan yang lebih lemah) perlu pergi ke tempat lain mencari tempat perlindungan lain.
(‘In competiiton for shelter, the strong animals win and then conquer the shelter, whereas the losing animals (usually the weaker animals) need to find other shelter.’)

Beruang akan bersaing sesama sendiri untuk menguasai gua sebagai tempat perlindungan – SPESIS SAMA.
(‘Bear compete with each other to conquer a cave for shelter – SAME SPECIES’)

Serigala bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat perlindungan – SPESIS SAMA.
(‘Wolves compete with each other for a shelter – SAME SPECIES’)

Pautan ke :
Interaksi antara hidupan – intro
(‘Interaction among living things’)

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Jenis Interaksi
(‘Competition is a form of interaction among living things... Type of Interaction’)

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 1
(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’)

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 1

(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’)

Persaingan (‘Competition’)

# Faktor kritikal (amat diperlukan) yang diperlukan untuk kemandirian spesis oleh semua benda hidup ialah keperluan – keperluan tertentu, lebih – lebih lagi keperluan asas seperti makanan, air dan tempat berteduh.
(‘The critical factors needed for survival by the living things are certain needs, definitely their need more basic needs such as food, water and shelter.’)

# PERSAINGAN ialah satu bentuk interaksi yang mana benda hidup di dalam satu habitat yang sama perlu berlawan di antara mereka sendiri (bersaing antara satu sama lain) untuk mendapatkan KEPERLUAN YANG SAMA yang diperlukan untuk kemandirian spesis mereka.
(‘COMPETITION is a form of interaction in which living things which are in the same habitat fight among themselves (compete against one another) to obtain the SAME RESOURCES that they need to survive.’)



PERSAINGAN ANTARA HAIWAN (‘Competition Among Animals’)

# Terdapat dua jenis persaingan antara haiwan iaitu :
(‘There are two kinds of competition among animals’)

a) Persaingan yang berlaku di dalam spesis yang sama (intraspesis)
(‘Competition that occurs within the same species (Intraspecies)’)

Kuda belang bersaing mendapatkan air (‘Zebras compete for water’)

Dua kumpulan singa bersaing untuk mendapatkan wilayah yang boleh membekalkan mereka makanan dan ruang.
(‘Two groups of lions compete to be in control of a territory that can provide them with food and space’)

b) Persaingan yang berlaku antara spesis – spesis yang berbeza (interspesis)
(‘Competition that occurs between different species (Interspecies)’)

Singa dan hyena bersaing mendapatkan makanan yang sama (‘Lion and hyena compete for the same food’)

# Ingat! Persaingan menjadi lebih hebat berlaku di dalam satu – satu habitat apabila berlaku PENINGKATAN BILANGAN HAIWAN SAMA ADA DARIPADA SPESIS YANG SAMA ATAU YANG BERBEZA MEMERLUKAN SUMBER ATAU KEPERLUAN HIDUP YANG SAMA DALAM JUMLAH YANG TERHAD untuk kemadirian spesis mereka.
(‘Remember! In the same habitat, competition can increase / greater when the number of animals, whether in the same or different species, need the same resources or needs in limited amount for them to survive.’)

# Dalam persaingan, haiwan yang menang akan terus hidup. Haiwan yang menang akan menguasai sumber makanan dan air, tempat berteduh, wilayah (ruang) dan juga mendapat pasangan.
(‘In a competition, the winning/stronger animals will continue to survive. The winner will gain control of the food and water resources, shelter, territory (space) and will also get a mate.’)

# Haiwan yang kalah/lemah akan berdepan keadaan seperti tumbesaran terbantut, kematian atau berpisah atau dihalau dari habitat mereka.
(‘The losing/weaker animals may face restricted growth, fatality or separation/eliminated from their habitat.’)



PERSAINGAN UNTUK MAKANAN (‘Competition for food’)

# Terjadi apabila haiwan – haiwan yang tinggal dalam satu kawasan yang sama dan makan makanan yang sama.
(‘Occur when animals live in the same place and eat the same food.’)

# Semakin terhad sumber makanan, semakin meningkat persaingan.
(‘The more limited the food resources, the more intense the competition will be.’)

# Haiwan yang mendapat makanan yang mencukupi akan meningkat bilangannya dan mempunyai saiz yang lebih besar, manakala haiwan yang tidak mendapat makanan yang mencukupi menurun bilangannya dan mempunyai saiz yang lebih kecil.
(‘Animals which get enough food, the number will increase and the size is bigger whereas animals which don’t get enough food the number will deacrease and the size is smaller.’)

Sesama harimau atau sesama singa juga bersaing dalam memburu haiwan yang lebih kecil seperti arnab dan rusa sebagai makanan – SPESIS SAMA.
(‘Among the tigers or among the lions also compete in hunting for small animals like rabbits and deer for food – SAME SPECIES’)

Kucing bersaing mendapatkan makanan yang sama iaitu ikan – SPESIS SAMA.
(‘Cats compete to get the same food that is fish – SAME SPECIES’)

Ikan - ikan di dalam aquarium akan bersaing untuk mendapatkan makanan – SPESIS SAMA.
(‘Fishes in the fish tank compete among themselves for food – SAME SPECIES’)

Burung bergaduh sesama mereka untuk makanan yang sama seperti cacing – SPESIS SAMA.
(‘Birds fighting among themselves for the same food such as worms – SAME SPECIES’)

Lembu dan kambing makan makanan yang sama iaitu rumput. Haiwan – haiwan ini perlu bersaing apabila terlalu banyak haiwan untuk sumber makanan yang terhadSPESIS BERLAINAN.
(‘The cows and goats feed on the same food source that is grass. They have to compete when there are too many animals for the food limited. – DIFFERENT SPECIES’)

Haiwan karnivor seperti singa, serigala dan harimau yang tinggal dalam satu kawasan yang sama akan bersaing memburu haiwan lain sebagai makanan – SPESIS BERLAINAN.
(‘Carnivores animals such as lions, wolves and tigers that live in the same area will compete to hunt other animals for food – DIFFERENT SPECIES.’)

Video menunjukkan persaingan singa yang bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan makanan. – SPESIS SAMA.
(‘Video shows the competition for food between two lions – SAME SPECIES.’)



Video menunjukkan persaingan antara sekumpulan singa bersaing makanan dengan sekumpulan hyena – SPESIS BERLAINAN.
(‘Video shows the competition for food between a pack of lion and a pack of hyena – DIFFERENT SPECIES.’)




PERSAINGAN UNTUK AIR (‘Competition for water’)

# Terjadi apabila haiwan – haiwan yang tinggal dalam satu kawasan yang sama dan bersaing mendapatkan sumber air.
(‘Occur when animals live in the same place and compete for water.’)

# Semakin terhad sumber air (kekurangan sumber air), semakin meningkat persaingan. Dan ini selalunya berlaku pada keadaan cuaca panas atau musim kemarau dan juga di padang pasir.
(‘The more limited the water resources (shortage of water), the more intense the competition will be. This happens when the weather is too hot or drought season and in the desert.’)

# Haiwan yang mendapat air yang mencukupi akan terus hidup, manakala haiwan yang tidak mendapat air yang mencukupi akan terus kehausan, perlu mencari sumber air di tempat lain dan kemungkinan mati.
(‘Animals which get enough water will survive whereas animals which don’t get enough water will keep thirsty, need to look for water at other place and also facing fatality (die).’)

Sekumpulan singa sedang meminum sumber air yang terhad – SPESIS SAMA.
(‘A group of lions are drinking the limited water resource – SAME SPECIES’)

Sekumpulan kuda belang, rusa kecil dan zirafah sedang meminum sumber air yang terhad – SPESIS BERLAINAN.
(‘A herd of zebras, gazelle and giraffe are drinking the limited water resource – DIFFERENT SPECIES’)

Pautan ke :
Interaksi antara hidupan – intro
(‘Interaction among living things’)

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Jenis Interaksi
(‘Competition is a form of interaction among living things... Type of Interaction’)

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 2
(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’)

Selasa, 14 Disember 2010

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Jenis Interaksi

(‘Competition is a form of interaction among living things... Type of Interaction’)

Sebelum ini, di dalam topik Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian, kita telah diperkenalkan dengan dua bentuk interaksi antara haiwan iaitu :
(‘Before this, in the topic of some animals live in group and other animals live in solitude, we have been introduce to two form of interaction that occur among animals, that are’)

1. PEMANGSA dan MANGSA – Kebanyakan haiwan yang hidup secara menyendiri merupakan pemangsa dan mangsa mereka hidup secara berkumpulan.
(‘PREDATOR and PREY - Mostly solitary animals are predators while their prey usually live in groups.’)



2. KERJASAMA – Haiwan yang hidup secara berkumpulan bekerjasama melindungi diri daripada pemangsa, mencari makanan dan tempat perlindungan.
(‘COOPERATION – Animal that live in group work closely in cooperation as protection against predator, for food and shelter.’)



Dan sekarang, kita akan berbincang lagi satu interaksi iaitu – PERSAINGAN yang juga merupakan satu interaksi antara benda hidup.
(‘And now, we’re going to discuss more about one of the interaction - Competition is a form of interaction among living things.’)


INTERAKSI ANTARA BENDA HIDUP
(‘INTERACTION AMONG LIVING THINGS’)

# Untuk terus hidup, benda hidup perlu bergantung kepada benda hidup yang lain, bukan benda hidup dan persekitaran untuk mendapatkan makanan, tempat perteduhan dan perlindungan. Interaksi ini boleh menjamin keseimbangan ekosistem.
(‘To survive, living things need to depends on other living things, non-living things, and the environment for food, shelter and protection. These interaction will ensure the ecosystem is always in a balanced.’)

# Hubungan antara benda hidup in dikenali sebagai INTERAKSI.
(‘The relationship among living things is known as interaction.’)

# Interaksi boleh berlaku antara :
(‘Interaction may occur between’)

1. Interaksi antara tumbuh – tumbuhan (‘Interaction between plants’)

Pakis Tanduk Rusa (‘Staghorn ferns’)

Paku Pakis Langsuir (‘Bird’s nest fern’)

# Tumbuhan ini tumbuh pada tumbuhan lain untuk sokongan dan untuk mendapatkan cahaya Matahari.
(‘These plants grow on other plants for support and to reach for sunlight’)

2. Interaksi antara haiwan – haiwan (‘Interaction between animals’)



Haiwan terutamanya haiwan karnivor memburu haiwan lain untuk makanan.
(‘Some animals especially carnivores hunt other animals for food’)

Jenis interaksi - PEMANGSA dan MANGSA, dan KERJASAMA ANTARA SPESIS HAIWAN
(‘Type of interaction - PREDATOR and PREY, and COOPERATION AMONG ANIMALS SPECIES’)

Semut kerja dalam KERJASAMA untuk mencari makanan dan membawanya ke sarang mereka.
(‘Ants work in cooperation to find food and transport the food back to their nest.’)

3. Interaksi antara haiwan dan tumbuhan (‘Interaction between animals and plants’)

Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri dengan adanya cahaya Matahari, air dan udara (karbon dioksida). Beluncas memakan daun – daun sebagai makanan. Ia juga menggunakan daun untuk menyamar diri daripada pemangsa seperti burung.
(‘Green plants make their own food with the help of sunlight, water and air (carbon dioxide). The caterpillar eats the leaves as food. It also uses the leaves to camouflage itself from predators such as birds.’)



Sesetengah haiwan memakan tumbuhan.
(‘Some animals eat plants’)

Sesetengah haiwan tinggal di atas pokok untuk perlindungan.
(‘Some animals live in the tree for protection.’)

Pautan ke :
Interaksi antara hidupan – intro
(‘Interaction among living things’)

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian.. bah 1
(‘Some Animals Live In Groups and Others Live In Solitude/Solitary Animals’)

Selasa, 7 Disember 2010

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian.. bah 2

(‘Some Animals Live In Groups and Others Live In Solitude/Solitary Animals’)

Kelebihan Bagi Haiwan Yang Hidup Berkumpulan
(‘Advantages For Animals That Live In Group.’)



Kita boleh lihat KERJASAMA YANG KUAT dalam koloni semut di mana terdapat pembahagian tugas yang jelas di kalangan semut – semut.
(‘We can see a strong cooperation in an ant colony whereby the division of labour among the ants is very apparent.’)


Terdapat tiga jenis semut dalam satu koloni semut. Setiap jenis semut mempunyai tugas yang spesifik.
(‘There are three kinds of ants in a colony. Each kind of ants has a specific job’)
1. Permaisuri – menghabiskan masa hidupnya bertelur. (‘The Queen – spends her life laying eggs’)


2. Pekerja – mengumpulkan makanan untuk ahli – ahli dalam koloni, mempertahan koloni dan membesarkan sarang.
(‘Workers – collect food and feed members in the colony, defend the colony and enlarge the nest.’)


3. Tentera – mempertahan koloni daripada serangan musuh, daripada koloni yang lain.
(‘Soldiers – defend the colony and raid other colony’)

Antara contoh lain KERJASAMA antara haiwan ialah :
(‘Other examples of COOPERATION among animals are’)

# Sekoloni lebah bekerjasama membina sarang lebah (BEKERJASAMA MEMBINA TEMPAT BERTEDUH).
(‘A colony of bees building their beehive together (COOPERATION FOR BUILDING SHELTER)’)

# Sesetengah spesis ikan membentuk bentuk ikan yang lebih besar – contoh sekumpulan ikan tuna (BEKERJASAMA UNTUK KESELAMATAN - MELINDUNGI ANTARA SATU SAMA LAIN DARIPADA MUSUH)
(‘Some species of fish that make a pattern of a big fish – example, a school of tuna fish (COOPERATION FOR SAFETY – PROTECT THEMSELVES FROM ENEMIES)’)

Klik di sini untuk melihat gambar – gambar kumpulan ikan (‘click here to see some picture of school of fish’)

# Sekumpulan kuda belang membentuk corak kuda belang yang lebih besar atau menggunakan belangnya untuk menyorok di dalam belukar (BEKERJASAMA UNTUK KESELAMATAN - MELINDUNGI ANTARA SATU SAMA LAIN DARIPADA MUSUH)
(‘A herd of zebras forming the pattern of a bigger zebra or use their stripes hiding in the bushes (COOPERATION FOR SAFETY – PROTECT THEMSELVES FROM ENEMIES)’)

# Sekumpulan gajah berjalan bersama (BEKERJASAMA UNTUK KESELAMATAN - MELINDUNGI ANTARA SATU SAMA LAIN DARIPADA MUSUH)
(‘Walking in groups (COOPERATION FOR SAFETY – PROTECT THEMSELVES FROM ENEMIES)’)

Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu sekoloni semut yang bekerjasama mencari makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in group, a colony of ants and how they cooperated together to look for food.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu sekoloni semut yang bekerjasama membina tempat tinggal mereka iaitu busut semut.
(‘The following video shows an example of animal that live in group, a colony of ants and how they built their anthill.’)



Video di bawah menunjukkan busut semut yang ditinggalkan dan para saintis mengkaji betapa hebatnya semut membina busut mereka.
(‘The following video shows an abandoned anthill and the scientist studied the amazing inside of the anthill.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu sekumpulan singa dan cara mereka memburu makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in group, a group of lion and how they hunt for food together.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan iaitu sekumpulan kerbau dan cara mereka melindungi diri mereka daripada pemangsa.
(‘The following video shows an example of animal that live in group, a group herd of buffaloes and how they protect themselves from predator.’)



Video di bawah menunjukkan seekor harimau kumbang (cheetah) cuba untuk menangkap seekor ‘wildebeest’ – sejenis haiwan yang terdapat di Afrika, tetapi haiwan itu menggunakan kaedah larian yang mengelirukan untuk melepaskan diri.
(‘The following video shows a cheetah try to catch a wilderbeest, but the wildebeest managed to escape by running in different direction to confuse the cheetah.’)



CONTOH – CONTOH DI ATAS MERUPAKAN INTERAKSI SECARA KERJASAMA ANTARA HIDUPAN - HIDUPAN YANG SAMA SPESIS. INTERAKSI SECARA KERJASAMA JUGA BOLEH BERLAKU ANTARA HIDUPAN – HIDUPAN YANG BERLAINAN SPESIS.
(‘Examples above are some interaction involving cooperation among living things in the same species. Interaction involving cooperation may happened among the living things in different species’)

Contoh (‘example’)

Ikan badut dan ‘anemone’ (‘Clownfish and anemone’)

Ikan badut memakan hidupan kecil yang boleh mengancam ‘anemone’, dan ‘anemone’ mempunyai tentakel bersengat melindungi ikan badut daripada pemangsanya dan mereka berkongsi makanan ikan kecil yang dicerna oleh ‘anemone’.
(‘The clownfish feeds on small invertebrates which otherwise potentially could harm the sea anemone, and in turn the stinging tentacles of the anemone protect the clownfish from its predators, and anemone digests dead fish and clownfish gets a share.’)

Kerbau dan burung gembala kerbau (‘Buffalo and oxpecker’)

Burung gembala kerbau makan pijat dan lintah pada bahagian kulit kerbau dan kerbau bersih
(‘Oxpecker eats ticks and leeches in cracks of buffalo’s skin and buffalo gets cleaned’)


Mengapa Ada Haiwan Yang Hidup Secara Menyendiri.
(‘Why there are animals that live in solitary.’)


Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu panda gergasi.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, giant panda.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau bintang dan bagaimana ia memburu makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, a leopard and how she hunt for her food.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu burung helang dan bagaimana dia memburu makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, an eagle and how she hunt for her food.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu burung hantu dan bagaimana ia memburu makanan.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, an owl and how she hunt for her food.’)



Video di bawah menunjukkan contoh haiwan yang hidup secara menyendiri iaitu harimau dan bagaimana ia menandakan kawasannya.
(‘The following video shows an example of animal that live in solitary, a tiger and how she marks her territory.’)



Pautan ke :
Interaksi antara hidupan – intro
(‘Interaction among living things - Intro’)

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian.. bah 1
(‘Some Animals Live In Groups and Others Live In Solitude/Solitary Animals’)

Isnin, 6 Disember 2010

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian.. bah 1

(‘Some Animals Live In Groups and Others Live In Solitude/Solitary Animals’)

# Haiwan dan tumbuhan merupakan benda hidup.
(‘Animals and plants are living things.’)

# Haiwan dan tumbuhan tinggal dalam satu – satu kawasan. Kawasan di mana haiwan dan tumbuhan tinggal dikenali sebagai habitat.
(‘Animals and plants live in certain place. A place where animals and plants live is a habitat.’)

# Habitat membekalkan makanan, air, tempat berteduh dan ruang untuk membiak.
(‘Habitat provides food, water, shelter and space for breeding.’)

# Sesetengah haiwan tinggal secara berkumpulan dan yang lain tinggal secara menyendiri dalam habitat mereka.
(‘Certain animals live in groups, others animals live a solitary life in their habitats.’)

# Kebanyakan haiwan yang tinggal secara menyendiri adalah pemangsa dan mangsa mereka tinggal secara berkumpulan. PEMANGSA DAN MANGSA adalah salah satu bentuk interaksi antara haiwan.
(‘Mostly solitary animals are predators while their prey usually live in groups. PREDATOR AND PREY is a form of interaction among animals.’)

# Haiwan yang hidup secara menyendiri melindungi diri mereka, selalunya pemangsa, dengan menggunakan kuku mereka yang tajam, gigi mereka yang kuat, menggunakan kekuatan tubuh badan mereka dan menggunakan bisa atau racun.
(‘Animals that live in solitary usually protect themselves, especially predator, using their specially characteristics such as sharp claws, strong teeth, their strong body and spraying venom or poisonous substances.’)


Haiwan Yang Tinggal Secara Berkumpulan
(‘Animals that live in groups.’)

Video di bawah menunjukkan gajah sebagai contoh haiwan yang hidup secara berkumpulan.
(‘The following video shows that elephants as an example of animal that live in group.’)



# Sesetengah haiwan tinggal dalam kumpulan yang kecil – terdiri daripada beberapa hingga 50 haiwan tersebut.
('Some of animals live in small groups – consists of several to 50 of them.’)

Sekumpulan kuda belang ('A herd of zebras')

Sekumpulan gajah ('A herd of elephants')

Sekumpulan kerbau ('A herd of buffaloes')

Sekumpulan zirafah ('A groups of giraffes')

Sekumpulan singa ('A group (pride) of lion')

Sekawan serigala ('A pack of wolves')

Sekumpulan monyet ('A troop of monkeys')

Sekumpulan Babun ('A family of baboons')

Sekawan ikan lumba – lumba ('A school of dolphins')

Sekumpulan Burung Nasar / Burung Hering (‘Vultures’)

# Sesetengah haiwan tinggal dalam koloni yang besar – terdiri daripada beberapa ribu hingga ratus ribu haiwan tersebut.
(‘Some of animals live in large colonies – consists of several thousands to hundreds of thousands of them.’)

Sekoloni semut ('A colony of ants’)

Sekoloni lebah (‘A colony of bees’)

Sekoloni Kelawar (‘A Colony of bats’)

Sekoloni anai – anai ('A colony of termites’)


Haiwan Yang Tinggal Secara Menyendiri
(‘Animals that live in solitary’)

# Haiwan yang tinggal secara menyendiri buat semua perkara sendirian.
(‘Animals that are solitary do everything alone.’)

# Mereka tinggal dan buru makanan sendirian.
(‘They live and hunt for food alone.’)

# Haiwan ini mempunyai ruang yang cukup dan memadai untuk berehat dan tidur dalam habitat mereka.
(‘They have ample space to rest and sleep in their habitats.’)

Video di bawah menunjukkan harimau bintang sebagai contoh haiwan yang hidup secara menyendiri.
(‘The following video shows that cheetah as an example of solitary animal.’)



Panda gergasi (‘Giant Panda’)

Harimau bintang (‘Cheetah’)

Helang (‘Eagle’)

Beruang (‘Bear’)

Harimau (‘Tiger’)


Ular (‘Snake’)

Harimau kumbang (‘Leopard’)

Kucing (‘Cat’)

Cicak (‘Lizard’)

Hamster (‘Hamster’)

Sotong kurita (‘Octopus’)

Burung hantu (‘An Owl’)

Pautan ke :
Interaksi antara hidupan – intro
(‘Interaction among living things’)

Sesetengah Haiwan Hidup Berkumpulan Dan Sesetengahnya Hidup Bersendirian.. bah 2
(‘Some Animals Live In Groups and Others Live In Solitude/Solitary Animals’)